WOLO KL
- Last update 1 Jun 2023
- 1:34 pm
Dalam kategori:
Antara hotel 4 bintang paling baru ialah WOLO KL yang sangat cantik dan unik. Bilik yang disediakan kemas dan luas, dan lokasi hotel ni di pusat Bukit Bintang menjadi faktor utama kenapa hotel ni sangat popular. McDonald’s, Lot10, Farenheit88 dan Pavilion semua dalam jarak jalan kaki.
Cuma tiada swimming pool walaupun ia hotel 4 bintang.
Info Ringkas
Jenis Penginapan
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Overview
Antara hotel yang paling baru, cantik dan trendy di Kuala Lumpur ialah WOLO KL yang terletak di depan McDonald’s Bukit Bintang.
Hotel
Lokasi hotel ni memang terbaik sebab di ia berdepan dengan shopping mall Lot10 dan sangat berdekatan Farenheit88 dan Pavilion Bukit Bintang. Kalau kita tengok dari luar pun boleh nampak cantik dengan motif ‘exposed bricks’.
Bilik
Bilik yang disediakan pun baru, luas, kemas, dan dengan seni deko yang lain dari yang lain.
Fasiliti & Lokasi
Cuma dari segi fasiliti, hotel ni tak macam hotel 4 bintang lain – ia tiada swimming pool, gym dan fasiliti lain disebabkan banggunan ni banggunan lama yang baru renovate. Harga pula sederhana-tinggi tapi apa pun, sangat berbaloi kalau kita tengok lokasinya yang juga berdekatan Monorail & MRT Bukit Bintang (dalam 50 meter saja).
Gallery Gambar WOLO KL
Peta Lokasi & Alamat
Check Harga Murah
Tips Untuk Menginap Di WOLO Kuala Lumpur
- Ambil Grab/teksi sebab Jalan Bukit Bintang & Jalan Sultan Ismail memang susah la kalau nak drive dan parking.
- Ambil MRT/monorail pun lagi senang.
- Kalau nak parking juga, ada valet parking dgn charge tambahan atau parking di Lot 10.
- Ada bilik yang tiada tingkap, jadi request ikut keperluan korang.
- Bilik yang menghadap jalan akan bising sikit waktu weekend atau rush hour.
Soalan Lazim
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam