fbpx

Media Shopping No.1 di Malaysia

Read this article in : English

Top 10 Water Heater Terbaik Malaysia 2023 (Review Jenama)

Water Heater Terbaik Murah
"Mandi air panas selesa sikit"

Ada niat nak letak water heater atau pemanas air mandi di rumah? Kalau beli secara online, memang boleh pening kepala sikit. Ada label-label seperti tankless, AC pump, DC pump, instant dan pelbagai lagi. Tapi takpa, dalam artikel ni kami terangkan sedikit sebanyak tentang cara pilih water heater dan juga pilihan 10 Water Heater Terbaik di Malaysia yang boleh dibeli di Shopee & Lazada.

Macam air cond, water heater terutama jenis bertangki sebaiknya dipasang oleh service professional yang pakar untuk pastikan pemasangan yang tepat. Masuk sekali kos ni dalam bajet korang.

Cara Kami Pilih

Dalam senarai ini, kami pilih water heater dengan anggaran spesifikasi tertentu. Lihat Panduan Beli Water Heater di bawah untuk penerangan lanjut berkenaan spesifikasi water heater.

  • Jenis: Kami pilih untuk senarai ni jenis instant atau tankless water heater.
  • Pump: Lebih kepada DC inverter pump tapi ada juga AC pump, tapi ada yang tiada pump terutama untuk pilihan bajet.
  • Ciri Keselamatan: Kami pilih yang ada ELCB atau RCD, splash proof, surge protection, flow sensor dan lain-lain. Semua model ada ciri berbeza, tak semua sama.
  • Ciri Lain: Ada yang menggunakan paparan digital, kebanyakannya hanya pakai tombol.
  • Harga & Bajet: Semua dalam linkungan RM200 hingga RM1100. Kebanyakan bawah RM500.

 

Point Ringkas & List

Pilihan Shoptrack

Water Heater Terbaik di Malaysia

Pilihan Terbaik
4.7/5
4.7/5
Pilihan Terbaik

Rinnai Ore Series Electric Water Heater REI-A380DP-R

Water Heater Pressure Tinggi Jimat Elektrik
Overview:
Pros: DC inverter pump yang senyap, rekabentuk cantik, ciri keselamatan tambahan, pressure tinggi.
Cons: Mahal.
Spesifikasi – Jenis: Tankless | Pump: DC | Paparan: Tombol | Ciri Keselamatan: RCD, IP25, surge protection | Flow Rate: 2L/min | Min Pressure: 2.9 psi.
Nikmati kepuasan mandi air panas dengan model Water Heater berkualiti dari Rinnai. Model dari Ore Series ni jenis Water Heater Tankless. Datang dengan set lengkap dan menggunakan material high gloss berkualiti tinggi berjenama, Water Heater Rinnai ni menggunakan DC Silent Inverter Pump yang kos efektif dan tahan lama serta tidak mengeluarkan bunyi yang bising. Reka bentuknya minimalis – ada indikator berlampu dan cuma 1 tombol untuk mengawal suhu dan pressure. Dengan ciri-ciri keselamatan yang padat seperti RCD (memutuskan bekalan elektrik sekiranya berlaku kebocoran), lighting dan surge protection. Tidak lupa casing kalis air plastik ABS IP25 yang membantu menghalang air dan habuk. Salah satu model Water Heater jimat elektrik pilihan ramai di Malaysia.
Baca Detail
Brand Official Store di Lazada
Scan & Add to Cart
QR Code https://invol.co/cletguc
1
1

Water Heater Panasonic DH-3RL1MWDH

Pemanas Air Mandi Murah Terbaik
Overview:
Pros: Murah, pilihan bajet dengan fungsi asas.
Cons: Tiada pump, pressure rendah.
Spesifikasi – Jenis: Tankless | Pump: Tiada | Paparan: Tombol | Ciri Keselamatan: ELCB, IP25, Flow Sensor | Min Pressure: 1.42 psi.
Untuk korang yang cari yang jenis budget, model Water Heater murah dari Panasonic ni antara model yang berkualiti pilihan ramai. Disebabkan tiada pump, model ni lebih murah dari model lain tapi pressure yang tak begitu kuat. Kalau korang tak perlukan tekanan air yang kuat tapi lebih fokus kepada ciri keselamatan dan harga yang rendah, model ni mungkin sesuai. Walaupun tiada pump, model ni masih lagi ada ciri keselamatan tinggi seperti IP25 Water Splash Proof, Built-in Electric Leakage Breaker (ELB) untuk memotong elektrik bila ada kebocoran dan Flow Sensor untuk mengelakkan overheating.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Scan & Add to Cart
QR Code https://shope.ee/79y9ZQXerK
Scan & Add to Cart
QR Code https://invol.co/clafa23
2
2

Water Heater Toshiba DSK38ES3MB-RS

Water Heater DC Pump Terbaik Dengan LED Display
Overview:
Pros: DC inverter pump yang senyap, pressure tinggi, paparan digital.
Cons: Sedikit mahal.
Spesifikasi – Jenis: Tankless | Pump: DC | Paparan: Digital & Tombol | Ciri Keselamatan: ELCB, IP25, anti-leak | Flow Rate: 1.5L/min | Min Pressure: 4.35 psi.
Untuk korang yang ada bajet dalam RM500, dan nak keselesaan air panas maximum, model water heater tanpa tanki ni memang sesuai. Walaupun harga dalam kategori mid-range, model ni ada ciri yang lebih canggih dengan tekanan air yang tinggi. Korang boleh set suhu air dengan tepat dengan LED display tak macam model lain yang pakai tombol. Pump yang dipakai pun DC pump jadi tak perlu risau tentang tekanan air atau bunyi bising. Model ni juga menggunakan teknologi Whirl Water Flow yang lebih cekap tenaga jadi walaupun harganya mahal, korang mungkin boleh jimat dari segi penggunaan elektrik. Ciri keselamatan juga memang tinggi. Model ni ada juga ‘shower rain’ tapi kalau tak perlu, boleh pilih versi tiada shower rain. Overall, pilih ni kalau korang ada bajet.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Scan & Add to Cart
QR Code https://shope.ee/5UtzLdOWJN
Scan & Add to Cart
QR Code https://invol.co/cle2pah
3
3

Water Heater Cornell Instant Shower CIS-E7310X

Water Heater Bajet Terbaik
Overview:
Pros: Murah, sesuai untuk yang nak fungsi asas saja.
Cons: Tiada pump, pressure rendah.
Spesifikasi – Jenis: Tankless | Pump: Tiada Pump | Paparan: Tombol | Ciri Keselamatan: ELCB, IP25 | Min Pressure: 1.45psi.
Water heater Cornell CIS-E7310X juga adalah salah satu model water heater bajet di pasaran Malaysia setakat ni. Antara perbezaan utama model ni dari water heater lain adalah dia tak menggunakan pump. Maksudnya, installation lagi senang tapi tekanan air tak berapa kuat. Kalau tekanan air di rumah korang dah cukup kuat, korang mungkin tak perlu belanja banyak duit untuk dapatkan water heater yang ada pump. Tapi dari segi keselamatan, model ni lebih kurang sama dengan model lain dengan Anti-Lecur dan Splash Proof IP25 Standard. Pemanasan air juga agak laju sebab dia jenis tankless atau instant.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Scan & Add to Cart
QR Code https://shope.ee/8emxLZu5I0
Scan & Add to Cart
QR Code https://invol.co/claf9y4
4
4

Water Heater Toshiba Instant TWH-38EXPMY(T)

Water Heater Dengan Digital Smart Display
Overview:
Pros: DC inverter pump yang senyap, paparan digital.
Cons: Mahal.
Spesifikasi – Jenis: Tankless | Pump: DC | Paparan: Digital | Ciri Keselamatan: ELCB, IP25 | Flow Rate: 1.5L/min.
Bilik air rumah bertemakan moden? Toshiba Instant Water Heater TWH-38EXPMY(T) ni sesuai untuk dipasang di bilik air korang. Jenis Tankless, rekaan Water Heater dari Toshiba ni memang moden dan elegan – dengan digital smart display dan berwarna hitam menaikkan lagi nilai estetik bilik air. Menggunakan pump jenis DC yang berbunyi rendah, Toshiba memang mementingkan ciri keselamatan seperti perlindungan kebocoran dengan ELCB dan kalis air IP25 untuk memberikan ketenangan semasa mandi. Flow rate 1.5L per minit juga agak bagus kalau dibandingkan dengan model murah. Cuma harga untuk water heater ni tinggi sikit dalam kategori mid-range tapi confirm selesa lah!
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Scan & Add to Cart
QR Code https://shope.ee/3AS0nqAKzS
Scan & Add to Cart
QR Code https://invol.co/clafa0n
5
5

Water Heater Centon EcoSerene Series

Water Heater Terbaik Overall
Overview:
Pros: DC inverter pump yang senyap, pressure & flow rate tinggi, harga berpatutan.
Cons: Tiada.
Spesifikasi – Jenis: Tankless | Pump: DC | Paparan: Tombol | Ciri Keselamatan: RCD, Surge Protector, Splash Proof IP25 | Flow Rate: 2L/min.
Jenama Centon antara jenama pengeluar penapis air terbaik di Asia. Model EcoSerene ini antara Water heater yang popular di pasaran. Ramai yang dah pernah cuba model ni. Kekuatan water heater ni datang dari ciri keselamatan yang canggih. Model ni ada 5 Point Safety System yang mengekalkan suhu air, melindungi komponen eletrik dari air dari luar, menutup bekalan elektrik bila ada kebocoran dan banyak lagi. Dari segi kegunaan pula, model ni datang dengan multi-spray handset untuk korang pilih shower pattern dan juga tak perlu tunggu lama untuk air panas sebab dia ada teknologi on-demand tankless instant heating. Model ni juga popular sebab ia menggunakan DC pump.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Scan & Add to Cart
QR Code https://shope.ee/6f1syjCEr3
Scan & Add to Cart
QR Code https://invol.co/clafa4l
Pilihan Ramai
Bosch Water Heater Tronic TR8000S
Rating Terbaik
Shopee

Water Heater Bosch Tronic TR8000S

Deka Water Heater With Pump DK1
Shopee

Water Heater Deka with Pump DK1

Joven Instant Water Heater With Pump SC33IP
Shopee

Water Heater Joven Instant with Pump SC33IP

Panasonic DH-3NDP1MS Instant Water Heater
Best Selling
Shopee

Water Heater Panasonic DH-3NDP1MS Instant

Produk Berkaitan

Toothbrush Holder Bathroom Storage Organizer
Wajib Ada
Shopee

Bathroom Storage Organizer

Microfiber-Shower-Towel-Cap-Quick-Drying
Best Selling
Shopee

Microfiber Shower Towel Cap Quick Drying

Exfoliante-Soft-Sponge-Body-Scrubber
Wajib Ada
Shopee

Exfoliante Soft Sponge Body Scrubber

Natural-Exfoliating-Back-Sponge-Scrubber
Shopee

Natural Exfoliating Back Sponge Scrubber

MAGICLEAN-Toilet-Bleach-Regular-(500ml)
Best Selling
Lazada

MAGICLEAN Toilet Bleach Regular (500ml)

Silicone-Hair-Comb-for-Scalp-Massage
Shopee

Silicone Hair Comb for Scalp Massage

Kesimpulan

Sebelum beli Water Heater, semak ciri ciri yang korang perlukan seperti pump, jenis pump, harga & bajet. Dalam senarai ini, kami pilih Water Heater jenis tankless saja, tapi dengan variasi berbeza.

Bergantung kepada bajet korang, ini pilihan yang kami pilih:

 

Apa Itu Water Heater?

Water heater adalah alat pemanas air mandi yang menggunakan elektrik atau gas untuk menjana haba dalam proses pemanasan dan selalu dipasang di bilik air atau bilik utiliti.

Jenis Water Heater

Ada 2 jenis utama water heater iaitu pemanas air bertangki (tank) dan tanpa tangki (tankless). Sinonim yang lain selalu digunakan adalah storage (bertangki) dan instant (tanpa tangki).  

Panduan Beli Water Heater

Ada beberapa perkara yang korang perlu pertimbangkan sebelum beli Water Heater. Ada juga perkara penting lain bergantung kepada unit dan isi rumah, tapi faktor utama adalah:

  • Tank vs Tankless: Water Heater jenis tangki lebih murah tapi ambil masa (5 – 15 minit) untuk memanaskan air dan kapasiti air pula bergantung kepada saiz tangki. Water heater jenis tanpa tangki pula terhad kepada 1 bilik air saja dan lebih mahal tapi proses pemasangan lebih mudah, tak ambil masa untuk panaskan air, lebih cekap tenaga dan tiada had air. Beli jenis tankless (instant) kalau cuma perlukan water heater untuk 1 bilik air.
  • Jenis pump DC vs AC: Water heater selalu datang dengan pump tambahan untuk memastikan tekanan air laju dan kuat. Kalau korang rasa tekanan air di rumah rendah, dapatkan water heater yang ada pump. AC pump lebih kuat dan murah tapi lebih bising. DC pump sebaliknya lebih mahal tapi tak bising dan lebih cekap tenaga.
  • Ruang: Kalau beli water heater bertangki air, pastikan ada ruang di rumah untuk letak tangki tu. Ukur saiz tangki dan semak ruang kosong di rumah. Semak juga saiz tangki yang sesuai untuk bilangan isi rumah. Secara mudah, 90 – 130-liter sesuai untuk 1-2 orang.
  • Ciri keselamatan: Ciri keselamatan yang wajib ada di water heater ialah built-in ELCB iaitu Earth Leakage Circuit Breaker yang akan potong arus elektrik jika ada kebocoran elektrik atau anomali. Antara lain ialah bekas splash proof sekurang kurangnya bertaraf IP25.
  • Ciri Lain: Korang mungkin nak Water Heater yang ada paparan digital yang lebih senang guna dan tak mudah rosak.
  • Harga & Bajet: Water heater dengan ciri paling asas selalu berharga atas RM200. Yang canggih sikit dalam lingkungan RM300 hingga RM800, dan yang paling ‘atas’ lebih dari RM800.

 

Kebaikan Mandi Air Panas

  • Melegakan otot
  • Membuka ruang pori
  • Meredakan batuk dan selsema

 

Mengikut Healthline.com, mandi dengan menggunakan air panas boleh membuatkan kita rasa kelegaan otot, membuka ruang pori-pori di kulit untuk buang semua minyak dan kotoran di kulit dan juga boleh boleh meredakan simptom batuk dan selesema.

Video : Perbezaan AC Pump Motor dan DC Pump Motor

Advertisement

Soalan Lazim

Jenama Water Heater yang bagus pilihan Shoptrack adalah Rinnai, Bosch, Centon, Toshiba, Panasonic dan Joven.
Anggaran harga Water Heater yang bagus bermula dari sekitar RM200 (bajet) hingga RM1200 (prestasi tinggi). Juga bergantung pada fungsi tambahan yang tersedia.
Antara jenis utama Water Heater di pasaran Malaysia adalah Water Heater tanpa tangki dan bertangki. Dari segi pump, DC pump, AC pump atau tiada pump.
#Hashtag
Share Artikel Ini
Share info ini

Artikel ini ditulis oleh

Hana Shoptrack
Hana Shoptrack
Environmentalist yang cinta pada alam semulajadi. Home gardening adalah hobby masa lapang Hana. Juga aktif dalam Yoga dan weekend hiking.