Ancasa Residences Port Dickson
- Last update 1 Jun 2023
- 1:26 pm
Dalam kategori:
Ancasa Residences bagi kami adalah hotel 4 bintang terbaik di PD. Ia menawarkan pilihan bajet untuk penginapan yang selesa, luas dan sesuai untuk keluarga atau group kawan-kawan yang besar. Lokasi hotel 4 bintang di Teluk Kemang ni juga cuma 60 meter saja dari kawasan pantai.
Bilik dan unit agak kemas, bersih dan sekali tersedia ruang dapur untuk masak sendiri. Fasiliti dia OK dan diselenggara dengan baik. Ada juga swimming pool, gym & spa. Kalau nak tempah sini, cuba request bilik di tingkat tinggi.
Info Ringkas
Jenis Penginapan
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Overview
Nak cari hotel terbaik di Port Dickson tapi takda bajet besar? Apa kata cuba check out Ancasa Residences Port Dickson. Terletak hanya 60 meter dari Pantai Teluk Kemang, Ancasa Residences adalah pilihan terbaik untuk hotel tepi pantai (walaupun sebenarnya hotel ni bukan betul-betul tepi pantai, tapi memang confirm dalam walking distance).
Hotel
Hotel style apartment 4 bintang ni menawarkan unit-unit yang sangat luas dengan segala kemudahan yang korang perlukan untuk percutian bajet atau weekend gateaway, lagi lagi kalau korang plan nak bercuti dengan keluarga besar.
Bilik
Unit-unit di Ancasa teratur, bersih dan ada sehingga 3 bilik, menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk percutian keluarga atau group dengan kawan-kawan. Setiap unit juga dilengkapi dengan dapur dan ruang tamu, jadi korang boleh sediakan sendiri makanan dan berehat dalam suasana rumah yang selesa.
Kalau korang nak buat penginapan korang di Ancasa Residences lebih syiok, cuba dapatkan unit di tingkat tinggi untuk dapat view jelas keindahan Pantai Teluk Kemang.
Fasiliti & Lokasi
Satu benda best pasal Ancasa adalah restorannya yang menghidangkan makanan buffet yang sangat sedap. Tambah lagi, lokasinya dekat dengan Port Lanun dan restoran-restoran best lain, di mana korang boleh menikmati hidangan ikan bakar yang sedap, goreng-goreng dan juga makanan Western. Dekat juga dengan Upside Down House, kalau korang berminat. Dan kalau korang malas nak keluar hotel, ada restoran, gimnasium, spa dan Kids Club di hotel ni.
Dan kalau korang kena beli supplies sikit, ada 99 Speedmart berdekatan (450 meter) untuk segala keperluan korang.
Gallery Gambar Ancasa Residences Port Dickson
Peta Lokasi & Alamat
Check Harga Murah
Kesimpulan
Ringkasnya, Ancasa Residences Port Dickson adalah pilihan terbaik kalau korang nak cari hotel yang selesa dan luas dengan bajet yang tak besar, tapi tetap nak berdekatan dengan pantai dan kawasan komersial. Sesuai untuk keluarga besar atau group kawan-kawan yang cari pengalaman percutian tepi pantai dan makanan yang sedap. Kalau nak tempah sini, cuba request bilik di tingkat tinggi.
Hotel 4 Bintang Lain di Port Dickson
Alternatif untuk Ancasa ialah Avilion Admiral Cove dengan harga lebih kurang sama. Kalau nak spend dalam RM100 extra, boleh cuba Villea Port Dickson atau Pacific Regency. Tapi bagi kami, Ancasa Residences paling value for money.
Perkara Perlu Tahu Sebelum Tempah
Di bawah sedikit sebanyak perkara korang perlu tahu sebelum tempah Ancasa Residences.
Kelebihan Ancasa Residences
- Harga lebih murah berbanding hotel 4 bintang lain.
- Swimming pool yang luas – kalau plan nak selalu bawa anak swimming, hotel ni best!
- Restoran Saffron Brasserie menghidangkan breakfast sedap, tak macam hotel lain. Restoran buka 7AM hingga 10.30AM.
- Restoran Cinnamon Cafe juga menyediakan buffet untuk lunch dan dinner seperti kambing bakar dan satay. Restoran buka 11AM hingga 11PM.
- Rata-rata staff di sini sangat friendly dan profesional.
Kekurangan Ancasa Residences
- Lokasi hotel bukan betul-betul di tepi pantai tapi pantai cuma 60m saja.
- Elak waktu cuti umum sebab hotel ni sangat popular dan akan crowded.
- Parking pun mungkin crowded sikit.
Soalan Lazim
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
Masakan Melayu
Masakan Thai
Ikan Bakar & Seafood