fbpx
Shoptrack Logo

Media Shopping No.1 di Malaysia

Read this article in : English

Top 5 Monitor Terbaik di Malaysia 2024 Gaming & 4K

Monitor Terbaik
"Untuk kerja dan gaming, mesra mata"

Nak cari monitor untuk kerja di rumah dan gaming sekali? Kena la buat research sikit supaya kita beli monitor yang kita puas hati. Kami dah research 5 Monitor Terbaik di Malaysia so korang tak perlu susah-susah.

BTW, untuk kelengkapan kerja di rumah, mungkin juga korang perlu range internet lebih luas. Jadi boleh juga tengok rekomendasi wireless extender kami.

Ada bermacam jenis monitor yang korang boleh beli online. Perkara pertama yang korang perlu buat adalah fikir monitor yang korang akan beli tu untuk apa kegunaan utamanya. Ada yang beli untuk gaming, ada yang beli untuk tengok movie atau untuk buat kerja. Dalam artikle ni, kita tengok monitor terbaik untuk pelbagai jenis kegunaan.

Monitor dah cun, sound pun kena cun guys. Ada budget lebih sikit boleh try survey dulu Desktop Speaker yg kami pilih ni. Harga pun murah-murah je ni.

Jenis-Jenis Monitor

Ada 2 jenis monitor yang paling popular di pasaran: LCD (Liquid Crystal Display) dan LED (Liquid Emitting Diode).

LCD Monitor

LCD monitor adalah monitor yang menggantikan monitor CRT. Ada dua jenis panel untuk LCD monitor – TN Panel yang ada refresh rate yang tinggi tapi bila kita tengok dari sudut tertentu, warna dia mungkin jadi gelap; dan IPS panel yang ada refresh rate slow tapi tak ada isu dengan sudut pandangan.

LED Monitor

LED monitor adalah LCD monitor yang menggunakan Light Emitting Diodes backlighting. Secara am, kualiti LED monitor adalah lebih baik dari LCD monitor. Kebanyakan LED monitor popular di pasaran adalah menggunakan IPS atau VA panel.

Setiap jenis monitor ada kebaikan & keburukan, tapi rata-rata LED monitor lebih popular di pasaran disebabkan kualiti yang jauh lebih bagus.

Share Artikel Ini
Point Ringkas & List
Pilihan Shoptrack

Monitor Komputer Terbaik di Malaysia 2024

1
Shopee
QR Code https://shope.ee/8UVXxXdGQz
Lazada
QR Code https://invol.co/clbwknd

Scan & Add to Cart

1
⚡ Best Price, Save More!

Monitor LG 27" 27GL650F UltraGear

Overview:
Monitor mid-range untuk pelbagai kegunaan terutamanya untuk gaming
IPS Monitor dengan HDR10 dan teknologi FreeSync yang merendahkan kesangkutan
Resolusi Full HD & Frame border nipis
Monitor terbaik pertama ni jenis monitor mid-range untuk pasaran Malaysia. Walaupun dipasarkan untuk market gaming, monitor ni juga sesuai untuk pelbagai lagi jenis kegunaan. Dengan FreeSync dari AMD, monitor ni mampu merendahkan screen tearing dan stutter (kesangkutan). Monitor ni juga dilengkapi dengan HDR10 untuk resolusi yang lebih tinggi dari model mid-range lain. Shadow, brightness dan highlights dalam imej akan nampak lebih jelas. Antara ciri lain yang membuatkan monitor ni ada dalam list kami adalah Dynamic Action Sync yang merendahkan input lag, 144Hz refresh rate, borderless design, boleh adjust angle dan ketinggian, dan juga sebab dia adalah IPS monitor.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
2
Shopee
QR Code https://shp.ee/r87f42v
Lazada
QR Code https://invol.co/clbwkod

Scan & Add to Cart

2
⚡ Best Price, Save More!

Monitor DELL ULTRASHARP 27" U2720Q

Overview:
Kontrast dan kualiti warna yang terbaik, dengan contrast ratio 1300:1 dan Resolusi 4K
Sesuai untuk bidang fotografi, grafik dan videografi dan kegunaan kerja
Frame border nipis
Untuk kategori high-end monitor terbaik untuk kegunaan kerja, saya pilih Dell Ultrasharp U2720Q. Kontrast dan kualiti warna memang antara terbaik disebabkan contrast ratio 1300:1. Dengan resolusi 4K (3840 x 2160), korang tak perlu risau tentang resolusi monitor. Panel IPS membolehkan sudut pandangan sehingga 178 darjah. Juga dilengkapi dengan HDR10 dan kebolehan untuk tukar dari lanscape ke potrait, monitor ni merupakan investment yang sesuai untuk korang yang bekerja dalam bidang fotografi dan videografi.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
3
Shopee
QR Code https://shp.ee/msbujgv
Lazada
QR Code https://invol.co/clbwkpk

Scan & Add to Cart

3
⚡ Best Price, Save More!

