Avilion Admiral Cove Port Dickson
- Last update 1 Jun 2023
- 1:26 pm
Dalam kategori:
Avilion Admiral Cove merupakan sebuah hotel 4 bintang dengan seni bina mirip Marina Club dengan view jeti untuk boat dan yacht di Port Dickson, menjadikan view hotel ini antara terbaik di sini. Dengan harga yang berpatutan, hotel ini menawarkan fasiliti yang lengkap sekali dengan breakfast buffet.
Fasiliti dan bilik di sini biasa-biasa je, ada yang dah agak lama, tapi mungkin masa depan, mereka boleh maintain dengan lebih baik. Apa pun, harganya murah dan lokasi yang exclusive memang menambah daya tarikan hotel ni.
Info Ringkas
Jenis Penginapan
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Overview
Untuk penggemar suasana Yatch atau Marina Club, Avilion Admiral Cove pasti menjadi tumpuan.
Hotel
Seni bina luar dan dalam hotel 4 bintang ni juga ada mirip seni bina zaman kolonial dan berdepan dengan jeti kecil untuk boat dan view laut yang cantik dan relaxing. Terletak di Kampung Si Rusa, hotel ni sesuai untuk group atau family 2-4 orang yang nak cari penginapan empat bintang yang murah tapi jauh dari kesibukan kawasan komersial.
Bilik
Hotel ni ada tiga jenis bilik dengan reka bentuk yang simple tapi moden yang boleh dipilih mengikut bajet korang. Hiasan dan perabot di bilik setakat OK je – mungkin boleh diperbaiki atau refresh sikit.
Fasiliti & Lokasi
Korang pun boleh enjoy fasiliti seperti Wi-Fi percuma, kolam renang, gimnasium, gelanggang tenis, Game Room, spa dan massage. Tapi fasiliti di sini agak lama dan dated, tak macam dulu. Jangan expect kebersihan macam hotel 5 bintang lah. Ada pantai kecil yang dinamakan Pantai Cahaya Negeri dekat hotel tu.
Hotel ni juga sediakan breakfast percuma di restoran dengan view laut tapi kualiti breakfast so-so je. Kalau nak breakfast sedap, ada banyak restoran dan warung di sekitar Teluk Kemang. Tapi sebab hotel ni agak jauh dari kawasan komersial, korang kena drive sendiri kalau nak explore Port Dickson.
Gallery Gambar Avilion Admiral Cove Port Dickson
Peta Lokasi & Alamat
Check Harga Murah
Kesimpulan
Overall, Avilion Admiral Cove Port Dickson memang hotel empat bintang yang menawarkan view yang unik dengan senibina yang macam klub marina. Fasiliti dan bilik di sini biasa-biasa je, ada yang daha gak lama, tapi mungkin masa depan, mereka boleh maintain dengan lebih baik. Apa pun, harganya murah berbanding dengan hotel empat bintang yang lain dalam kawasan ni, dan lokasi yang exclusive memang menambah daya tarikan hotel ni.
Hotel 4 Bintang Lain di Port Dickson
Alternatif untuk Avilion Admiral ialah Ancasa Residences dengan harga lebih kurang sama. Kalau nak spend dalam RM100 extra, boleh cuba Villea Port Dickson atau Pacific Regency.
Tips Untuk Bercuti di Avilion Admiral Cove
Di bawah sedikit sebanyak perkara korang perlu tahu kalau menetap di Avilion Admiral Cove Port Dickson.
- Bawa atau sewa kereta sendiri sebab restoran dan pusat komersil agak jauh dari lokasi hotel.
- Pilih bilik tingkat tinggi dan menghadap marina.
- Check kebersihan bilik dan bilik air bila first time masuk bilik. Minta tukar kalau boleh dan perlu.
- Check juga kalau air cond di bilik diselenggara dengan baik.
- Ada port pancing PD World Marina di sebelah hotel bagi yang gemar memancing.
Soalan Lazim
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
Masakan Melayu
Masakan Thai
Ikan Bakar & Seafood