Read this article in : English
Top 10 Tonik Rambut Terbaik di Malaysia 2022 Untuk Pelbagai Masalah Rambut
- Last update 25 Mac 2022
- 11:02 pm
- Baca dalam 4 minit
- 1,870

Dah puas cuba pelbagai jenis shampoo tapi masih ada masalah rambut seperti rambut gugur, rambut nipis, kulit kepala gatal dan berminyak? Korang boleh overcome masalah ni dengan cuba memakai Tonik Rambut. Tonik rambut ni fungsi dia adalah sebagai suplemen yang boleh memberi nutrisi kepada kulit kepala dan fibre rambut. Haa kali ni Hana nak share dengan korang Tonik Rambut terbaik yang korang boleh try untuk level up hair care routine korang!
Tonik Rambut vs Serum Rambut
Haa korang jangan ingat Tonik Rambut dan Serum Rambut ni benda yang sama ya! Tonik Rambut ni lebih kepada produk memberi rawatan untuk merangsang dan menyuburkan kulit kepala dengan cara memberi nutrisi. Ini akan menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih kuat dan mengelakkan masalah seperti rambut kering dan gugur.
Manakala Serum Rambut pula lebih kepada rawatan untuk rambut dan tujuan penggayaan. Hair serum digunakan untuk menjadikan rambut nampk lebih berkilat, sihat dan memberikan perlindungan daripada sinaran UV dan alat penggayaan.
Bila Patut Guna Tonik Rambut?
Tonik Rambut ini sesuai digunakan setiap hari. Namun ia bergantung kepada sesuatu jenis produk dan tahap kondisi masalah korang.
Boleh dibeli di :
Point Ringkas & List
Tonik Rambut Terbaik di Malaysia
Grafen Root Booster Tonic 160ml
Somebymi Cica Peptide Anti Hair Loss Scalp Tonic 150ml
Tonik Rambut terbaik seterusnya adalah daripada SOMEBYMI - Cica Peptide Anti Hair Loss Scalp Tonic. Tonik rambut ni menggunakan Ekstrak Centella Asiatica sebagai bahan utama. Ada 4 jenis kstrak Centella Asiatica yang akan membantu untuk membersihkan scalp yang tersumbat yang disebabkan oleh faktor dalaman dan persekitaran. Selain daripada itu tonik rambut terbaik ini juga ada 11 jenis peptides yang mudah meresap kedalam kulit serta akan memberikan kelembaban dan nutrien kepada scalp dan fibre rambut. Tonik ni juga akan mengimbangkan kandungan air dan minyak didalam scalp. Ini akan mengurangkan masalah scalp berminyak dan rambut gugur! Produk ni datang dalam botol spray dan mudah untuk digunakan. Bahagikan bahagian rambut, spray pada scalp yang kering dan urut lembut sehingga tonik meresap kedalam kulit kepala.
Schwarzkopf Seborin Aktiv Hair Tonic 300ml
SCHWARZKOPF Seborin Aktiv Hair Tonic merupakan Tonik Rambut terbaik untuk orang yang ada rambut halus, mudah gugur dan botak. Tonik rambut ni mengandungi Pro-Vitamin B5 dan ekstrak halia. Kedua bahan ini akan meresap kedalam scalp dan akan repair secara dalaman bagi rambut rosak. Seborin Aktiv Hair Tonic juga akan mengurangkan pembentukan flakes di permukaan scalp. Yang bestnya tonik ni, korang boleh nampak result penumbuhan rambut baru kalau guna secara konsisten selama 2 minggu! Cara penggunaannya pun mudah je. Korang cuma tuang sedikit tonik di bahagian kulit kepala yang kering, urut lembut selama 1-2 minit. Tak perlu bilas! Mudah je kan untuk selesaikan masalah rambut gugur!
Yanagiya Hair Growth Tonic 240ml
Tonik Rambut terbaik seterusnya adalah produk keluaran Jepun! Bahan-bahan dalam tonik rambut YANAGIYA ini adalah daripada ekstrak Swertia japonica, ginseng, Sophora flavescens dan Rabdosia japonica. Herba-herba yang terpilih ini akan membuka sekatan folikel rambut, membersihkan scalp serta membaiki rambut gugur dan menggalakkan penumbuhan rambut baru dan mengurangkan masalah rambut gugur. Selain daripada itu, tonik ini juga mengandungi menthol yang akan memberikan rasa fresh and clean time korang pakai. Cara penggunaannya sama macam tonik rambut terbaik yang lain. Selepas cuci rambut, keringkan dan tuang sedikit tonik di bahagian kulit kepala, urut lembut selama 1-2 minit. Tak perlu bilas! Mudah je kan untuk selesaikan masalah rambut gugur!
Alpecin Caffeine Liquid 200ml
Tonik Rambut terbaik dari Germany iaitu Alpecin Caffeine Liquid merupakan hair tonic yang unik kerana menggunakan bahan caffeine sebagai elemen utama dalam produk. Caffeine mengandungi bahan aktif yang akan menggalakan penumbuhan rambut baru. Selain daripada tu, bahan ini juga akan menguatkan fibre rambut dan membantu mengelakkan keguguran rambut. Hair tonic terbaik ini sesuai untuk digunakan setiap hari. Selepas cuci rambut, keringkan dan tuang sedikit tonik di bahagian kulit kepala, urut lembut selama 1-2 minit.
L’Oréal Serioxyl Denser Hair Tonic 90ml
Korang ada masalah rambut nipis dan halus? LOREAL Serioxyl Denser Hair Tonic ni sesuai untuk korang yang ada masalah ni dan nak fast treatment yang boleh buat sendiri dekat rumah tanpa pergi salon! Tonik Rambut terbaik daripada brand Loreal ni mengandungi Stemoxydine and Resvératrol. Stemoxydine adalah sejenis molekul yang menyuburkan folikel yang tidak aktif untuk menghasilkan rambut baru. Manakala Resvératrol pula adalah bahan Antioksidan yang bergabung dengan Stemoxydine untuk menjaga scalp dan melebatkan rambut yang nipis dan halus. Korang boleh nampak result dalam tempoh tiga bulan penggunaan secara konsisten. Tuang sedikit tonik di bahagian kulit kepala, urut lembut selama 1-2 minit dan biarkan tanpa perlu bilas rambut.
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh
