Read this article in : English
Top 10 Jenama Kerusi Urut Terbaik di Malaysia 2023 (Review)
- Last update 15 Mac 2023
- 11:21 pm
- Baca dalam 6 minitÂ
- 8,393

Selalunya Kerusi Urut akan dibeli sekali seumur hidup sahaja sebab ianya satu pembelian yang mewah. Tapi ianya merupakan pelaburan untuk kesihatan dalam jangka masa panjang. Malah dengan adanya Kerusi Urut terbaik, korang dapat rasa seperti ada ‘spa-di-rumah’ – pelaburan jangka masa panjang untuk kesejahteraan fizikal dan mental.
Sekarang, untuk penjagaan kesihatan yang maksimum, selepas bersukan menggunakan Treadmill atau Basikal Senaman, korang boleh akhiri rutin senaman dengan urutan dengan pilihan Kerusi Urut terbaik untuk melegakan otot yang dah bekerja keras. Menarik kan?
Kebaikan Urut Badan
Menarik kan kalau ada Kerusi Urut di rumah sebab tak perlu lagi keluar berurut. Boleh duduk, relax dan enjoy. Kalau nak tahu, antara kebaikan Kerusi Urut untuk kesihatan ialah –
- Dapat memperbaiki peredaran dan tekanan darah
- Mengurangkan stress
- Melegakan ketegangan otot & keletihan
- Memulihkan badan selepas bersenam
Tips Pilih Kerusi Urut Terbaik
Jadi, nak tahu tips untuk pilih jenama Kerusi Urut/Massage terbaik? Ada 3 tips utama yang perlu dipertimbangkan. Antaranya ialah:
Ruang dan Saiz
Kebanyakan Kerusi Urut adalah besar dan berat jadi adalah baik untuk memperuntukkan ruang yang luas. Selain itu kena ambil kira ruang pelepasan (clearance) juga! Sesetengah Kerusi Urut memerlukan ruang untuk dipanjangkan/diregangkan. Malah kalau korang lebih pendek atau lebih tinggi daripada average saiz/ketinggian, lebih baik semak dimensi Kerusi Urut itu! Terutamanya sejauh mana kaki boleh pergi!
Bajet
Kerusi Urut terbaik biasanya bermula dari harga sekitar RM2,500 – lengkap dengan fungsi asas. Tapi harga Kerusi Urut ini juga boleh mencecah sehingga RM24,000 dengan fungsi tambahan yg lebih banyak dan menyeluruh.
Ciri dan Fungsi
Dulu, Kerusi Urut mempunyai fungsi yang terhad. Kebanyakannya, Kerusi Urut hanya dapat memberi tekanan dalam beberapa kawasan badan dan hanya dengan corak pergerakan yang paling asas. Dengan teknologi terkini, pelbagai ciri dan fungsi yang lebih canggih yang boleh memberi kesan yang ketara kepada kesihatan.
Lebih baik korang pertimbangkan yang mana satu Kerusi Massage terbaik sebelum membuat sebarang pembelian sebab semuanya adalah pilihan yang bagus jadi jangan hanya pilih secara membuta tuli sahaja ya! Ok jom kita tengok 10 Jenama Kerusi Urut terbaik di Malaysia yang ada di Shopee dan Lazada. Senang dan lebih jimat!
Point Ringkas & List
Kerusi Urut Berkualiti Terbaik di Malaysia
Snowfit Revival 4-Hand Massage Luxury Massage Chair
Gintell DeSpace Star-X Massage Chair
Snowfit Oasis Full Body Multifunctional Smart Massage Chair
Ogawa Smart Vogue Prime Massage Chair
Zero Healthcare U Master Luxury Massage Chair
OSIM uDivine Mini 2 Massage Chair

Gintell S3 SuperChair (AI Senses & Zero Gravity Massage Chair)



Produk Berkaitan




Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh
