Akar Beach Resort
- Last update 25 September 2023
- 10:10 am
Dalam kategori:
Untuk yang tiada bajet besar, hotel 3 bintang di Teluk Kemang ini menawarkan lokasi yang bagus – tepi pantai dan berdekatan dengan Pantai Teluk Kemang dengan harga yang lebih murah dari hotel lain. Biliknya tak mewah dan mungkin ada perabot yang dah dated tapi ada view sunset dan pantai.
Fasilitinya okay, tidak berapa lengkap & agak lama, tapi ada Swimming Pool dan restoran dalam hotel. Kalau nak tempah sini, better korang drive atau ada pengangkutan lain so senang nak keluar makan.
Info Ringkas
Jenis Penginapan
*Tertakluk kepada ketersediaan semasa membuat tempahan, pesanan dan lawatan.
Overview
Akar Beach Resort ialah antara hotel murah terbaik di Port Dickson dengan lokasi best tepi pantai.
Hotel
Hotel ni bertaraf 3 bintang dan dekat sangat dengan Pantai Teluk Kemang. Memang sesuai sangat untuk korang yang tiada bajet besar atau nak bawak family masa weekend bermandi manda atau berehat di tepi pantai.
Bilik
Bilik kat Akar Beach Resort ni luas dan ada empat jenis bilik mengikut jumlah guests & bajet korang. Semua bilik ada view pantai kecuali bilik Standard Twin.
Rata-rata perabot di bilik dah agak lama dan boleh diselenggara dengan lebih baik. Time cuti sekolah hotel ni boleh penuh dengan guests, so kena plan sikit.
Fasiliti & Lokasi
Sebab bangunan hotel ni dah lama sikit, fasiliti tak boleh expect mewah sangat, tapi sekadar cukup. Ada kolam renang dan Wi-Fi free untuk semua bilik. Tapi, nak gym atau sauna kena cari lain la ye, hotel ni takda fasiliti tambahan lain.
Kalau nak jalan-jalan kat sekitar kawasan ni, Akar Beach Resort ni dekat dengan Pantai Purnama dan Pantai Teluk Kemang, boleh jalan kaki je. Ada juga kedai makan dalam jarak jalan kaki sepanjang jalan besar di depan hotel, tapi elok drive la.
Gallery Gambar Akar Beach Resort
Peta Lokasi & Alamat
Check Harga Murah
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, Akar Beach Resort ni sangat berbaloi untuk yang nak hotel murah dekat pantai di Port Dickson. Takde la mewah sangat macam hotel lain, tapi agak selesa dengan fasiliti sederhana dan swimming pool. Tapi kalau nak tempah sini, better korang drive atau ada pengangkutan lain so senang nak cari tempat makan.
Hotel 3 Bintang Lain di Port Dickson
Alternatif kepada Akar Beach Resort ialah Klana Beach Resort yang terletak hanya 1km ke utara dari Akar Beach Resort. Harga lebih kurang sama.
Perkara Perlu Tahu Sebelum Tempah
Di bawah sedikit sebanyak perkara korang perlu tahu sebelum tempah Akar Beach.
Kelebihan Akar Beach Resort
- Bilik menghadap ke pantai atau laut.
- Harga sedikit lebih murah dari hotel 3 bintang lain.
- Ada restoran dalam hotel yang menyediakan breakfast (biasa-biasa je).
- Dekat dengan Pantai Purnama & Pantai Teluk Kemang (dalam jarak 1km).
Kekurangan Akar Beach Resort
- Tiada restoran dalam jarak jalan kaki yang dekat. Kena drive atau kena rajin jalan kaki.
- Restoran hotel tak buka waktu petang/malam.
- Bilik air agak kecil tapi masih OK.
- WiFi agak slow bila waktu cuti sekolah.
Cadangan Untuk Itinerary
Kalau korang dah decide nak tempah Akar Beach, ini beberapa tempat menarik & tempat makan best di Port Dickson.
Hari Pertama
- Check-in pukul 3.
- Jalan-jalan di Pantai Purnama.
- Makan petang di PD Famous Cendol Coconut Shake.
- Makan malam & berehat di hotel.
Hari Kedua
- Breakfast di hotel.
- Jalan-jalan waktu pagi di Pantai Teluk Kemang.
- Singgah PD Ostrich Farm.
- Makan tengah hari di Tino’s Pizza.
- Lawat Pusat Ikan Hiasan Port Dickson.
- Berehat di hotel.
- Makan malam di Mimi Ikan Bakar.
Hari Ketiga
- Breakfast di hotel.
- Packing & check out sebelum pukul 12.
Soalan Lazim
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
/ Semalam
Masakan Melayu
Masakan Thai
Ikan Bakar & Seafood