Read this article in : English
Top 5 Jenama Sunblock Terbaik di Malaysia 2022 Anti-UV
- Last update 10 Februari 2022
- 9:59 pm
- Baca dalam 5 minit
- 3,129

Cari Sunblock eh? Biar Hana tolong suggest kan apa yang ok untuk kulit awak. Article sebelum ni Hana ada share berkenaan Sunscreen, korang jangan confuse! Hari ni Hana nak share pasal 5 Sunblock terbaik yang korang boleh cari di Watsons & store lain di Shopee & Lazada. Tapi first kita tengok dulu apa sebenarnya Sunblock ni. Scroll down!
Apa Itu Sunblock & Fizikal Sunscreen?
Sunblock ni merupakan sunscreen jenis fizikal. Fungsi utama sunblock sama seperti sunscreen iaitu melindungi kulit daripada sinaran matahari (UVA & UVB).
Kalau kita tengok di Watson tak pun farmasi tu, memang banyak pilihan untuk jenama Sunblock ni. Tapi tak dapat beza Sunblock dan Suncreen kan? Cara yang mudah untuk faham sunblock ni ialah, sunblock muka ni bagaikan payung kepada kulit muka kita. Eh, fizikal sunscreen tu pulak apa? Sunblock juga dikenali sebagai fizikal sunscreen. Dia akan bertindak sebagai pelindung yang akan melantunkan semula sinaran cahaya matahari daripada meresap kedalam kulit.
Beza Sunblock & Sunscreen
Antara faktor lain yang korang boleh membezakan sunblock dan sunscreen adalah, bahan aktif utama dalam sunblock adalah Zinc Oxide dan Titanium Dioxide. Dua bahan ini bersifat inorganic. Selalunya, fizikal sunscreen ini akan meninggalkan white cast bila pakai. Tapi jangan risau! dengan teknologi sekarang, fizikal sunscreen ini tidak lagi akan meninggalkan white cast atau membuatkan muka nampak kelabu jika pakai. Apa lagi jom baca lebih lanjut!
Boleh dibeli di :
Point Ringkas & List
Sunblock Terbaik di Malaysia
SOMEBYMI Truecica Mineral Calming Tone up Suncream
Truecica Mineral Calming Tone up Suncream daripada brand SOMEBYMI ini adalah produk yang tri-functional di mana ia mampu untuk block sinaran UV, mencerahkan kulit dan mengurangkan garis halus di muka. Sunblock ini mempunyai faktor bukan nano yang tidak akan mudah diserap oleh kulit sementara memberikan 100% penyekat UV fizikal. Selain itu, tekstur sunblock ini adalah seperti lotion-like yang tidak akan meninggalkan whitecast pada kulit tidak kira sama ada kulit cerah mahupun gelap. Sunblock muka terbaik ini juga sesuai untuk orang yang mempunyai kulit muka jenis sensitif dan masalah jerawat kerana ia mempunyai ekstrak daun centella asiatica, tea tree dan artemisia princeps yang boleh merawat dan menenangkan radang kulit serta mencerahkan kulit. Bukan sahaja kaya dengan ekstrak daun-daun, sunblock ini juga tidak mempunyai bau dan warna tiruan. Produk ini juga sangat sesuai untuk digunakan sebagai base untuk orang yang memakai make up! Ia tidak akan buat muka bercapuk walaupun dalam keadaan cuaca panas!
Paula's Choice Resist Super-Light Daily Wrinkle Defense SPF 30
Sunblock terbaik seterusnya adalah daripada brand Paula’s Choice; Resist Super-light daily wrinkle defense SPF 30. Sunblock ini mengandungi campuran khas of lightly tinted, kandungan pure zinc oxide dan campuran antioksidan yang boleh melindungi kulit daripada sinaran UV, persekitaran dan mencegah penuaan kulit pramatang. Sunblock ini mempunyai sheer-tinted dengan soft matte-finish dan sangat lightweight. Sesuai untuk orang yang jenis kulit berminyak yang memerlukan coverage tanpa perlu memakai make-up yang heavy. Sunblock ini boleh buat tona kulit nampak lebih sekata dan dengan penggunaan dalam jangka masa yang panjang akan memberi result kulit muka terasa dan kelihatan firm dan sihat. So kalau korang yang mempunyai masalah kulit berminyak, don’t fret! Sunblock daripada Paula’s Choice ni sangat sesuai untuk orang yang struggle dengan masalah excess oil, pori muka besar dan sign of aging!
Etude House Sunprise Mild Airy Finish SPF50+ PA+++
Etude House Sunprise Mild Airy Finish SPF50+ PA+++ adalah produk sunblock terbaik terkenal dari Korea yang menjadi best-seller dikalangan produk-produk buatan Korea. Sunprise Mild Airy Finish ini adalah jenis fizikal sunscreen yang boleh melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB. Sunblock ini sesuai untuk orang yang kulit jenis berminyak dan sensitif kerana tekstur yang adalah seperti lotion dan sangat lightweight yang tidak akan membuatkan kulit rasa heavy atau melekit kalau pakai. Produk ini akan kering dan meninggalkan matte-finish. Sunblock ini mempunyai fragrance seperti citrus yang sangat refreshing dan bearable. Salah satu Sunblock terbaik untuk korang consider beli!
Purito Comfy Water Sun Block SPF50+ PA++++
Next adalah sunblock terbaik daripada brand Purito, Comfy water sunblock ialah sunblock yang terdiri daripada 70% water-based formula dimana ia sangat lightweight dan mempunyai tekstur seperti milky-lotion. Disebabkan ianya adalah water-based sunblock ni tak melekit langsung bila pakai dan tak buat muka nampak oily. Sangat sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas ni. Sunblock ni mengandungi centella asiatica dan niacinamide yang sesuai untuk merawat masalah kulit muka seperti jerawat dan pori besar. Selain itu, sunblock ini juga tiada masalah kalau korang nak buat layering atau re-apply, dia tak kan nampak bercapuk dan bergumpal. Kalau korang yang jenis pakai make-up, sunblock purito ni sesuai untuk dijadikan sebagai base sebelum korang proceed dengan make-up routine korang!
Make Prem UV Defense Me. Blue Ray Sun Fluid
Sunblock terbaik terakhir yang Hana nak recommend dekat korang adalah UV Defense Me daripada brand Make Prem. Sunblock ni sesuai untuk semua jenis kulit muka. Formula sunblock ni mengandungi ekstrak chia seed yang akan memberikan hydration kepada kulit, ekstrak centella yang akan soothe dan calm complexion kulit muka. Kedua bahan ini boleh menyejukkan dan melindungi kulit kerosakan akibat daripada terdedah kepada cahaya matahari. Tekstur sunblock ini adalah seperti white milky lotion yang sangat ringan bila disapu ke kulit. Apabila sapu ke kulit ia akan nampak sedikit white cast tapi jangan risau, once dia dah set dan kering, white cast akan hilang dan muka akan nampak matte!
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh
