Read this article in : English
Top 5 UV Sterilizer Terbaik di Malaysia 2022 Untuk Bayi
- Last update 10 Februari 2022
- 8:03 pm
- Baca dalam 5 minit
- 2,017

Tengah consider nak beli UV (Ultraviolet) sterilizer untuk anak korang? Pertama sekali Hana nak ucapkan tahniah sebab prihatin dengan kesihatan anak korang. So harini, Hana akan tolong senaraikan 5 UV Sterilizer terbaik di Shopee & Lazada untuk korang pilih dengan harga dan kualiti yang berbaloi!
Apa Itu UV Sterilizer?
Seperti yang kita tahu adalah sangat penting untuk kita sterilkan botol susu atau barang-barang bayi sebelum digunakan lagi lagi kalau anak kita masih berumur 12 bulan kebawah sebab system imun bayi yang berumur bawah 12 tahun masih lemah dan mereka senang untuk kena jangkitan seperti diarrhoea dan jangkitan kuman.
Kalau dulu masa teknologi UV tak ada lagi, ibubapa kita akan steril kan botol susu dengan menjemur di bawah matahari, tak pun guna teknik merebus atau steam kan botol botol tu. Tapi, selalunya dengan cara ni pun mengambil masa yang lama sebab kena didihkan air dulu, lepastu korang kena tunggu dan pastikan setiap permukaan botol kena dengan air untuk pembersihan maksima. Leceh kan?
Untuk mengatasi masalah ni, ada beberapa brand yang menciptakan UV Sterilizer Dryer yang menggunakan lampu UV yang disahkan efektif untuk membunuh bakteria. Bukan saja menyenangkan kerja, menjimatkan masa tapi juga ia lebih selamat digunakan.
UV Sterilizer Dryer ni juga boleh guna untuk macam-macam barang, bukan untuk botol susu baby je; mainan, pinggan mangkuk baby, kunci, breastpump, handphone, jam korang pun boleh! Dah rasa perlu beli, jom kita tengok jenama UV Sterilizer terbaik di pasaran Malaysia.
Boleh dibeli di :
Point Ringkas & List
UV Sterilizer Terbaik di Malaysia
Boboduck 19L 5 in 1 LED UV Sterilizer & Dryer
UV Sterilizer Boboduck 3 in 1 Mini F6221
UV Sterilzier terbaik pertama yang Hana nak rekomen ialah dari Boboduck. Model ni adalah yang paling murah dalam senarai ini! Apa yang best tentang model ni adalah teknologi 8K mirror reflection iaitu ia menggunakan 6 cermin spectral yang boleh memantulkan cahaya UV secara 360° bagi pembersihan maksima. Kapasiti 6L ni memuatkan 6 botol susu secara serentak! Selain itu, dia ada sensor automatic yang akan cut off elektrik bila korang buka compartment untuk mengelakkan terkena pancaran UV. Model Boboduck menggunakan system filter PM2.5 yang membolehkan ia menghalang udara kotor masuk kedalam machine. Pilihan yang bijak kalau korang nak cari yang model yang berpatutan!
UV Sterilizer MAMAHOME
UV Sterilizer terbaik kedua pilihan shoptrack ialah dari MAMAHOME. Model ni menggunakan Smart Touch Control. Ia mempunyai 4 jenis mod iaitu Auto (kering dan steril), Steril, Kering dan juga storage mode (1 cycle auto, 2min steril untuk setiap 2 jam). Kapasiti 10L memuatkan 10 botol susu dan barang kecil yang lain seperti pacifier, sudu, dll sebab ia didatangi dengan SUS 304 Stainless Steel Rack! Selain itu ia juga menggunakan 2 lampu UV untuk pembersihan maksima. Permukaan MAMAHOME menggunakan material ABS Resin Shell yang tahan panas, anti-karat, anti-calar serta senang untuk dibersihkan. Untuk filter, model ini menggunakan HEPA air filter yang boleh filter 99.7% air hazard.
UV Sterilizer Coby Mini V2
Pilihan UV Sterilizer terbaik ketiga adalah dari Coby! Sama seperti model model sebelum ni dia ada fungsi Auto Stop bagi menghalang Sinaran UV terpancar bila anak korang buka mesin bila ia tengah beroperasi. Kapasiti 8L boleh memuatkan 9 botol susu! Ia juga mempunyai 4 mod iaitu auto, steril, kering dan storage. Yang special tentang model Coby ni, ia ada LED display yang boleh tunjuk ‘working time’ machine ni. Selain itu, model dari coby ni boleh steril secara 360° dengan menggunakan 8 inner mirror effect panels untuk pembersihan menyeluruh. Filter dia pula menggunakan HEPA Filter – yang boleh hapuskan 99.9% bahan cemar udara. Bagi Hana, model dari Coby ni best of the best la dari segi fungsi dan harga!
UV Sterilizer Supermama with Dryer & Child Lock
UV sterilizer terbaik seterusnya jatuh kepada jenama Supermama! Ok bagi korang yang cari Sterilizer yang besar boleh pilih model ni! Kapasiti 16L ni ni memang besar sesuai untuk korang yang ada ramai anak. Boleh steril botol susu anak anak korang sekaligus dengan mainan sekali. Jimat sikit letrik kalau sekali jalan kan? Uv sterilizer dari Supermama ni menggunakan full LCD glass panel dengan permukaan insulasi matte untuk ketahanan panas yang lebih baik. Selain itu ia juga menggunakan mentol UVC yang kaya dengan energi yang membolehkan kuman dibunuh dengan efektif secara 99.9%. Bagi filter, Supermama menggunakan filter jenis Nanofibre yang akan menghalan habuk halus untuk masuk kedalam mesin.
Baru Update :
UV Sterilizer Spectra
Pilihan terakhir dari Shoptrack adalah dari Spectra! Parents mesti kenal dengan jenama ni sebab Spectra dikenali sebagai jenama yang berkualiti dengan harga yang high-end. Model dari Spectra ni design dia memang artistik, cantik dan elegan, datang dalam warna hitam atau putih. Ia juga mempunyai 4 jenis mod seperti model lain. Dilengkapi dengan window display untuk intai lampu UV dalam mesin, LED display untuk pamer baki masa dan PTC heater untuk pengawalan suhu automatik supaya tidak overheat. Tambah special, ia mempunyai 1 kipas ventilasi dan 2 kipas pengering yang berjalan secara serentak untuk memendekkan waktu pengeringan. Kena dengan moto model ni – Design + Serviceable + Technology! kalau korang nak cari Mesin UV yang tahan lasak & ada bajet lebih, pilih Spectra!
Produk Berkaitan
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh
