fbpx

Read this article in : English

Prosesor Dari POCO X Series Makin Canggih, Pecah Rekod dengan Skor 146W!

Branded Content
POCO X6 Pro Smartphone Launch Malaysia

Ingat tak POCO X5 Pro tahun lepas? Smartphone tu memang menonjol dengan skrin Flow AMOLED eksklusif dan Snapdragon 778G, sampai jadi jualan terbaik tahun 2023 sebab harganya berbaloi sangat.

Melangkah ke 2024, POCO baru je umumkan acara pelancaran produk generasi seterusnya – POCO X6 Pro. Yang menarik pasal POCO X6 Pro ni, ia dilengkapi dengan cip utama – Dimensity 8300-Ultra, yang dapat skor 1.46 juta dalam benchmark Antutu! Bukan saja dua kali lebih kuat dari Snapdragon 778G yang digunakan dalam X5 Pro, tapi juga mengalahkan banyak cip lain di pasaran. Dalam kategori telefon mid-range, POCO memang tak nak kalah pada tahun 2024 ni!

Share Artikel Ini
Advertisement
Point Ringkas & List

Jom Kenali Dimensity 8300-Ultra, Permulaan Revolusi Prestasi AI

Bagi POCO, prestasi tu memang dalam DNA mereka dan elemen utama dalam iterasi produk. Jadi, walaupun dalam telefon mid-range, POCO tetap fokus pada prestasi paling tinggi. POCO X6 Pro diperkenalkan dengan Dimensity 8300-Ultra, cip utama untuk tahun 2024. Dengan architecture dan proses yang sama seperti Dimensity 9300 yang dah jadi benchmark, ia memang terbaik dalam semua aspek. Dalam ujian benchmark Antutu, ia dapat skor 1.46 juta, bukan saja mengatasi cip mid-range, tapi juga memberi kelebihan berbanding banyak cip utama lain seperti Snapdragon 8+ Gen1 yang digunakan oleh banyak peranti utama.

POCO X6 Pro - Dimensity 8300-Ultra
POCO X6 Pro – Dimensity 8300-Ultra

Dengan prestasi kuat macam ni, POCO X6 Pro boleh buat apa saja dengan mudah, sama ada main game, fotografi, main video, atau kerja; memberikan respons super cepat untuk pengalaman yang tak terhad dan menyeronokkan!

Lagi satu, dalam era AI ni, untuk menyokong peningkatan bilangan aplikasi AI, Dimensity 8300-Ultra dapat meningkatkan prestasi AI. Prosesor ni mempunyai kemampuan AI yang tinggi sebab ia ada struktur yang sama dengan abang kembar dia, Dimensity 9300, yang membolehkan penggunaan pelbagai aplikasi AI dengan lancar dan pemprosesan foto dan penyuntingan video yang lebih pantas.

Prestasi hardware ni asas je; pengoptimuman sistem yang berkesan dan penjadualan prestasi memang penting untuk operasi yang lancar dan stabil dalam jangka masa panjang. Jadi, POCO X6 Pro telah naik taraf ke WildBoost Optimization 2.0, khusus untuk menjadual sumber seperti pemproses dan RAM dengan tepat, mengelakkan masalah macam frame drops atau lag dalam game akibat load tinggi yang berpanjangan.

POCO X6 Pro - Powered by Xiaomi HyperOS
POCO X6 Pro – Powered by Xiaomi HyperOS

Yang lagi penting, POCO X6 Pro adalah yang pertama dilengkapi dengan sistem operasi Xiaomi HyperOS yang baru. Sebagai sistem yang dibina semula, HyperOS cemerlang dalam pengoptimuman tahap rendah, menunjukkan prestasi yang stabil dan lancar dalam aplikasi harian dan game yang berat. Animasi UI juga telah ditambah baik, memang cun!

Paparan Upgraded 1.5K CrystalRes, Jelas & Cun

POCO X6 Pro - CrystalRes Flow AMOLED
POCO X6 Pro – CrystalRes Flow AMOLED

Siri POCO X memang terkenal dengan prestasi paparannya, dengan Flow AMOLED sebelum ni menjadi ciri yang best. Paparan ni bukan saja ada kualiti AMOLED, tapi juga membuat smartphone ni nampak ebih bergaya pada bahagian depan sebab reka bentuk bezel-less. POCO X6 Pro yang mencapai nisbah skrin-ke-badan sehingga 94%, hampir tanpa sempadan, membolehkan pengalaman visual tanpa batas.

POCO tak berhenti di situ. POCO X6 Pro memperkenalkan resolusi CrystalRes yang baru, membolehkan korang tonton content apa saja dalam resolusi 1.5K. Kalau korang risau pasal skrin resolusi tinggi makan banyak bateri, relax je! 1.5K adalah pilihan yang bagus sebab korang  tak perlu risau tentang penggunaan bateri dan boleh biar CrystalRes on sepanjang masa sebab penggunaan bateri tak jauh beza dari 1080P tapi clarity hampir sama dengan WQHD+. Sebagai solusi paparan “titik tengah” tanpa kompromi, CrystalRes memenuhi sepenuhnya keperluan yang menuntut dari segi kecekapan tenaga dan kecanggihan skrin.

Harga yang Sangat Berpatutan, Layak Dapat Gelaran “Flagship Killer”

Secara ringkas, POCO X6 Pro ni permulaan yang baik untuk POCO tahun 2024, dengan cip Dimensity 8300-Ultra berprestasi tinggi dan skrin resolusi ultra-tinggi 1.5K. Dikhabarkan harga kurang dari 1/3 smartphone flagship lain, harga meletup ni bukan saja mengatasi semua telefon dalam anggaran harga yang sama, tapi juga memalukan banyak jenama lain, menjadikannya “Flagship Killer”!

Apa pendapat korang? Agak-agak harga POCO X6 Pro berbaloi ke dengan nilainya? Ada harapan apa-apa tak untuk POCO X6 Pro? Jangan lupa ikuti acara pelancaran produk baru POCO ni pada 11 Januari 2024 melalui media sosial di bawah ni, confirm ada lagi kejutan lain!

POCO Twitter

POCO Youtube

Poco Malaysia Official Store

Terbaru
POCO X6 Pro 5G
Shopee-App-Logo

POCO X6 Pro 5G

Processor - MediaTek Dimensity 8300-Ultra
Display Type - 6.67" CrystalRes 1.5K Flow AMOLED DotDisplay
Storage & RAM - 8GB + 256GB | 12GB + 512GB
Rear Camera - 64MP+8MP+2MP triple camera
Front Camera - 16MP front camera f/2.4
Battery & Charging - 5000mAh (typ) & 67W turbo charging

Shopee
RM1,259
Advertisement
#Hashtag
Share Artikel Ini
Inspirasi Travel
Menarik Semasa

Info, Promo & Trending Semasa

Advertisement
Review & Rekomendasi Popular

Yang kami research dan review di Shoptrack

Lihat kategori lain
error: Content is protected !!