fbpx

Media Shopping No.1 di Malaysia

Read this article in : English

Top 10 Hotel Terbaik di Port Dickson 2024 (Tepi Pantai)

Hotel Terbaik Port Dickson Tepi Pantai

Untuk penduduk Lembah Klang, Port Dickson merupakan destinasi percutian tepi pantai yang senang tapi masih lagi istimewa, terutama untuk seisi keluarga.

Dari hotel 5 bintang hingga chalet, ada ratusan pilihan menarik tapi hari ni kita nak tengok Top 10 Hotel Tepi Pantai Port Dickson yang best dan murah untuk korang senang pilih dan book terus di Agoda dan Booking. Ok jom!

Isi Kandungan

Cara Kami Pilih

Rata-rata hotel di Port Dickson sudah agak tua dan fasilitinya tak setaraf di destinasi percutian lain seperti Kuala Lumpur dan Langkawi. Tapi harga lebih murah.

  • Jenis penginapan: Untuk senarai ni, kami pilih hotel 3 hingga 5 bintang.
  • Harga: Anggaran kos RM200-RM1000 semalam.
  • Fasiliti: Semua ada swimming pool & WiFi percuma. Gym & Sauna ada di hotel 4 bintang ke atas. Private swimming pool ada di hotel 5 bintang tertentu.
  • Lokasi: Kebanyakan hotel yang kami pilih terletak di Teluk Kemang, Si Rusa dan tempat berdekatan lain. Semua hotel ni juga terletak di tepi pantai.

Cara Ke Port Dickson

  • Kereta: Dari Lembah Klang sekitar 1 jam 45 minit.
  • Bas: Dari KL Sentral sekitar 2 jam.
  • Teksi atau Grab: Dari Lembah Klang sekitar 1 jam 45 minit.
  • Flight: Dari KLIA2 sekitar 20 minit.
Advertisement
Hotel Tepi Pantai Port Dickson
Pilihan kami di Shoptrack
No data was found

Kesimpulan

Hotel di Port Dickson rata-rata dah agak lama, tak banyak hotel baru. Ada yang diselenggara dengan baik, ada yang kurang baik. Tapi harga yang ditawarkan agak munasabah dan pantai di PD pun agak bersih dan cantik.

Top 10 hotel terbaik di Port Dickson tepi pantai pilihan kami adalah:

Benda Wajib Ada Untuk Bercuti di Port Dickson

Panduan Pilih Hotel Terbaik di Port Dickson

Bawah ialah beberapa faktor untuk dipertimbangkan:

Lokasi

Kebanyakan lokasi hotel PD tepi pantai ni terletak di Teluk Kemang, Si Rusa, bandar Port Dickson dan sedikit di Pasir Panjang. Ada hotel yang terletak betul betul di tepi pantai, ada yang atas air dan ada yang jauh sikit dari pantai tapi masih lagi dalam ‘walking distance’.

Kebanyakan tarikan utama di Port Dickson juga terletak berdekatan dengan pantai seperti Pantai Teluk Kemang, Blue Lagoon, dan Pantai Saujana. Restoran pula ada banyak di bandar Port Dickson dan Teluk Kemang. Jadi sebelum pilih hotel, teliti lokasi, pantai dan tarikan utama yang korang nak cuba.

Fasiliti

Disebabkan banyak hotel di Port Dickson dibina 15-30 tahun lalu, banggunannya dah agak berusia jadi tak semua fasiliti macam dalam gambar. Tapi rata-rata diselenggara dengan baik.

Antara fasiliti yang disediakan di kebanyakan hotel di Port Dickson ialah swimming pool (outdoor & indoor), fitness centre atau gym, sauna, restoran, café, servis sewa basikal, airport transfer dan banyak lagi.

Pantai & Kolam Renang Peribadi

Ada hotel di Port Dickson seperti Thistle Port Dickson yang menyediakan pantai peribadi iaitu pantai yang hanya boleh dilawati oleh tetamu hotel. Kalau bukan pantai peribadi, korang boleh pergi beriadah di pantai umum seperti Pantai Teluk Kemang dan Pantai Saujana yang tak kurang juga bersih dan kemas.

Selain tu, ada juga hotel 5 bintang di Port Dickson seperti Grand Lexis Port Dickson yang menawarkan kolam renang peribadi yang ada di setiap bilik. Yang ni lagi best tapi mahal sikit.

Kos

Anggaran kos penginapan hotel di Port Dickson bermula dari RM100 semalam sehingga RM1000 semalam bergantung kepada kualiti dan lokasi hotel dan waktu booking. Kebanyakan hotel 4 bintang menawarkan harga sekitar RM200 higga RM400 semalam.

Advertisement

Soalan Lazim

Kalau hotel, anggaran harga semalam bermula dari sekitar RM150 hingga RM1000 semalam bergantung kepada hotel, musim dan lokasi. Korang boleh dapat hotel 4 bintang bagus dengan bajet sekitar RM200 semalam.
Hotel di PD rata-rata dah agak berusia tapi diselenggara dengan baik. Tak semua masih cantik seperti di gambar. Antara faktor yang perlu korang pertimbangkan ialah fasiliti, lokasi penginapan dan lokasi tarikan seperti pantai dan restoran, serta kalau korang perlukan kolam renang peribadi atau tidak.
Antara pilihan korang ialah Klana Beach Resort, Villea Port Dickson, Ancasa Residences, Thistle Port Dickson atau Grand Lexis Port Dickson.
#Hashtag
Share artikel ini

Artikel ini ditulis oleh

Picture of ShoptrackTravel
ShoptrackTravel
Shoptrack Travel is a team of Asian travel writers and adventurers. We explore the hidden gems and must-see destinations of Asia, sharing our stories, travel spot recommendations and tips. Jom travel!

Makan Best Berdekatan

Explore Makan Best :Port Dickson
error: Content is protected !!