Read this article in : English
Top 10 Slow Juicer Terbaik di Malaysia 2025 (Jenama Kualiti)
- Last update 27 Februari 2025
- 10:32 am
- Baca dalam < 1 minit
- 6,614
Hari ini : ✨ Ramadan Sale kini di Shopee & Lazada! Diskaun Sehingga 70%! Lebih Jimat, Lebih Bijak!

Ada niat nak minum 1-2 cawan jus setiap hari dan nak cari juicer yang senang guna? Kat sini kami senaraikan 10 Slow Juicer Terbaik di pasaran Malaysia untuk korang teliti dan pertimbangkan. Semua boleh beli di Shopee & Lazada.
Jenis Juicer di Pasaran
Ada banyak jenis juicer di pasaran Malaysia tapi ada 3 yang selalu kita nampak kat kedai, iaitu:
- Slow Juicer: Juga dikenali sebagai Cold Press Juicer atau Masticating Juicer, ia menggunakan tekanan secara perlahan (RPM sekitar 40 – 100).
- Centrifugal Juicer: Jenis ni menggunakan bilah dengan putaran laju (RPM sekitar 3000).
- Citrus Juicer: Sejenis juicer yang khusus untuk buah Citrus seperti oren, lemon dan limau.
Cara Kami Pilih
Kami pilih Slow Juicer yang paling sesuai untuk kebanyakan pengguna, mengikut kriteria di bawah:
- Jenis: Hanya Slow/Masticating/Cold Press Juicer.
- RPM (Revolutions/Rotation/Round Per Minute): Dari 40 hingga 100 RPM.
- Power: 150W hingga 240W.
- Lebar Feeder Tube: Rata-rata sekitar 60 – 80mm.
- Harga: Dari sekitar RM200 (bajet) hingga RM1500 (high-end).
Blender Slow Juicer Terbaik di Malaysia 2025
Kuvings Slow Juicer REVO830
Scan & Add to Cart
Russell Taylors Slow Juicer SJ-6
Scan & Add to Cart
MIUI 32M00 Cold Press Juicer
Scan & Add to Cart
Kuvings Reliable Ryan B1700 Cold Press Juicer
Scan & Add to Cart
Philips Slow Juicer HR1889
Scan & Add to Cart
Elba Slow Juicer ESJ-K6015
Kesimpulan
Kat Malaysia, selalu option kita cuma 3 jenis juicer iaitu Slow Juicer, Centrifugal Juicer dan Citrus Juicer. Kalau korang nak buat jus dengan kandungan nutrisi yang tinggi, cadang invest kat Slow Juicer.
Sebelum pilih, pertimbangkan faktor pembelian ni:
- Jenis.
- Saiz feeder tube.
- Motor power.
- RPM (Rotation/Round Per Minute).
- Cara pembersihan.
- Harga.
Ini pilihan kami untuk 10 Slow Juicer terbaik di Malaysia:
- Slow Juicer Terbaik Overall: Kuvings Slow Juicer REVO830
- Slow Juicer Murah Terbaik: Russell Taylors Slow Juicer SJ-6
- Slow Juicer Bajet Dengan Feeder Luas: MIUI 32M00 Cold Press Juicer
- Slow Juicer High End Terbaik: Kuvings Reliable Ryan B1700 Cold Press Juicer
- Slow Juicer Tahan Lasak Terbaik: Philips Slow Juicer HR1889
- Slow Juicer Mid Range Terbaik: Elba Slow Juicer ESJ-K6015
- Pilihan Lain: Tefal Slow Juicer ZC420
- Pilihan Lain: Khind Slow Juicer JE150S
- Pilihan Lain: Hurom Slow Juicer H200
- Pilihan Lain: Kuvings Powerful Poseidon EVO820
Apa Beza Slow Juicer Dan Cold Press Juicer?
Tiada perbezaan ketara, cuma teknikal. Slow Juicer ialah sejenis juicer yang mengekstrak jus dari buah atau sayuran secara perlahan.
Manakala Cold Press Juicer pula ialah istilah untuk sejenis Slow Juicer yang memerah buah atau sayuran secara perlahan dengan tekanan (press) tanpa haba yang tinggi (cold).
Apa Beza Slow Juicer Dan Centrifugal Juicer?
Perbezaan utama terletak kepada cara juicer ni memerah jus. Slow Juicer menggunakan gerakan pengisaran atau tekanan yang perlahan, secara terus menghasilkan haba rendah dan mengekalkan nutrisi dan rasa jus asli.
Centrifugal Juicer pula menggunakan bilah dengan putaran laju untuk memotong dan mengisar buah. Proses ni menghasilkan haba tinggi dan merendahkan kandungan nutrisi dalam jus.
Secara am, di pasaran Malaysia Centrifugal Juicer lebih murah dan senang untuk dibersihkan dari Slow Juicer, tapi lebih bising dan begantung kepada model tertentu, tak berapa sesuai untuk buat jus dari sayuran.
Kebaikan & Kelemahan Slow Juicer
Ini beberapa kebaikan Slow Juicer:
- Pengekalan nutrisi lebih tinggi: Proses perlahan Slow Juicer menghalang pengoksidaan dan pembentukan haba, yang boleh merosakkan kualiti dan kandungan nutrisi jus.
- Hasil lebih memuaskan: Dengan tekanan yang stabil, Slow Juicer boleh mengeluarkan jus sepenuhnya dari buah atau sayuran.
- Serbaguna: Korang boleh guna untuk bukan saja buah-buahan, tapi sayuran dan herba.
- Rasa yang lebih ‘kaw’: Proses pemerahan perlahan membantu mengekalkan rasa dan aroma semula jadi buah-buahan dan sayur-sayuran.
Ini pula beberapa kelemahan Slow Juicer:
- Harga lebih mahal: Rata-rata Slow Juicer lebih mahal dari juicer biasa atau Centrifugal Juicer.
- Lebih perlahan: Slow Juicer boleh ambil masa sikit, bergantung kepada model, boleh jadi sampai 20 minit jugak la.
- Lebih susah untuk basuh: Disebabkan slow juicer lebih susah untuk disassemble dan menghasilkan pulpa lebih banyak, ia agak susah untuk dibersihkan tapi bergantung kepada design juicer tu jugak.
Panduan Pilih Slow Juicer Terbaik
Jenis Juicer
Pertama, tengok dulu kalau Slow Juicer ialah jenis yang korang nak. Antara jenis juicer yang korang boleh pilih ialah:
- Slow/Cold Press/Masticating/Auger Juicer: Menggunakan tekanan secara perlahan (RPM sekitar 40 – 100). Harganya agak mahal.
- Centrifugal Juicer (Fast Juicer): Menggunakan bilah dengan putaran laju (RPM sekitar 3000). Harga lebih murah dari Slow Juicer.
- Manual Press/Citrus Juicer: Untuk oren, lemon dan limau atau buah lain tapi kena tekan dengan tangan.
- Twin Gear Juicer: Menggunakan 2 gear untuk perah jus, macam mesin tebu.
Saiz Feeder Tube
Saiz feeder tube atau feed chute tak berapa penting tapi kalau ia lebar lagi bagus sebab tak perlu potong buah sampai kecil-kecil sangat. Saiz sekitar 70mm agak normal, tapi kalau jenis juicer yang compact, korang kena expect lebarnya sekitar 50mm.
Motor Power
Walaupun motor power agak penting, untuk Slow Juicer motor yang tinggi tak semestinya dapat menghasilkan kandungan jus bagus, dari segi nutrisi dan hasil. Banyak jenama menawarkan kuasa sekitar 150W hingga 240W. Lebih dari ni boleh kata lebih kuat dari biasa dan kemungkinan tak perlu pun.
RPM
Maksud RPM adalah – Rotation/Round/Revolutions Per Minute – maknanya bilangan berapa pusingan motor enjin dalam seminit. RPM yang bagus untuk Slow Juicer ialah sekitar 43 hingga 100 RPM. Cuma kalau RPM rendah, prosesnya akan lebih lambat, tapi bergantung juga kepada model tersebut. RPM rendah tak semestinya menghasilkan jus dengan kandungan yang lebih bagus. Lihat Common Misconception mengenai Slow Juicer.
RPM yang terlalu tinggi juga mungkin lebih bising.
Cara Pembersihan
Nak basuh juicer ni memang leceh. So, korang kena tengok dulu model tu kalau ia senang untuk disassemble dan pasang balik. Lagi banyak part yang korang boleh buka, secara umum lebih bagus. Susah nak rumus kat sini sebab ada banyak sangat jenis design yang ada.
Harga Slow Juicer
Rata-rata Slow Juicer jenama antarabangsa kalau kat Malaysia memang agak mahal sebab fungsinya cuma untuk buat jus je pun. Tapi ada juga jenama seperti Rusell Taylos, Khind dan Tefal yang menawarkan Slow Juicer dengan harga yang lebih sesuai dengan pasaran Malaysia.
Slow Juicer bajet bermula sekitar RM150 hingga RM300. Mid-range pula sekitar RM300 hingga RM1,000 dan yang lebih RM1,000 seperti jenama Kuvings dan Hurom, korang boleh consider High-End untuk Malaysia.
Juicer Vs Blender
Takda masalah kalau korang nak guna Blender untuk buat jus, tapi ciri utama juicer ialah cara ia menapis jus dari pulpa. Dengan Blender korang kena tapis manually sikit la, kecuali kalau korang tak kisah pasal pulpa.
Sesetengah jenis Juicer seperti Slow Juicer atau Cold Press Juicer juga mampu mengekalkan rasa dan nutrisi yang lebih tinggi berbanding Blender.
Ada juga blender yang tak berapa sesuai untuk buah yang keras sebab bilahnya tak kuat.
Soalan Lazim
