DoubleTree Resort Penang
- Last update 21 September 2023
- 11:53 am
Dalam kategori:
DoubleTree Resort Pulau Pinang ni tempat yang best untuk korang yang nak lari dari kesibukan bandar tapi still nak dekat dengan pantai yang santai. Hotel ni ada semua yang korang perlukan untuk percutian istimewa, dari bilik dengan view pantai hingga makanan yang boleh tahan sedap. Tapi, kalau korang jenis yang suka jalan-jalan cari makan kat Georgetown, sediakan diri untuk drive sikit lah, ya!
Info Ringkas
Jenis Penginapan
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Overview
Korang plan nak pergi Batu Ferringhi tapi tak nak dekat sangat dengan pusat komersil? Aha, ada satu tempat yang sesuai untuk korang iaitu DoubleTree Resort Pulau Pinang. Walaupun jauh sikit dari Georgetown, tempat ni terbaik untuk korang yang nak lepak-lepak tepi pantai dengan family dan anak-anak.
Hotel
Pertama sekali, korang kena tahu hotel ni memang kapasiti tinggi. So, kalau cuti sekolah, memang ramai guest la kat sana. Tapi, jangan risau. Hotel ni still 4 bintang dengan fasiliti yang mantap dan view pantai yang nampak macam postcard. Pantai dekat hotel ni tak lah crystal clear sangat, tapi still boleh relax-relax.
Bilik
Korang ada banyak pilihan bilik kat sini, ada 11 jenis tau! Tapi kalau tanya kami, korang kena ambil bilik yang ada view laut, memang worth it. Kalau korang datang dengan family, ada suite yang boleh muat 4 dewasa dan 1 kanak-kanak. Yang penting, semua bilik kat sini bersih dan semua barang dalam keadaan baik.
Fasiliti & Lokasi
Breakfast kat sini memang puas hati. Ada banyak pilihan, dari masakan tempatan hingga western. Kalau pasal swimming pool, tak lah grand macam resort mahal lain, tapi untuk kids, memang cukup fun. Lokasi hotel ni memang strategik, tak jauh dari pusat komersil Batu Ferringhi. Tapi kalau korang nak makan kat Georgetown, prepare la nak drive dalam 30 minit.
Gallery Gambar DoubleTree Resort Penang
Peta Lokasi & Alamat
Check Harga Murah
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
Masakan Mamak
Special : Mee Goreng Sotong
Coconut Shake