fbpx
Shoptrack Logo

Media Shopping No.1 di Malaysia

Petrosains Kuala Lumpur - Shoptrack.my
Petrosains Kuala Lumpur - Shoptrack.my
Pilihan Keluarga

Petrosains KLCC

Dalam kategori:

Anak berminat dengan sains dan teknologi? Takpa, kalau tak minat pun boleh cuba lawat Petrosains di KLCC. Kat sini ada 9 exhibit dengan games dan pameran yang interaktif untuk anak-anak mahupun orang dewasa untuk belajar sedikit sebanyak tentang STEM, alam semulajadi, teknologi, fizik, kimia dan biologi.

Harga tiket pun tak mahal, dan sangat berbaloi sebab kawasannya luas dan akan ambil masa 2-3 jam untuk explore. Lagi murah kalau datang Isnin – Jumaat.

Advertisement
Advertisement

Info Ringkas

Buka : 9.30AM - 5.30PM (Mon-Sun)
Cashless Payment, Free Entry - Child (0-2 years old)
Tips: Beli tiket secara online untuk senang masuk dan lebih murah.

Fasiliti & Kemudahan

Public Toilet, Ticket Service or Tour Desk, Easy Access to Public Transport, Air Conditioning

*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.

Isi Kandungan

Untuk yang bercuti di Kuala Lumpur ataupun penduduk Lembah Klang, Petrosains The Discovery Centre merupakan satu aktiviti yang korang boleh cuba dengan anak-anak. Di muzium interaktif ni ada bermacam jenis demonstrasi dan galeri yang boleh memupuk minat anak dalam bidang sains dan teknologi (STEM).

Ada Apa di Petrosains?

Tarikan ni memang besar, akan ambil masa 2-3 jam untuk explore semua. Di sini ada lebih kurang 9 exhibit yang masing-masing dengan pameran dan permainan sendiri.

petrosains map
Peta Exhibit. Kredit Imej: Petrosains Official Website

Antara exhibit yang paling best kat sini ialah:

  • Exhibit Space: Tengok cara angkasawan bekerja di angkasa lepas & replica Mars Rover.
  • Exhibit Geotime Diorama: Pameran dinasour dan hidupan sekitar 200 juta tahun lalu (Jurassic period).
  • Exhibit Sparkz: Papan interaktif dan pelbagai permainan, combustion show pukul 1PM.
  • Exhibit Speed: Cuba rasa pengalaman memandu kereta F1.
  • Exhibit 3D Theatre: Tengok video dalam 3D.
  • Exhibit Tech Lab: Robots, teknologi dan permainan coding.

 

Kadang-kadang ada permainan yang tak dibuka tapi rata-rata hampir semua diselenggara baik.

combustion show at petrosains
Combustion Show. Kredit Imej: Petrosains FB

Berbaloi Ke Dengan Harga Tiket?

Harga tiket tak mahal pun, lagi lagi kalau beli online untuk hari biasa sebab boleh explore 2-3 jam. Memang berbaloi. Tapi kalau nak pergi dengan family, elak waktu cuti sekolah sebab memang penuh. Dan sebaiknya makan dulu sebelum masuk sebab kat dalam tiada jual makanan.

Kalau naik LRT, boleh turun di stesen LRT KLCC dan terus naik ke tingkat 4 Suria KLCC. Kat sini juga ada fasiliti seperti baby care, surau, tandas untuk OKU, dan lain-lain. Jadi jangan risau.

Peta Lokasi & Alamat

Advertisement

Harga Tiket Petrosains KLCC

Bagi pengunjung Hari Biasa, harga tiket Petrosains KLCC bermula dari RM10 bagi kanak-kanak dan RM22 bagi dewasa.

Bagi Hujung Minggu / Cuti pula, harga tiket Petrosains KLCC bermula dari RM12 bagi kanak-kanak dan RM25 bagi dewasa.

Harga tiket juga tertakluk pada promosi semasa, hari cuti umum dan cuti sekolah. Rujuk jadual harga tiket dibawah untuk harga lengkap :

Kanak-Kanak
Dewasa
Warga Emas
Hari Biasa
RM 10
RM 22
RM 10
Hujung Minggu / Cuti
RM 12
RM 25
RM 12
Hari Biasa Bukan Warganegara
RM 20
RM 35
RM 20
Hujung Minggu Bukan Warganegara
RM 25
RM 40
RM 25

Book Tiket Murah

Tips Untuk Pengunjung

  • Tiket selalu habis cepat. Tiket yang dijual secara online lebih murah dan bonusnya korang tak perlu risau tiket dah habis jual.
  • Walaupun dibuka sampai 5.30PM (hari biasa) dan 6.30PM (hujung minggu), pintu masuk tutup pukul 4PM (hari biasa) dan 5PM (hujung minggu).
  • Tutup pada hari Isnin pertama setiap bulan.
  • Datang hari biasa sebab tiket lebih murah dan tak ramai orang.
  • Makan dulu sebelum datang.
  • Kalau nak datang hujung minggu, datang pagi 9.30AM.

 

Tempat Menarik Lain Berhampiran KLCC

Antara tarikan menarik lain berhampiran Petrosains ialah Superpark KL di Avenue K dan Aquaria di Kuala Lumpur Convention Centre. Dua-dua tarikan ni memang sesuai untuk kanak-kanak tapi lebih mahal.

Advertisement

Gambar di instagram

*Random public photos of # Petrosains KLCC on Instagram

Soalan Lazim

Petrosains ni memang besar, akan ambil masa 2-3 jam untuk explore semua. Di sini ada lebih kurang 9 exhibit yang masing-masing dengan pameran dan permainan sendiri.
Bagi pengunjung Hari Biasa, harga tiket Petrosains Kuala Lumpur bermula dari RM10 bagi kanak-kanak dan RM22 bagi dewasa. Bagi Hujung Minggu / Cuti pula, harga tiket Petrosains Kuala Lumpur bermula dari RM12 bagi kanak-kanak dan RM25 bagi dewasa.
Walaupun dibuka sampai 5.30PM (hari biasa) dan 6.30PM (hujung minggu), pintu masuk tutup pukul 4PM (hari biasa) dan 5PM (hujung minggu). Tutup pada hari Isnin pertama setiap bulan.

Contact & Connect

Share info ini
Juga Popular Sekitar Kuala Lumpur
superpark kl
Recommended
Buka dari : 10AM - 7.30PM (Sun-Thu) 9.30AM - 9.30PM (Fri-Sat)
Tip: Pakai pakaian sukan dan kena pakai stokin.
Tiket dari
/ Seorang
RM53 je!
Tiket dari
/ Seorang
RM53 je!
river of life kl
Pilihan Bajet
Buka dari : 12AM-12PM (Mon-Sun)
Kalau takut susah cari parking, boleh turun di LRT Masjid Jamek.
Free / No Entry Charge

Free / No Entry Charge

windlab skydiving
Recommended
Buka dari : 10AM - 10PM (Mon-Sun)
Tip: Datang dengan pakaian dan kasut sukan yang sesuai.
Tiket dari
/ Seorang
RM81 je!
Tiket dari
/ Seorang
RM81 je!
Explore Tempat Menarik :Kuala Lumpur
Makan Best Berdekatan
Explore Makan Best :Kuala Lumpur
Advertisement
Staycation Popular di Kuala Lumpur
pullman klcc
Recommended
5/5
Harga dari
/ Semalam
RM690++
Harga dari
/ Semalam
RM690++
Oasia suites swimming pool rooftop
Recommended
4/5
Harga dari
/ Semalam
RM170++
Harga dari
/ Semalam
RM170++
Hotel Dengan View Menara KL Terbaik
doubletree kuala lumpur klcc view
Recommended
5/5
Harga dari
/ Semalam
RM290++
Harga dari
/ Semalam
RM290++
Hotel 5 Bintang Murah Terbaik di KL
wolo kl room
Rating Terbaik
4/5
Harga dari
/ Semalam
RM360++
Harga dari
/ Semalam
RM360++
Hotel 4 Bintang Cantik di KL
w kuala lumpur room
Recommended
5/5
Harga dari
/ Semalam
RM1,010++
Harga dari
/ Semalam
RM1,010++
Hotel Mewah Terbaik di KL
Explore Staycation :Kuala Lumpur
error: Content is protected.