Read this article in : English
Top 10 Upright Freezer Terbaik Malaysia 2022 (Jimat Elektrik)
- Last update 2 Ogos 2022
- 10:13 pm
- Baca dalam < 1 minit
- 117

Tengah survey nak beli Freezer yang bagus tapi tak tahu sama ada nak pilih Chest Freezer atau Upright Freezer? Ok hari ni kita nak check jenis dan jenama 10 Upright Freezer terbaik yang bagus di Malaysia sekarang.
Kita tengok apa yg sesuai untuk keperluan rumah kita tu sebelum kita beli. Ada yang jimat elektrik, ada yang banyak ruang storage dan ada juga yang ada roda sekali tau.
Ibu-ibu dan kakak-kakak yg selalu ke dapur tu memang suka sangat la kalau ada Upright Freezer ni dekat dapur tu. Senang hati bila ada ruang ekstra selain dari Peti Sejuk sedia ada tu untuk simpan barang, lagi-lagi kalau korang nak buat open house, sambut perayaan, tak pun untuk ruang simpanan stok makanan sekeluarga. Ok jom kita tengok Freezer Bertingkat terbaik pilihan Shoptrack!
Cara Pemilihan Freezer Terbaik
Ini antara tips ringkas untuk korang bila nak pilih dan beli Freezer yang bagus :-
Kapasiti Penyejukan & Saiz Freezer
Kapasiti bergantung kepada keperluan. Kalau korang cuma nak pakai untuk simpan susu ibu, beli kapasiti kecil pun dah cukup. Ruang di rumah pun penting juga tau. Pastikan korang ukur dulu saiz Freezer sebelum beli untuk elak tak muat bila nak letak nanti. Kena ingat, selalunya, lebih tinggi kapasiti penyejukan, lebih besar saiz Freezer.
Penggunaan Tenaga
Untuk makluman, kebanyakan Freezer di pasaran tidak ada teknologi penjimatan tenaga. Tapi, apa yang korang boleh buat untuk meminimumkan penggunaan tenaga ialah cari penggunaan Freezer terbaik serendah yang boleh. Selalunya dalam lingkungan 220V – 240V.
Ciri Keselamatan (Child Lock, Wheels, etc)
Ada Freezer yang datang dengan ciri-ciri ekstra yang berguna macam child lock, beroda, touch control dan lain lain. Yang ni terpulang dekat korang nak beli Upright Freezer yang basic ke atau yang fancy.
Beza Chest Freezer & Upright Freezer
Ada dua jenis Freezer yang popular di Malaysia iaitu Chest Freezer atau Upright Freezer (bertingkat). Secara amnya, beza antara dua ini lebih kepada rekabentuknya. Rekabentuk bagi Chest Freezer lebih kepada melintang (horizontal) manakala Upright Freezer pula, rekabentuknya adalah menegak (vertical) – sama seperti kebanyakan Peti Sejuk kita di rumah tu.
Antara kelebihan Upright Freezer berbanding Chest Freezer adalah –
Saiz
Upright Freezer tak memerlukan ruang yang luas. Sesuai untuk ruang yang kecil dan limited.
Ruang Penyimpanan
Upright Freezer selalunya datang dengan rak storan yang bertingkat. Jadi ia lebih senang nak kemas dan susun
Rekaan Ergonomik
Upright Freezer lebih ergonomik dan senang untuk korang keluar masuk barang. Ia juga senang nak dibersihkan.Walau bagaimanapun, Upright Freezer ni kurang sesuai untuk korang yang nak simpan barang beku yang panjang dan besar. Dalam kes ni, Chest Freezer lebih sesuai.
Boleh dibeli di :
Point Ringkas & List
Upright Freezer Terbaik di Malaysia
Haier Upright Freezer BD-248WL
Midea Upright Freezer MUF-208SD
Cari Upright Freezer yang bersaiz kecil? Model MUF-208SD dari Midea ni mungkin sesuai untuk korang. Cuma 550 x 550 x 1420mm, Freezer terbaik berkapasiti 188L ni ada 4 laci dan 1 ruang freezing! Ia ada teknologi Super Freeze untuk pembekuan pantas. Menggunakan tenaga sebanyak 220V, Upright Freezer ni datang dengan pintu reversible tau. So tak perlu risau kalau korang kidal. Boleh je adjust ikut keselesaan. Harga pun sangat mampu milik.
LG Vertical Freezer with Smart Inverter Compressor GN-304SLBT
Freezer terbaik seterusnya ialah dari LG. Rekaan trendy model GN304SLBT ni sangat praktikal nak guna. Berukuran 530 x 600 x 1300mm dengan 171L kapasiti, Freezer dari LG ni guna sistem Smart Storage dengan 6 rak, 1 laci dan 4 bakul di pintu. So korang lebih senang nak susun dan simpan barang beku. Jenama LG memang terkenal dengan teknologi Smart Inverter, model ni pun tak ketinggalan. Teknologi Smart Inverter Compressor yang canggih ni mampu mengurangkan penggunaan tenaga dengan cekap dan menjimatkan. Bukan itu je, ia datang dengan jaminan 10 tahun dan menyediakan operasi super senyap.
Elba Standing Upright Freezer EUF-K5744FF(SV)
Cari Upright Freezer terbaik yang juga besar? Boleh consider Freezer dari jenama Elba ini. Dengan kapasiti 570L, ia memang sesuai untuk keluarga besar atau peniaga. Berukuran 710 x 750 x 1730mm, ia datang dengan roda untuk memudahkan korang alihkan bila bila masa. Menggunakan tenaga elektrik sebanyak 220 - 240V, Model EUF-K5744FF(SV) menggunakan mekanikal termostat boleh laras. Untuk kapasiti yang besar, ciri-ciri yang ditawarkan, harganya pula sangat berbaloi.
Khind Upright Freezer UF225
Khind juga tak ketinggalan menawarkan Freezer terbaik. Dengan penggunaan tenaga 220-240V yang jimat elektrik, model UF225 berkapasiti 225L ni ada teknologi quick freezing dimana korang boleh bekukan makanan dengan lebih cepat. Bersaiz 600 x 600 x 1700mm, Khind UF225 ni ada Termostat boleh laras, pintu reversible, dan 7 laci untuk penyimpanan lebih organise. Juga ada roda dan teknologi no frost!
Hisense Right Hand Upright Freezer FV188N4AWN
Satu lagi pilihan Freezer terbaik iaitu dari jenama Hisense. Kalau korang minat warna putih, model FV188N4AWN ni akan buat korang jatuh cinta. Saiz pun tak besar, cuma 550 x 557 x 1434mm dengan 180L kapasiti. Ia cuma guna 220-240V tenaga je. Upright Freezer Hisense ni ada 4 rak penyimpanan, alarm pintu, teknologi tanpa frost untuk makanan lebih segar dan kawalan suhu elektronik dengan LED Display tau. Reka bentuknya yang premium dengan rekaan pintu frameless membuatkan ia salah satu model popular untuk Upright Freezer terbaik di Malaysia!
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh
