
W Kuala Lumpur
- Last update 1 Jun 2023
- 1:34 pm
Dalam kategori:
W Kuala Lumpur ialah sebuah hotel bersebelahan KLCC yang mewah dan bertaraf 5 bintang. Biliknya sangat kemas dan unik dengan deko yang penuh dengan warna menarik. Fasiliti pun memang mantap dengan swimming pool dan lounge area dengan view KLCC. Juga berdekatan Restoran NZ dan stesen LRT KLCC.
Antara hotel terbaik di KL tapi harganya memang mahal.
Info Ringkas
Jenis Penginapan
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Overview
Untuk yang nak cari hotel mewah 5 bintang di KL, W Kuala Lumpur merupakan hotel dengan lokasi terbaik – bersebelahan KLCC dan di depan Restoran NZ yang popular.
Hotel
Bilik di sini kebanyakan ada view KLCC ataupun view skyline yang cantik. Kalau nak pakai public transport pun senang, hanya kena jalan sikit ke depan KLCC untuk ke stesen LRT KLCC.
Bilik
Kelebihan hotel ni bukan saja pada lokasinya tapi juga bilik yang ada memang lawa dengan motif dan deko berwarna warni. Memang dapat rasa mewah dan istimewa. Harga memang mahal lah berbanding hotel lain tapi servis dan atmosphere yang korang dapat sangat special.
Fasiliti & Lokasi
Kalau plan nak booking sini, senang la korang nak bawa anak pergi tempat menarik seperti Aquaria atau Petrosains.
Ameneties yang disediakan memang terbaik, masih lagi baru dan kemas dan swimming pool kat sini ada view KLCC beserta lounge area. Memang best berehat lepas satu hari jalan-jalan di KL.
Gallery Gambar W Kuala Lumpur



Peta Lokasi & Alamat
Check Harga Murah
Tip Untuk Bercuti Di W Kuala Lumpur
- Pilih bilik yang ada view KLCC.
- Request bilik di tingkat tinggi.
- Breakfast ada banyak pilihan dan sedap, kalau boleh, pilih bilik/pakej yang ada sekali dengan breakfast.
- Jalan Ampang & Jalan P Ramlee di depan hotel ni sangat busy waktu weekend mula dari pukul 5 petang.
- Nak senang, ambil Grab/teksi untuk ke mana-mana atau LRT di KLCC.
- Swimming pool selalu sesak time weekend, so datang pagi atau hari lain.
Soalan Lazim
Contact & Connect

/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam

/ Semalam
/ Semalam







