Read this article in : English
Top 10 Dash Cam Terbaik 2023 Dari RM129 (Budget + Kualiti)
- Last update 9 Mac 2023
- 10:10 am
- Baca dalam < 1 minitÂ
- 23,434

Pemasangan Dashcam kereta ni sebenarnya bagus. Ianya boleh membantu sebagai bukti rakaman dalam kes kemalangan, bencana dan juga jenayah di jalanraya. Korang ada plan nak pasang satu? Jom kita tengok Top 10 Jenama Dash Cam Terbaik di Malaysia dengan resolusi HD, Ultra HD & 4KÂ yang murah tapi berkualiti ada di Shopee & Lazada.
Kriteria Dashcam Bagus
Tunggu dulu! Jangan beli Dashcam kereta sekiranya korang belum baca 4 kriteria penting untuk dashcam kereta yang bagus.
Kualiti Video/Gambar
Apa fungsi letak Dashcam kereta kalau kualiti video rendah sampai plate number pun tak jelas kan? Takpa, ada banyak dashcam dengan resolusi HD dalam harga yang agak murah sekarang, jadi pastikan korang dapatkan dash cam dengan resolusi 720p atau 1080p ke atas (iaitu resolusi HD). Ada juga dashcam dengan resolusi lagi tinggi sehingga 4K, tapi saiz memory card pun kena lagi besar.
Jenama
Kenapa perlu tengok jenama? Tidak salah untuk korang pilih jenama yang korang nak. Tapi korang perlu tahu kebanyakan jenama yg well-established mempunyai lebih pengalaman dalam produk yang dihasilkan. Ada juga jenama yang baru nak meningkat naik tetapi kualitinya tip top umpama jenama yang berpengalaman.Â
Harga
Ada sebab kenapa ada dashcam yang berharga mahal dan yang berharga murah. Tidak salah untuk korang beli Dashcam yang berpatutan, tapi untuk pastikan tak membazir masa & duit, kami rekomen start survey dash cam atas RM100. Jenama, kualiti output, ketahanan dan saiz boleh mempengaruhi harga sesebuah dashcam.
Multifungsi
Banyak Dashcam terbaik untuk kereta sekarang dilengkapi dengan fungsi lain selain dari untuk hanya rakaman/recording. Contoh fungsi tambahan adalah night vision, parking mode, pengesan hentakan, GPS, kawalan suara, smartphone auto-sync dan emergency mode. Semua fungsi ni boleh tambah kegunaan dash cam tapi keperluannya bergantung kepada korang.
Kami juga ada rekomen Baby Car Seat murah bagi korang yang ada anak kecil untuk tambah lagi ciri keselamatan dalam kenderaan.
Dashcam Terbaik MIROS
Untuk korang yang nak beli perakam kereta atau Dashcam yang mengikut piawaian atau standard kualiti yang terbaik, boleh juga mengikuti saranan yang dikeluarkan oleh MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia). Program yang dinamakan CamScore ini adalah hasil kajian dan kerjasama MIROS bersama pihak CyberSecurity Malaysia.
Melalui program ini, dashcam yang ada di pasaran Malaysia di beri skor dan penilaian berdasarkan tiga faktor utama iaitu ciri asas (basic features), ciri termaju (advance features) dan juga ciri bantuan pemanduan (Advance Driving Assistance System – ADAS)
Melalui sistem penilaian ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu pengguna kenderaan di Malaysia dalam proses membuat pilihan ketika memlih jenama dan model Dashcam terbaik untuk kenderaan anda. Ok jom kita check kat bawah!
Point Ringkas & List
Dash Cam Terbaik di Malaysia

DashCam 70mai A800S

DDPAI Z40 Dual Dash Cam

Dash Cam 70mai Pro Plus+ A500S

Dashcam Safecam V20 Pro

DDPai Dashcam Mola N3 (GPS)

Dashcam 70mai Car Recorder 1S






Produk Berkaitan






Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh
