Media Shopping No.1 di Malaysia

Read this article in : English

Top 10 Smartphone Kamera Terbaik 2025 (Cantik & Berbaloi)

Smartphone Kamera Terbaik di Malaysia
"Gambar dan video yang cantik untuk kita simpan."

Phone kamera cantik antara faktor utama yang selalunya kita akan fikirkan waktu nak beli dan pilih phone baru. Majoriti yang beli phone baru mesti nak cari handphone yg kamera cantik – tak kisah sama ada korang normal user ke atau power user yang suka photography, record video untuk vlogging dan content. Smartphone Kamera terbaik sekarang banyak yang canggih dengan sensor pixel kamera besar, lens yang pelbagai macam wide lens, ultra-wide lens, telephoto lens dan pelbagai fungsi setaraf kamera mirrorless. 

Tapi tak semua smartphone boleh hasilkan kualiti imej atau video yang paling cantik, bergantung pada spesifikasi jugak. Ok jom kita tengok Smartphone Kamera cantik pilihan Shoptrack yang ada kat Shopee dan Lazada dengan harga murah dan berbaloi beli ni!

Spesifikasi Smartphone Kamera Terbaik

Antara spesifikasi yang korang boleh beri perhatian adalah:

Jenis Lens & Focal Length

Focal Length berkait rapat dengan angle-of-view. Diukur dalam milimeter (mm), maksud ‘focal length’ merujuk kepada jarak antara sensor image kamera dan cahaya yang menumpu dan memfokuskan imej di dalam lens. Ada Smartphone yang tawarkan pelbagai jenis lens dalam 1 kamera. Antara lens yang ada – Wide / Ultra wide lens (untuk hasil gambar yang luas), telephoto lens (untuk tangkap gambar jauh), macro lens (untuk gambar close-up) dan lain lain lagi.

Optical Zoom

Kalau sebelum ni kebanyakan Smartphone guna Digital Zoom untuk zoom in gambar dan gambar selalunya jadi kabur, sekarang ni banyak yang dah tukar kepada Optical Zoom. Optical Zoom lebih bagus dari Digital Zoom sebab ia menggunakan lens untuk zoom in, jadi kualiti gambar masih sama dengan gambar biasa. Kalau korang tengok Smartphone yang ada lebih dari 1 lens tu, maksudnya dia ada fungsi Optical Zoom.

Kualiti Video

Kualiti video diukur dengan bilangan pixel yang ditawarkan. Smartphone Kamera Terbaik menawarkan resolusi tinggi mcm 4K, Full HD atau HD. Boleh tengok Frame per Second (fps) juga guys – lagi tinggi FPS lagi smooth video korang. 

Ciri-Ciri Tambahan

Banyak lagi ciri-ciri ektra yang best untuk korang explore – antaranya mod panorama (best untuk tangkap gambar landscape), depth sensor (untuk efek depth of field), HDR (untuk hasil gambar yang tidak overexposed atau under exposed) dan macam macam lagi!

Untuk korang yang tengah plan nak beli phone baru tapi bajet tak berapa banyak, mungkin boleh tengok review Smartphone Murah Terbaik kami ni. Ada je model phone murah yang kualiti kameranya masih ok dan berbaloi. Bagi yang ada bajet lebih sikit, model-model smartphone kamera terbaik kat bawah ni antara yang popular dan berbaloi beli di pasaran Malaysia sekarang. Ok jom scroll bawah!

Share Artikel Ini
Point Ringkas & List
Pilihan Shoptrack

Jenama Smartphone Kamera Cantik Terbaik di Malaysia 2025

Pilihan Terbaik
4.7/5
4.7/5
QR Code https://s.shopee.com.my/2Awkjw4uJz
Pilihan Terbaik
⚡ Harga Terbaik, Pilihan Popular!

Apple iPhone 16 Pro

Smartphone Kamera Dengan Kualiti Gambar Terbaik
Overview:
48MP kamera Ultra Wide, 5x Telephoto.
8GB + Sehingga 1TB storan.
4K 120 fps Dolby Vision video dan mikrofon dengan kualiti studio.
Apple iPhone 16 Pro, yang paling baru dalam lineup Apple, memang padu gila dalam bab kamera, buatkan ramai excited dan memang tak mengecewakan. Kamera utama ultra wide dia sekarang 48MP, dan boleh rakam video 4K pada 120fps dengan Dolby Vision – kualiti video memang tip top. Dengan teknologi Photonic Engine, gambar jadi lebih detail dan vibrant, walaupun dalam keadaan low light. Ray tracing yang dia ada bukan je buat gaming nampak lebih real, tapi jugak buat visual dalam gambar dan video jadi lagi cun. Ciri photographic styles pulak bagi korang tweak setiap shot on-the-go, boleh adjust tone dan warna ikut suka hati untuk hasil yang lebih personal. Frame titanium tu pun memang cun, sentuhan extra yang buat phone ni lagi mantap. Memang worth it!
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
1
Shopee
QR Code https://s.shopee.com.my/9A6V53omBR
Lazada
QR Code https://invol.co/clls0jn

Scan & Add to Cart

1
⚡ Harga Terbaik, Pilihan Popular!

Huawei Pura 70 Pro Smartphone

Smartphone Kamera Android Terbaik
Overview:
50MP kamera wide, 48MP Telephoto lens.
8GB + Sehingga 512GB storan.
Paparan 6.8-inco LTPO OLED dgn 120Hz refresh rate.
Huawei Pura 70 Pro ialah satu smartphone premium yang dikuasakan oleh processor Kirin 9010, dengan 12GB RAM dan storan 512GB, memang power untuk multitasking dan gaming. Paparan dia 6.8-inci LTPO OLED dengan refresh rate 120Hz, bagi visual yang vibrant dan scroll yang smooth. Kamera dia memang standout, ada sistem triple camera dengan sensor wide 50MP, lensa telefoto 48MP, dan lensa ultrawide 12.5MP, boleh hasilkan gambar yang cun dengan OIS dan rakaman video 4K. Bateri 5050mAh pulak support 100W SuperCharge, jadi charging memang laju, sesuai sangat untuk power users. Pura 70 Pro ni memang pilihan terbaik untuk korang yang nak prestasi gempak dengan harga yang berbaloi.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
2
Shopee
QR Code https://s.shopee.com.my/3flYX2PIES
Lazada
QR Code https://invol.co/clls0jz

Scan & Add to Cart

2
⚡ Harga Terbaik, Pilihan Popular!

Xiaomi 14T Pro Leica Summilux Advanced AI Smartphone

Smartphone Kamera Terbaik Xiaomi
Overview:
50MP kamera Ultra Wide, 50MP Telephoto lens, 50MP kamera utama.
12GB + Sehingga 1TB storan.
Paparan 6.67-inch AMOLED dengan 144Hz refresh rate.
Xiaomi 14T Pro Leica Summilux Advanced AI Smartphone ni peranti flagship, hasil kerjasama dengan Leica. Dengan kamera utama 50MP, lensa telefoto 50MP, dan kamera ultrawide 12MP, korang boleh expect fotografi yang mantap, walaupun dalam keadaan low light, sebab dia ada aperture ƒ/1.6. Phone ni support rakaman video 4K pada 60fps, siap dengan efek cinematic macam blur dan rack focus, bagi hasil video macam pro. Dikuasakan oleh chip MediaTek Dimensity 9300+, prestasi dia memang top-tier. Paparan AMOLED 6.67-inci dengan refresh rate 144Hz dan kecerahan 4000 nits bagi visual yang stunning. Bateri 5000mAh dia support 120W HyperCharge dan pengecasan wireless 50W, buatkan phone ni betul-betul power, sesuai untuk korang yang nak features kamera canggih dan prestasi tinggi.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
3
Shopee
QR Code https://s.shopee.com.my/20lteiezMI
Lazada
QR Code https://invl.me/clmy4t8

Scan & Add to Cart

3
⚡ Harga Terbaik, Pilihan Popular!

Xiaomi Redmi Note 14 Pro+ 5G Smartphone

Overview:
Kamera 200MP, apertur f/1.65.
Sehingga 12GB RAM + 512GB storan.
Paparan AMOLED 6.67” 1.5K, refresh 120Hz.
Redmi Note 14 Pro 5G buat fotografi jadi senang dan fun. Kamera 200MP dengan sensor besar, apertur laju f/1.65 dan OIS tangkap gambar tajam walaupun low light. AI Remosaic + zoom tanpa hilang kualiti 2x/4x kekalkan detail bila korang crop. Peminat potret akan suka AI Beautify dan Ultra-Clear Portrait untuk wajah nampak natural; pemprosesan RAW + tools edit dalam phone pun memudahkan touch-up. Selain kamera, skrin 6.67” 1.5K 120Hz nampak vivid, cip Snapdragon 7s Gen 3 pula bagi prestasi lancar dengan memori 12GB + 512GB. Bateri 5110mAh bersama 120W HyperCharge—cas sekejap, terus boleh sambung shoot. Semua ni pada harga memang berbaloi.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
Advertisement
4
Shopee
QR Code https://s.shopee.com.my/2B5Jr1eM1L
Lazada
QR Code https://invl.me/clmy4tc

Scan & Add to Cart

4
⚡ Harga Terbaik, Pilihan Popular!

Samsung Galaxy S25 5G Smartphone

Overview:
Kamera main 50MP, telefoto 10MP, ultra-wide 12MP & selfie 12MP.
12GB RAM dengan storan 256GB / 512GB.
Paparan 6.2” Dynamic AMOLED 2X, 120Hz.
Samsung Galaxy S25 5G bawa kuasa kamera flagship dalam badan compact. Setup tiga kamera gabung sensor utama 50MP, telefoto 10MP dan ultra-lebar 12MP—cover lanskap, potret sampai close-up; telefoto bagi 3x zoom optikal sebenar + tambahan 2x kualiti setara optikal. Rakaman 8K dan kamera selfie 12MP dengan autofokus memang padu untuk content creation. Dikuasakan cip custom dengan 12GB RAM dan storan hingga 512GB, serta paparan 6.2” Dynamic AMOLED 2X 120Hz untuk skrol super smooth. Ciri Galaxy AI terbaru—macam generative photo editing dan live translation—antara ciri AI yang terbaik.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
5
Shopee
QR Code https://s.shopee.com.my/7UyH6EBwfb
Lazada
QR Code https://invol.co/clls0k6

Scan & Add to Cart

5
⚡ Harga Terbaik, Pilihan Popular!

Vivo X100 5G Smartphone with ZEISS Camera

Overview:
50MP kamera utama, 50MP ultrawide, 32MP selfie.
16GB + Sehingga 512GB storan.
Paparan 6.78-inch LTPO AMOLED dengan 120Hz refresh rate.
Satu smartphone premium dengan sistem kamera triple yang dihasilkan bersama ZEISS ialah Vivo X100 5G, termasuk sensor utama 50MP, lensa telefoto 64MP, dan lensa potret 50MP, bagi hasil fotografi yang profesional. Skrin LTPO AMOLED 6.78-inci dengan refresh rate 120Hz memang bagi visual yang smooth, dan bateri 5000mAh dia support 120W FlashCharge untuk pengecasan yang super cepat. Dikuasakan oleh chipset MediaTek Dimensity 9300 dengan 16GB RAM dan storan 512GB, prestasi phone ni memang smooth untuk multitasking, gaming, dan apps berat.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Pilihan Ramai
Rating Terbaik
Honor-Magic7-Pro-5G-Smartphone

Honor Magic7 Pro 5G Smartphone

Lihat Harga Terkini
Honor-400-Pro-5G-Android-Smartphone

Honor 400 Pro 5G Android Smartphone

Lihat Harga Terkini
Oppo-Reno14-Pro-5G-Smartphone

Oppo Reno14 Pro 5G Smartphone

Lihat Harga Terkini
Vivo V40 5G Smartphone with ZEISS AI Camera

Vivo V40 5G Smartphone with ZEISS AI Camera

Lihat Harga Terkini

Produk Berkaitan

Wajib Ada
Anker A1617 PowerCore III 10000mAh Wireless Power Bank

Anker PowerCore III 10000mAh Wireless Power Bank

Lihat Harga Terkini
Amgras Magnetic 10000mAh Wireless Powerbank

Amgras Magnetic 10000mAh Wireless Powerbank

Lihat Harga Terkini
Wajib Ada
Aukey PB-N73 73C N 20000mAh Powerbank with USB C Lightning

Aukey PB-N73 20000mAh Powerbank (USB C / Lightning)

Lihat Harga Terkini
Best Selling
SanDisk Ultra A1 MicroSD XC 1 Memory Card (64GB)

SanDisk Ultra A1 MicroSD XC 1 Memory Card (64GB)

Lihat Harga Terkini
Wajib Ada
Aukey 100W USB C to C Power Delivery Cable

Aukey 100W USB C to C Power Delivery Cable

Lihat Harga Terkini
Ldnio CM11 USB Car Charger (3 Output)

Ldnio CM11 USB Car Charger (3 Output)

Lihat Harga Terkini
Best Selling
Ugreen Dashboard Car Phone Holder with strong suction

Ugreen Dashboard Car Phone Holder

Lihat Harga Terkini
Aukey LS02 Fitness Tracker

Aukey Smart Watch Fitness Tracker LS02

Lihat Harga Terkini
Share Artikel Ini
Advertisement

Soalan Lazim

Antara jenama handphone/telefon kamera cantik di Malaysia adalah Apple, Samsung, Huawei, Xiaomi, Oppo, Honor dan Vivo.
Anggaran harga bagi Smartphone dengan kamera yang bagus dan hasil yang cantik adalah dari RM1,500+ hingga RM5,600+ bergantung kepada jenama dan spesifikasi yang ditawarkan.
Antara tips yang penting ialah cari Smartphone Kamera yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 Mega Pixel bagi lens kamera dan mempunyai lebih dari satu lens pada Smartphone tersebut – seperti Wide Lens, Telephoto Lens dan Macro Lens.
#Hashtag
Artikel ini ditulis oleh
Picture of Joe Shoptrack
Joe Shoptrack
Tech, DIY dan travel antara topik yang sering menjadi bacaan Joe. Seorang yang chill dan santai seperti berjalan di tepi pantai.
Inspirasi Travel
REVIEW BERKAITAN
Lihat kategori lain
error: Content is protected !!