This post is also available in: Malay
Lori Lazada Terbakar di Cheras, Semua Parcel 11.11 Hangus
- Last updated 4 December 2021
- 10:21 pm
- Read in < 1 min
- 2,272

Hari ni viral satu perkongsian di Facebook oleh Kitty Goh, dimana satu kejadian kebakaran melibatkan sebuah lori courier LEL (Lazada E-Commerce Logistic) yang membawa muatan parcel-parcel, yang dipercayai barangan sale 11.11 yang dalam proses penghantaran kepada pelanggan.
Kejadian berlaku sekitar jam 2.45 petang semalam berhampiran bangunan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di Cheras, Kuala Lumpur. Menurut laporan dari Malaysia Gazette, pemandu lori berkenaan sempat menyelamatkan diri dan kebakaran berlaku di bahagian belakang lori berkenaan berjaya dipadamkan sepenuhnya 15 minit kemudian.
Lori terbabit dikatakan terbakar hampir 70% dan sehingga kini siasatan terhadap punca kebakaran masih sedang dijalankan.
Sumber : Malaysia Gazette
Trending News & Promos
Top product reviews at Shoptrack