Read this article in : English
Top 10 Webcam Terbaik 2K & HD di Malaysia 2025 (Video Call)
- Last update 17 Februari 2025
- 4:46 pm
- Baca dalam 2 minit
- 3,164
Hari ini : ✨ PayDay Sale di Shopee & Lazada! Diskaun Sehingga 70%! Lebih Jimat, Lebih Bijak!

Apa jenama Webcam terbaik yg ada sekarang ni eh? Sekarang ni Webcam dah jadi gajet yang sangat penting dalam urusan harian macam Dashcam – tak kira untuk kerja secara online, buat sale secara live streaming, gaming, tak pun guna utk sesi pembelajaran online.
Banyak model dan spesifikasi yg ada kt pasaran sekarang – pening nak pilih kan? Secara am nya, perbezaannya pada resolusi video utk Webcam tu, antaranya ialah standard HD 720p (720 pixel), full HD 1080p (1080 pixel) dan ultra HD 4K (4000 pixel). Agaknya mana satu sesuai dgn keperluan kita ya? Ok jom kita tengok panduan dan review Webcam terbaik yg kami susun ni, korang boleh beli di Shopee atau Lazada je!
Spesifikasi Webcam Terbaik
Antara spesifikasi penting untuk Webcam yang berkualiti tinggi ialah:-
Resolusi Video
Senang faham, makin tinggi jumlah pixel, makin jelas kualiti rakaman video. Kalau resolusi 4K, kualiti video seumpama macam camera DSLR tu. Kalau resolusi Full HD 1080, jenis ini sesuai untuk professional macam buat presentation, online tutor macam tu. Untuk resolusi 720 pula selalunya resolusi maksimum yang dipakai untuk aplikasi Zoom, Skype dan juga FaceTime.
FPS (Frame per second)
FPS pun antara spesifikasi penting untuk kualiti video yang cantik. Makin tinggi kadar frame (60fps ke atas) makin jernih kualiti video. Kalau untuk live streaming, terutamanya kalau gamestreaming boleh pilih Webcam dengan kadar frame 60fps. Tapi untuk pembelajaran atau bekerja online, memadai dengan kadar frame 15 atau 30fps.
Dual Mic
Boleh pilih yang ada dual mic (terutama yg ada ciri internal mic dan tapisan pengurangan bunyi) kalau nak pastikan komunikasi yang jelas dan efektif. Pilih yang ada dual mic kalau nak feel macam cakap depan-depan.
Design
Secara keseluruhan, hampir semua size Webcam ialah kompak, namun, ada Webcam yang jenis klip; senang boleh klip kat mana-mana gajet. Ada juga jenis boleh lekap kan pada tripod utk buat rakaman yg boleh nampak keseluruhan badan.
Viewing Angles
Makin luas sudut lensa (field of view – FOV) Webcam, makin besar jangkauan rakaman video.
- 60 degree – memadai untuk rakaman satu orang duduk depan laptop atau pc
- 78 degree – cukup muatkan dua orang dalam satu rakaman video
- 90 degree – sesuai untuk mesyuarat secara ramai orang
Privacy Shutter
Untuk aksesori Webcam, boleh cari yg ada penutup plastik yang menutup lensa masa tak pakai. Ini pun untuk mengelakkan lensa tercalar ataupun benda yang tak diingini berlaku macam pencerobohan privasi
Namun, terdapat faktor lain juga yg boleh mempengaruhi kualiti video seperti sambungan internet, spesifikasi PC/Laptop, jenis aplikasi yg digunakan dan juga jumlah maksimum resolusi dibenarkan untuk aplikasi yg berbeza. Jadi, korang kena tengok juga ya faktor yg disebut tadi.
Jenama Webcam Murah Terbaik di Malaysia 2025
Logitech C920 HD Pro Webcam

Scan & Add to Cart
Fantech Luminous C30 2K Webcam

Scan & Add to Cart
Novix Q18 2K Webcam

Scan & Add to Cart
Logitech C310 HD Webcam

Scan & Add to Cart
Rapoo C280 2K USB Webcam

Scan & Add to Cart
Aukey PC-LM1E FHD Webcam
Soalan Lazim
