Read this article in : English
5 Jenama Sos Ikan Halal Terbaik di Malaysia 2022 (Diiktiraf)
- Last update 11 Mei 2022
- 1:54 pm
- Baca dalam 4 minit
- 4,836

Hai semua! Hari ni kami nak review 5 Jenama Sos Ikan Halal terbaik pilihan popular di Malaysia. Ok sos ikan ni selalu digunakan dalam masakan Thai. Kebanyakan masakan Thai akan gantikan garam dengan sos ikan ni sebab ia sudah cukup masin. Selain dari dipanggil sos ikan, orang siam thai banyak panggil sos ikan ni sebagai Kicap Sotong. So kalau korang ada tengok resepi dekat internet yang cakap guna kicap sotong, sos ikan la tu!
Masak apa guna Sos Ikan?
Kalau korang nak tahu, masakan Thai seperti tomyam, nasi goreng nenas, pad Thai memang wajib letak sos ikan untuk rasa asli Thai tu. Dan jangan ingat masakan Thai je pakai sos ikan, kalau korang nak buat Kimchi atau Sos Vitenamese Roll sendiri pun sedap kalau pakai sos ikan ni. Sos ikan ni digunakan sebagai penambah perisa dalam masakan. Rasa dia masin-masin.
Sos Ikan Halal di Malaysia
Dekat Malaysia ni ada beberapa jenama Sos Ikan yang Halal untuk korang beli. Ada yang Halal Jakim dan ada juga yang di label Halal oleh pihak berkuasa bagi makanan halal Thailand.
Sos ikan tak perlu pakai banyak pun. Selalu orang letak 1-2 sudu je sebab sangat masin! Lepas ni boleh lah buat ikan steam ala Thai guna steamer. Ok jom kita tengok 5 pilihan Sos Ikan Halal Shoptrack!
Boleh dibeli di :
Point Ringkas & List
Sos Ikan Halal Terbaik di Malaysia
Sos Ikan Cap Ketereh
Selalunya Cap Ketereh ni terkenal dengan Budu. Kalau korang nak tahu, Cap Ketereh ni jenama nombor 1 di Pantai Timur. Ya ia buatan Malaysia dan dibuat and dikilangkan di Kelantan oleh usahawan Mat Jusoh Ismail. Jadi sos ikan halal ini dapat pengiktirafan halal dari JAKIM, tak perlu risau. Ada dua saiz untuk korang dapatkan iaitu 315ml dan 615ml. Rasa memang sedap, confirm tak akan kecewa!
Sos Ikan Cap Sotong
Sos ikan halal seterusnya mungkin korang selalu nampak. Yang ni la kicap sotong yang popular dekat kedai siam thai tu. Korang jangan confuse, ianya masih dibuat dari ikan, cuma jenama je ada cap sotong. Produk ni diimport dari Thailand dan mendapat pengiktirafan halal dari Majlis Islam Thailand. Yang menarik tentang sos ikan cap sotong ni dia bebas dari pengawet atau penambah perasa. Rasa sos ikan ni memang ada rasa asli!
Sos Ikan Tiparos
Pilihan ketiga sos ikan halah adalah dari Jenama Tiparos. Jenama ni memang terkenal dan digunakan oleh kebanyakan restaurant dan masyarakat di Thailand. Jangan risau, produk ni turut mendapat pengiktirafan Halal dari Majlis Islam Thailand. Ia ada dua saiz iaitu 300ml dan 700ml. Yang best, kandungan ikan dalam Jenama Tiparos adalah tinggi iaitu sebanyak 65%. Lagi tinggi kandungan ikan, lagi sedap sos ikan tersebut! Ia juga tiada bahan pengawet, penambah perasa dan pewarna tiruan.
Sos Ikan Puteri
Pilihan keempat sos ikan halal jatuh kepada jenama Puteri. Jenama puteri ni sudah lama berada di pasaran. Jadi jenama ni tidak asing lagi dari kita, sebab itu sos ikan jenama Puteri ni boleh didapati di kebanyakan pasaraya dan kedai runcit. Rasa dia pun sangat seimbang dan ada balance. Ia ialah buatan Malaysia dan diiktiraf halal oleh Jakim. Ia didatangi dalam saiz 750ml. Untuk pengetahuan, sos ikan Jenama puteri ini ada penambahan pewarna caramel ya.
Sos Ikan Knife
Pilihan terakhir sos ikan halal dari Shoptrack adalah dari jenama Knife. Buat korang yang cari sos ikan yang sihat, boleh beli jenama Knife ni sebab dia tak ada MSG, pengawet serta pewarna tiruan! Tapi rasa dia memang tak jauh lari dari jenama lain, bagi sesetengah orang lebih sedap dari yang ada MSG. Produk ini diimport dari Thailand dan juga diiktiraf Halal ya. Produk ini pernah menang Domestic Diva award pada tahun 2010 untuk produk terbaik bagi kategori Sos Ikan.
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh
