Read this article in : English
Top 10 Shampoo Terbaik di Malaysia 2022 Untuk Semua Jenis Rambut
- Last update 1 Mac 2022
- 10:41 pm
- Baca dalam 5 minit
- 1,140

Rambut merupakan mahkota diri untuk semua orang. Penjagaan rambut yang sempurna memerlukan pemilihan Shampoo yang betul mengikut jenis dan kondisi rambut dan kulit kepala. Kalau salah pilih Shampoo, silap hari bulan rambut boleh gugur dan banyak lagi masalah lain boleh timbul!
Hari ni Hana nak share Shampoo terbaik untuk semua jenis rambut untuk mengekalkan rambut sihat dan scalp yang bersih yang biasa kita jumpa di Watson dan Guardian – tapi beli online kat Lazada dan Shopee je murah! Jom!
Tips Pilih Shampoo Terbaik
Ada 3 perkara penting kena tahu sebelum beli Shampoo ni secara amnya iaitu dengan kenal pasti jenis rambut, jenis kulit kepala & kondisi rambut korang. Ini secara ringkas –
Jenis Rambut
Kalau jenis thin hair, boleh pilih Shampoo yang volumizing yang boleh menguatkan fibre rambut. Untuk thick dan normal hair pula, boleh guna shampoo yang hydrating atau moisturising untuk buat rambut lebih berkilat dan lembut.
Jenis Kulit Kepala
Kulit Kepala Kering –
Cari shampoo yang fokus kepada moisture, hydration, smoothing. Elakan produk yang ada sulfates. Bahan seperti menthol dan ekstrak tea tree bagus untuk beri kelembaban kepada scalp.
Kulit Kepala Berminyak & Kombinasi –
Cari shampoo yang fokus kepada volumizing, strengthening, balancing atau clarifying. Shampoo yang ada elemen ni bagus dari segi membersihkan kulit kepala berminyak.
Kondisi Rambut
Bagi korang yang ada hair concern atau condition yang memerlukan extra care, seperti rambut gugur guna Shampoo yang ada biotin. Untuk rambut rosak atau berwarna pula boleh cari shampoo yang ada bahan seperti glycerin dan minyak daripada tumbuhan seperti argan, avocado, kelapa, zaitun dan macadamia yang boleh mengurangkan frizzy hair dan menyehatkan semula fibre rambut. Bagi korang yang ada masalah dandruff, try cari shampoo yang ada tea tree oil atau ekstrak herba yang boleh bertindak sebagai racun kulat yang natural.
Selain shampoo, Serum Rambut juga boleh menambah baik proses penjagaan rambut.
Boleh dibeli di :
Point Ringkas & List
Shampoo Terbaik di Malaysia
L'Occitane Volume & Strength Shampoo 500ml
Aveda Invati Advanced Exfoliating Shampoo – Light 1000ml
Shampoo terbaik dari brand Aveda ini diperkaya dengan 95% ekstrak tumbuhan seperti akar kunyit dan akan ginseng. Kebaikan produk ini terbahagi kepada dua iaitu membersih dan menguatkan. Salicylic acid yang diperoleh daripada pokok wintergreen dan Babassu akan membersihkan liang pori di permukaan kulit kepala dan menanggalkan sel kulit mati. Kulit kepala akan terasa segar, bersih dan tak mudah berminyak. Selain daripada itu, gabungan ekstrak tumbuhan seperti akar kunyit dan akan ginseng ini akan menguatkan sel rambut dan melembutkan rambut. Rambut tak mudah rosak walaupun terdedah dengan cuaca panas dan pencemaran alam sekitar. Korang yang pakai tudung pun boleh cuci rambut guna shampoo ni setiap hari tau! Sebab shampoo ini jenis lightweight dan kandungan dalam shampoo ini terdiri daripada bahan natural je!
Kerastase Resistance Therapiste Shampoo For Damaged Hair 250ml
Ini antara Shampoo terbaik yang sesuai sangat kalau korang ada masalah rambut rosak disebabkan chemical atau selalu buat rambut. Shampoo daripada Kerastase ni ada 6 jenis amino-acids dan wheat protein hydrolat yang akan beri banyak gila benefit untuk rambut rosak dan scalp jenis kering atau berminyak. Shampoo ini akan mengurangkan geseran yang akan membuatkan rambut kusut, menghidupkan semula fiber rambut yang telah mati, membuatkan fiber rambut lebih berkilat dan lembut dan menjaga rambut daripada rosak untuk masa akan datang.
Grafen Root Booster Shampoo 500ml
Shampoo terbaik seterusnya daripada brand Korea! Grafen Root Booster ni ada 22 jenis amino acid dan pelbagai jenis ekstrak tumbuhan seperti camellia seed oil, olive oil, ekstrak perilla leaf dan ekstrak houttuynia cordata. Gabungan bahan-bahan ni akan mengurangkan masalah rambut gugur dan buat rambut korang lebih volume. Confirm lepas ni rambut nampak lebih gebu dan kepuk-kepuk! Yang bestnya shampoo ni juga akan membersihkan segala kotoran yang terkumpul di bahagian kulit kepala. Korang yang selalu colour rambut atau guna heating device pun sesuai untuk guna shampoo ni sebelum nak buat rambut.
L'Oreal Paris Extraordinary Oil Premium Shampoo (Shine) 440ml
The L'Oreal Paris Extraordinary Oil Shine ni merupakan shampoo terbaik untuk korang yang mewarnakan rambut. Shampoo ni diperkaya dengan Vitamin C, Vitamin E dan antioxidants yang akan menjaga warna rambut daripada pudar, melindung rambut daripada sinaran UV dan akan memberikan khasiat kepada fiber rambut untuk mengelakkan hujung rambut terbelah dua (split ends). Selain daripada tu, shampoo ni ada bau yang sangat wangi sebab ia mengandungi french rose essential oil. Korang lepas shampoo rambut confirm feeling macam jalan dalam taman bunga ros!
Baru Update :
SOMEBYMI Cica Peptide Anti Hair Loss Derma Scalp Shampoo 285ml
Shampoo terbaik seterusnya adalah Cica Peptide Anti Hair Loss Derma Scalp daripada brand SOMEBYMI. Daripada nama shampoo ni pun kita tahu fokus produk ini adalah untuk orang yang ada masalah rambut gugur. Dengan adanya 11 jenis peptide dan biotin ia akan membantu untuk memberikan kelembapan pada kulit kepala yang kering dan menguatkan fiber rambut. Bila korang pakai shampoo ni, korang akan rasa efek sejuk sebab ia ada menthol dan CICA! Kandungan dalam shampoo ini akan membersihkan kulit kepala secara menyeluruh dan akan menyingkirkan sebum, kulit mati yang terkumpul di antara kulit dan rambut. Bila kulit kepala bersih, fibre rambut akan lebih kuat dan rambut gugur pun makin kurang!
L’Oréal Professionnel for Thinning Hair Set (Serioxyl Natural Shampoo 250ml)
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh
