fbpx
Shoptrack Logo

Media Shopping No.1 di Malaysia

PD Ostrich Farm - Shoptrack.my
PD Ostrich Farm - Shoptrack.my
Pilihan Keluarga

PD Ostrich Farm

Dalam kategori:

PD Ostrich Farm menawarkan pengalaman unik di Port Dickson. Di sini, korang boleh bawa keluarga untuk meluang masa dengan burung unta dan haiwan lain seperti ayam, itik, ular & iguana sambil belajar mengenai haiwan-haiwan ni.

Ada juga aktiviti lain seperti ATV, rides & kalau nak cuba satay & burger ostrich pun ada. Harga OK lah, tak mahal sangat tapi beli pakej dgn aktiviti lain lagi jimat.

Advertisement
Advertisement

Info Ringkas

Buka : 9.30AM - 6PM (Mon-Sun)
Free Entry - Child (0-2 years old)
Tips: Untuk yang tak biasa dengan bau kurang menyenangkan dari binatang, boleh bawa pelitup muka.

Fasiliti & Kemudahan

Ticket Service or Tour Desk, Children's Play Area

*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.

Isi Kandungan

Satu idea untuk meluangkan masa dengan keluarga dan anak-anak bila di PD ialah singgah ke PD Ostrich Farm. Bukan saja ada 20 burung unta (ostrich) tapi kat sini ada pelbagai lagi haiwan seperti burung kakak tua, ayam, itik, kuda dan juga guinea pigs dan arnab yang korang boleh sentuh, belai dan beri makan di kawasan petting zoo dalam Farm ni.

Di samping melihat haiwan-haiwan ni, anak-anak korang juga boleh belajar sedikit sebanyak melalui trivia dan papan maklumat di sekitar kawasan ni sambil burung unta lari berkeliaran. Tambah lagi, korang boleh try berlumba lari dengan ostrich dan challenge berdiri atas telur burung unta. Kalau menang boleh dapat hadiah.

Dan kat sini ada juga aktiviti lain yang kena bayar extra kalau nak (pay per use). Contoh aktiviti lain yang korang boleh buat di sini ialah ATV (juga ada versi untuk kanak-kanak), ostrich, donkey & pony rides (kuda untuk orang dewasa), dan animal feeding. Semua aktiviti ni kena bayar extra termasuk animal feeding sebab korang kena beli bahan makanan (feed) tu.

Kat sini jugak korang boleh try menu ostrich mereka termasuk burger ostrich, satay ostrich, stik ostrich dan macam-malam lagi. Tapi ni pun kena bayar asing-asing lah.

Kalau nak pergi, kami cadangkan beli tiket secara online sebab boleh dapat pakej aktiviti & makanan yang lagi murah daripada kalau beli satu-satu. Kalau setakat datang tengok haiwan je, tak best lah. Tapi pakej dengan Planet Jurassic tu macam tak berbaloi bagi kami.

Peta Lokasi & Alamat

Advertisement

Harga Tiket PD Ostrich Farm

Bagi pengunjung Warganegara, harga tiket PD Ostrich Farm bermula dari RM15 bagi kanak-kanak dan RM20 bagi dewasa.

Bagi Pelancong Asing pula, harga tiket PD Ostrich Farm bermula dari RM20 bagi kanak-kanak dan RM25 bagi dewasa.

Harga tiket juga tertakluk pada promosi semasa, hari cuti umum dan cuti sekolah. Rujuk jadual harga tiket dibawah untuk harga lengkap :

Kanak-Kanak
Dewasa
Warga Emas
Warganegara
RM 15
RM 20
RM 15
Pelancong Asing
RM 20
RM 25
RM 20
Quadruple Fun Combo
RM 42
RM 47
RM 47

Book Tiket Murah

Apa Aktiviti Yang Ada Di PD Ostrich Farm?

Petting Zoo Stations & Feeding

Di sini korang boleh sentuh dan beri makan haiwan-haiwan di bawah. Sentuh saja tak perlu bayar apa-apa tapi bahan makanan tu kena beli.

  • Station Burung Unta – ada sekitar 20 ekor.
  • Station Arnab – pelbagai jenis arnab.
  • Station Kuda & Keldai – ada juga kuda kerdil (pony).
  • Station Burung – itik, angsa, ayam & burung kakak tua.
  • Station Kambing – kambing jinak kecil dan comel.
  • Station Reptilia – ular, iguana & serangga.

 

Ostrich & Pony Rides

Kanak-kanak boleh cuba tunggang burung unta dan kuda kerdil tapi kena bayar extra, tak termasuk dalam harga tiket masuk. Orang dewasa boleh cuba tunggang kuda.

ATV Rides

Kat sini korang pun boleh cuba bawa ATV. Kalau datang dengan family, ada juga ATV ride untuk kanak-kanak. Semua ATV rides ni kena bayar ekstra, tak termasuk harga dalam tiket masuk.

pd ostrich & pets show farm atv rides
kredit imej: FB PD Ostrich & Pets Show Farm

Ostrich Race

Kat sini juga kanak-kanak boleh berlumba lari dengan burung unta. Kalau menang kadang-kadang dapat hadiah. Pengalaman unik jugak lah.

pd ostrich & pets show farm ostrich race
kredit imej: portdickson.info

Challenge Berdiri Atas Telur Burung Unta

Ada juga satu telur burung unta yang diletak atas pasir dimana korang dibenarkan untuk berdiri & mengimbangkan badan atas telur ni. Confirm tak pecah.

Restoran & Menu Burung Unta

Untuk yang ada selera untuk burung unta, kat sini ada restoran yang menghidangkan menu burung unta seperti ostrich burger, satay, stik & omelet. Ni pun pengalaman unik. Tapi daging ostrich ni diimport, dan bukan dari farm ni, jangan risau.

Planet Jurassic

Ada juga satu lagi taman kat sini yang bertemakan dinosaur. Tapi secara jujur, tak berapa best sangat. Tapi nak cuba apa salahnya, kan?

Advertisement

Gambar di instagram

*Random public photos of # PD Ostrich Farm on Instagram

Soalan Lazim

Harga tiket sekitar RM20 untuk kanak-kanak dan RM15 untuk dewasa. Harga mungkin berubah dari masa ke semasa dan mengikut pakej aktiviti.
PD Ostrich Farm hanya lebih kurang 2km dari Pantai Teluk Kemang. Kalau nak jalan kaki pun boleh tapi kalau bawa kereta lagi senang.
Antara aktiviti yang korang boleh cuba di sini ialah petting zoo, feeding, ATV, pony & ostrich rides, ostrich race dan pelbagai lagi. Ada aktiviti yang perlu bayar kos tambahan.

Contact & Connect

Share info ini
Juga Popular Sekitar Malaysia
muzium tentera darat
Pilihan Keluarga
Buka dari : 9AM - 5PM (Mon-Sun)
Tips: Cadang datang dari 10 – 12 untuk elak kesesakan dan cuaca panas.
Free / No Entry Charge

Free / No Entry Charge

Wild West Indoor Theme Park Port Dickson
Recommended
Buka dari : 10AM - 7PM (Mon-Sun)
Lebih kurang 7KM dari pusat bandar Port Dickson.
Tiket dari
/ Seorang
RM48 je!
Tiket dari
/ Seorang
RM48 je!
Explore Tempat Menarik :Port Dickson
Makan Best Berdekatan
King’s Char Kuey Teow
Halal
Masakan Melayu
Masakan Thai
BBQ & Grill
Tino's Pizza Port Dickson
Masakan Western
Pizza
Pasta
Mimi Ikan Bakar & Kerang Rebus
Halal
Masakan Melayu
Masakan Thai
Ikan Bakar & Seafood
PD Famous Cendol Coconut Shake - Shoptrack.my
Halal
Masakan Mamak
Cendol & ABC
Coconut Shake
Explore Makan Best :Port Dickson
Advertisement
Staycation Popular di Malaysia
Pacific Regency Beach Resort Port Dickson
Popular
4/5
Harga dari
/ Semalam
RM280++
Harga dari
/ Semalam
RM280++
Antara Hotel 4 Bintang Popular di Port Dickson
villea port dickson front view
4/5
Harga dari
/ Semalam
RM300++
Harga dari
/ Semalam
RM300++
Hotel 4 Bintang Murah di Port Dickson
villa lot 1638
Rating Terbaik
Harga dari
/ Semalam
RM250++
Harga dari
/ Semalam
RM250++
Homestay Moden
serenityatpd
Recommended
Harga dari
/ Semalam
RM2,550++
Harga dari
/ Semalam
RM2,550++
Antara Villa Paling Cantik di Port Dickson
lexis hibiscus port dickson
Rating Terbaik
5/5
Harga dari
/ Semalam
RM890++
Harga dari
/ Semalam
RM890++
Hotel 5 Bintang Terbaik di Port Dickson
Explore Staycation :Port Dickson
error: Content is protected.