Monitor AOC 24" 24B1XH

Overview:
Pilihan bajet sesuai untuk kegunaan office dan kerja seperti Excel dan Powerpoint
Frame border nipis
Resolusi Full HD dengan harga yang murah
Untuk pilihan bajet yang bijak, boleh cuba try AOC 24B1XH. Memang monitor ni tak sebagus monitor mid-range atau high-end tapi dengan harga yang rendah, korang boleh dapat monitor yang agak reliable dan kualiti warna yang okay. Resolusi monitor ni adalah 1080p tapi dengan IPS panel, sudut pandangan boleh sehingga 178 darjah, sama macam monitor high-end. Refresh rate dia 60Hz yang agak standard dan contrast ratio 1000:1. Kalau korang nak cari monitor kedua atau tak perlu sangat monitor yang canggih untuk kegunaan kerja seperti Excel dan Powerpoint, monitor ni dah cukup bagus. Jadi masih layak masukkan dalam senarai top 5 monitor terbaik.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
Advertisement
4
Shopee
QR Code https://shp.ee/mscxmwv
Lazada
QR Code https://invol.co/cl8y70h

Scan & Add to Cart

4
⚡ Best Price, Save More!

Monitor Samsung 27" LC27R500FHEXXM

Overview:
Sesuai untuk experience gaming yang unik
IPS Monitor dengan teknologi FreeSync yang merendahkan kesangkutan
Resolusi Full HD & jenis curve
Sebagai pesaing untuk LG UltraGear, Samsung memasarkan Samsung LC27R500FHEXXM dengan harga yang lebih rendah. Dengan contrast ratio 3000:1 dan teknologi AMD FreeSync sama seperti di LG UltraGear, monitor akan merendahkan stutter (sangkut) semasa gaming , menjadikan monitor ni pilihan terbaik untuk mid-range gaming. Satu lagi ciri unik untuk monitor ni adalah curved design iaitu reka bentuk melengkung untuk pandangan yang lebih cun. Dari segi design, model ni antara monitor terbaik.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
5
Shopee
QR Code https://shope.ee/2prBDXEvir
Lazada
QR Code https://invol.co/clbwkrw

Scan & Add to Cart

5
⚡ Best Price, Save More!

Monitor BenQ 31.5" EX3203R

Overview:
VA Monitor dengan teknologi FreeSync yang merendahkan kesangkutan
Response time 4ms berbanding 5ms standard di monitor lain, untuk prestasi gaming terbaik
Resolusi 2K & Frame border nipis
Satu lagi pilihan untuk monitor high-end untuk gaming, BenQ EX3203R tak akan mengecewakan korang. Monitor ni dilengkapi dengan pelbagai jenis teknologi seperti FreeSync, 144Hz refresh rate, 2K QHD, B.I.+ Sensor untuk adjust brightness dan colour temperature, dan response time 4ms berbanding 5ms dalam monitor mid-range. Monitor ni menggunakan panel VA untuk kontras warna yang lebih tinggi dengan mengorbankan sudut pandangan. Perbezaan monitor ni dari monitor high-end lain adalah monitor ni ada resolusi 2K, bukan 4K tapi monitor ni dipasarkan khusus untuk prestasi gaming lebih baik. Dengan harga yang ditawarkan, sangat layak untuk masuk ke sanarai shortlist monitor terbaik Shoptrack.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Share Artikel Ini
Advertisement

Soalan Lazim

Antara jenama Monitor terbaik di Malaysia bagi tahun ini pilihan Shoptrack adalah dari jenama LG, Dell, Samsung, BenQ & AOC.
Jenis monitor pilihan ramai sekarang adalah LED dengan IPS panel untuk kegunaan yang memerlukan warna yang tepat, & TN panel untuk gaming.
Anggaran harga untuk monitor bagus di Malaysia adalah sekitar RM500 – RM2,000.
#Hashtag
Artikel ini ditulis oleh
Joe Shoptrack
Joe Shoptrack
Tech, DIY dan travel antara topik yang sering menjadi bacaan Joe. Seorang yang chill dan santai seperti berjalan di tepi pantai.
Inspirasi Travel
REVIEW BERKAITAN
Lihat kategori lain
error: Content is protected.