Read this article in : English
Top 10 Water Purifier Terbaik di Malaysia 2022
- Last update 25 Mac 2022
- 11:11 pm
- Baca dalam 4 minit
- 452

Pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari sebab setiap sistem dalam badan kita memerlukan air untuk berfungsi. Sebab itu pentingnya ada air yang bersih di rumah. Dengan adanya Water Purifier, kita tak perlu risau lagi untuk dapat air minuman yang lebih jernih, tak perlu sentiasa masak air untuk make sure air bersih and yang paling best air panas, suam & sejuk always ready.
Beza Water Purifier dengan Water Filter ialah Water Purifier lebih efektif untuk buang contaminants. Mahal ke Water Purifier ni? Jangan risauu sekarang ni ada banyak pilihan Water Purifier terbaik – memang selalu kita tengok harganya agak sedikit mahal sebab teknology penapisan yg berkualiti tapi ada je Water Purifier murah di pasaran sekarang. Nak beli melalui Shopee and Lazada pun boleh.
Cara Pilih Water Purifier Terbaik
Ok secara asasnya Water Purifier bertujuan untuk membuang bahan pencemar dan kekotoran daripada air. Berikut adalah antara ciri-ciri yang korang kena bagi perhatian bila pilih Water Purifier –
Kaedah Penapisan
Ada pelbagai kaedah penapisan seperti granular activated carbon (tidak perlu elektrik, mudah alih, guna pressure), Nano UV (berkesan menghapuskan bahan cemar bahaya dengan mengekalkan mineral), dan Reverse Osmosis RO (sangat cekap untuk mengeluarkan semua ion, besar dan kecil).
Kapasiti tangki
Pilih yang sesuai dengan saiz keluarga dan tujuan membeli. Kalau nak yang boleh terus minum, pilih jenis yang bertangki. 4-5L untuk 1-2 orang, 6-8L untuk 3-4 orang dan 10L keatas untuk 5- 10 orang.
Guna Elektrik atau tidak?
Ikut kehendak masing masing, kalau nak jimat pilih yang jenis on-tap tanpa elektrik, kalau nak yang ada pilihan air panas dan sejuk boleh pilih yang berikut. Kalau boleh pilih yang jimat elektrik.
Ciri keselamatan
Kalau korang pilih Water Purifier yang ada option air panas, kena pilih mesin yang ada ciri mesra kanak-kanak untuk mengelakkan dari kejadian tak diingini.
Saiz
Saiz pun memainkan peranan yang penting. Pilih Water Purifier yang muat di ruang rumah korang.
Boleh dibeli di :
Point Ringkas & List
Water Purifier Terbaik di Malaysia
Philips On-tap Water Purifier AWP3702
LG PuriCare™ Tankless Water Purifier WD512AN
Kalau korang cari yang premium, boleh konsider Water Purifier terbaik dari jenama LG ni. Model LG PuriCare™ WD512AN ni jenis tankless sebab tu dia kecil dan sesuai untuk ruang yang sempit. Water Purifier ni boleh supply sehingga 1000ML air dan ada pilihan air panas dan juga air sejuk. Menggunakan sistem Nano UV dan 3 jenis filter untuk pembersihan air yang optimum. Walaupun harga agak mahal, LG menawarkan waranti selama 10 tahun dan maintenance setiap 3 bulan!
KONKA Mini Tap Water Purifier With One Filter
Pilihan Water Purifier terbaik seterusnya ialah dari jenama KONKA. Water Purifier jenama KONKA ni jenis on-tap sesuai untuk korang yang dalam bajet. Pemasangan yang mudah, ia menggunakan filter jenis ceramic yang mampu membuang plumbum, fluorida dan bahan cemar lain untuk menawarkan air yang lebih selamat dan menyegarkan untuk keluarga korang. Harga pun sangat murah.
Philips ADD6910 Water Purifier Dispenser
Philips juga ada pilihan Water Purifier terbaik premium iaitu model ADD6910. Model ni mempunyai kapasiti tangki sebanyak 4L yang sesuai untuk keluarga baru. Ada pilihan untuk air panas dan sejuk, Water Purifier Philips ni guna sistem Reverse Osmosis yang boleh menghapuskan sehingga 99.999% Bahan Pencemar. Antara ciri ciri lain yang ada adalah child lock, UV-LED, dan sistem clean smart. Untuk harga yang premium korang banyak jimat masa, nak air panas 3 saat je dah dapat! Memang berbaloi.
Philips AUT2015 RO Water Purifier
Satu lagi pilihan Water Purifier terbaik premium dari Philips ialah model AUT2015. Model ni sesuai untuk isi rumah 3-4 orang sebab tangkinya berkapasiti 6L. Juga menggunakan sistem RO, Kelebihan model AUT2015 ni dia menggunakan kaedah double purification untuk air yang lebih bersih dan App Smart Control. Design yang simple, sesuai untuk korang yang minimalis.
3M Aqua Pure Filtered Water Dispenser HCD2
Satu lagi pilihan premium Water Purifier terbaik ialah dari jenama 3M. Model Aqua Pure HCD2 ni mempunyai kapasiti tank 8.2L sesuai untuk keluarga besar. Sistem carbon block filtration dan teknologi lampu UV mampu menghilangkan bahan cemar yang berbahaya dan mengurangkan sebanyak 99.9% bakteria dan virus. Saiz Water Purifier ni agak besar dari yang lain, tapi ia mampu memberikan air panas dan sejuk secara standby. Kalau korang ada duit lebih, boleh pilih brand 3M ni sebab ia dikatakan mempunyai lebih 80 tahun kepakaran dalam bidang penapisan!
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh