fbpx

Media Shopping No.1 di Malaysia

Read this article in : English

Top 10 Rice Cooker Terbaik di Malaysia 2024 (Besar & Kecil)

Hari ini : ✨ Year End Sale 2024 kini bermula di Shopee & Lazada! Diskaun Sehingga 70%! Lebih Jimat, Lebih Bijak!

Rice Cooker Terbaik
"Nasi lebih empuk dengan rice cooker bagus"

Masak nasi memang senang tapi bila ada rice cooker (periuk nasi) yang bagus kat rumah, kita boleh buat nasi yang lebih empuk dan sedap. Walaupun periuk nasi dengan satu butang dah cukup untuk ramai orang, ada juga yang lebih canggih dengan harga yang berpatutan. Jadi dalam senarai ini, kami pilih 10 Rice Cooker terbaik di Malaysia, yang ada di Shopee & Lazada.

Kalau korang nak jimat ruang kat dapur, mungkin lebih bagus kalau beli Pressure Cooker terus. Mahal sikit, tapi boleh masak lebih dari hanya nasi je.

Cara Kami Pilih

Untuk tahu lebih lanjut apa yang perlu kita cari dalam rice cooker, skrol ke bawah page untuk panduan beli periuk nasi automatik kami.

Lapisan Non Stick

Periuk nasi yang biasa selalunya bukan jenis nonstick, maksudnya tiada lapisan tidak melekat di permukaan bawah periuk. Lapisan nonstick boleh membuatkan pencucian lebih senang. Jadi kami pilih model rice cooker yang ada lapisan non stick.

Butang Preset

Butang preset menyenangkan proses memasak, tapi untuk kebanyakan orang, tak perlu pun. Jadi, sesetengah model kami pilih ada butang preset, tapi ada yang minimal saja dengan ada feature-feature lain. Banyak brand bagus juga ada fungsi steam walaupun tiada butang preset.

Saiz & Kapasiti

Nak pilih Periuk Nasi besar ke Periuk Nasi kecil? Kebanyakan model kami pilih ada kapasiti antara 1.8L hingga 2L, cukup besar untuk 3-5 orang. Tapi ada yang lebih suka rice cooker mini. Jadi kami juga pilih satu rice cooker mini untuk korang consider.

Feature Lain

Paparan LED, Quick Cook, fungsi steamer & teknologi lain seperti 3D heating yang membantu membuat nasi lebih sedap & sekata, memang menyenangkan. Jadi model-model yang kami pilih ada ciri-ciri tambahan macam ni.

Share Artikel Ini
Point Ringkas & List
Pilihan Shoptrack

Jenama Periuk Nasi Terbaik di Malaysia 2024

Recommended
4.7/5
4.7/5
QR Code https://shope.ee/fpnGV3Qri
Recommended
âš¡ Pilihan Terbaik, Lebih Jimat!

Gaabor Multifunction Rice Cooker Steamer GR-S30B

Rice Cooker Multifungsi Terbaik
Overview:
Pros: Kapasiti 1.2L, sesuai untuk keluarga sederhana 2 - 4 orangPros: 6 Preset Menu masakan + fungsi steamer.
Cons: -
Spesifikasi - Kapasiti: 1.2L utk 2- 4 orang | Non-stick: ada | Timer: ada | LED Display: ada | Preset: ada | Power: 500W.
Gaabor ni adalah jenama baru yang kini makin popular di Malaysia. Rice cooker dari jenama ini adalah jenis yang agak kompak dengan kapasiti 1.2L, sesuai bagi keluarga sederhana 2 – 4 orang di Malaysia. Walaupun kompak, periuk nasi model GR-S30B ni, lengkap dengan semua ciri-ciri dan keperluan asas periuk nasi macam fungsi timer, lapisan nonstick, ada 6 preset menu masakan, ada digital LED display yang senang nak guna dari atas tau! Yang uniknya untuk model ni dia datang sekali dengan fungsi Steamer. Best kan? Pilihan bijak!
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
1
Shopee
QR Code https://shp.ee/rcbt4ym
Lazada
QR Code https://invol.co/cl8y7jx

Scan & Add to Cart

1
âš¡ Pilihan Terbaik, Lebih Jimat!

Rice Cooker Digital Toshiba 5 RC-10DH1NMY

Rice Cooker Terbaik Untuk Keluarga Sederhana
Overview:
Pros: 11 mod masakan, mod Quick Cook & keep warm automatik.
Cons: Mahal sikit.
Spesifikasi - Kapasiti: 1.0L utk 2- 4 orang | Non-stick: ada | Timer: ada | LED Display: ada | Preset: ada | Power: 720W.
Antara rice cooker terbaik pilihan popular adalah dari jenama Toshiba yang terkenal dengan peralatan canggih tapi murah. Rice cooker 1.0L ni ada 11 mode masakan seperti steam, sup, sushi dan kanji untuk pelbagai jenis beras. Jadi tak perlu risau pasal cara masak nasi dengan betul, tekan je butang. Rice cooker ni juga ada butang Keep Warm (kekal panas) sehingga 6 jam. Antara ciri lain adalah nonstick dan Quick Cook untuk masak nasi bawah 30 minit. Korang boleh pilih 1L (bawah 5 orang) atau 1.8L (atas 5 orang) mengikut saiz keluarga.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
2
Shopee
QR Code https://shp.ee/gk5w5hm
Lazada
QR Code https://invol.co/cl8y7ks

Scan & Add to Cart

2
âš¡ Pilihan Terbaik, Lebih Jimat!

Rice Cooker Tefal RK7321

Overview:
Pros: 8 butang preset & Fuzzy Logic Technology untuk proses masakan lebih rata.
Cons: Mahal sikit.
Spesifikasi - Kapasiti: 1.8L utk 3- 5 orang | Non-stick: ada | Timer: ada | LED Display: tiada | Preset: ada.
Pilihan rice cooker terbaik yang masih bagus adalah Tefal RK7321. Periuk nasi 1.8L ni ada teknologi Fuzzy Logic yang akan buatkan proses masakan nasi lebih rata & nasi lebih empuk, jadi tak akan ada banyak kerak nasi di bawah periuk kalau digunakan dengan betul, tambah lagi dengan lapisan nonstick. Teknologi ni akan adjust suhu dan masa yang sesuai secara automatik. Selain tu, rice cooker ni juga ada 8 butang preset mengikut apa yang korang nak masak. Lapisan periuk juga nonstick dan senang untuk basuh.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
3
Shopee
QR Code https://shp.ee/jgrw5jz
Lazada
QR Code https://invol.co/cl8z2ml

Scan & Add to Cart

3
âš¡ Pilihan Terbaik, Lebih Jimat!

Electrolux 1.8L Create 4 Rice Cooker E4RC1-350B

Overview:
Pros: Design lawa, fungsi steamer & datang sekali dengan aksesori.
Cons: tiada timer, preset atau LED display.
Spesifikasi - Kapasiti: 1.8L utk 3- 5 orang | Non-stick: ada | Timer: tiada | LED Display: tiada | Preset: tiada | Power: 770W.
Rice Cooker dari jenama Electrolux ni antara yang simple tapi berkualiti. Datang dengan periuk dalam jenis nonstick – so tak ada masalah masak nasi melekat dan senang nanti nak dibersihkan. Berkapasiti 1.8 liter, cukup untuk sekali masak untuk 3 – 5 orang. Ada juga fungsi asas ‘Keep Warm’ selama 24 Jam dan fungsi Steam yang senang guna. Ianya juga datang dengan aksesori seperti Steam tray, senduk, measuring cup dan pemegang senduk. Pakej lengkap!
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
Advertisement
4
Shopee
QR Code https://shp.ee/tar7x5m
Lazada
QR Code https://invol.co/cl8y7nc

Scan & Add to Cart

4
âš¡ Pilihan Terbaik, Lebih Jimat!

Rice Cooker Philips HD3129/60

Periuk Nasi Bajet Terbaik
Overview:
Pros: Harga bajet utk 2L, Smart 3D heating & pemanasan haba sekata.
Cons: tiada timer, preset atau LED display.
Spesifikasi - Kapasiti: 2L utk lebih 5 orang | Non-stick: ada | Timer: tiada | LED Display: tiada | Preset: tiada | Power: 400W.
Rice Cooker Philips HD3129/60 ini adalah pilihan untuk korang yang nak cari periuk nasi canggih tapi dengan bajet sedikit rendah. Walaupun tak secanggih rice cooker lain, model ni agak besar (2L) dan sangat praktikal sebab dia ada nonstick coating untuk nasi yang tak melekat dan juga ada teknologi Smart 3D heating untuk proses masakan yang rata. Fungsi Keep Warm pula boleh tahan sehingga 48 jam. Brand ini juga menjanjikan nasi lebih empuk dengan Champagne Gold Base. Jadi, dengan harga yang lebih murah, korang boleh dapatkan rice cooker yang agak besar dan lengkap. Cuma tak ada butang preset.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
5
Shopee
QR Code https://shp.ee/ek8hr2m
Lazada
QR Code https://invol.co/cl8y7nn

Scan & Add to Cart

5
âš¡ Pilihan Terbaik, Lebih Jimat!

Rice Cooker Mini Tefal RK5001

Periuk Nasi Mini/Kecil Terbaik
Overview:
Pros: 0.7L, kecil & kompak, 11 fungsi masakan & proses masakan lebih rata.
Cons: mahal sikit.
Spesifikasi - Kapasiti: 0.7L | Non-stick: ada | Timer: ada | LED Display: ada | Preset: ada | Power: 420W.
Kalau korang nak cari jenama rice cooker Tefal yang canggih tapi tak perlu besar sangat, model Tefal RK5001 ni mungking sesuai sebab saiz dia yang kecil dan kompak, hanya 0.7L. Nak simpan pun senang dan tak makan banyak ruang. Timer pun boleh sampai 24 jam jadi korang kekalkan kepanasan nasi lebih lama. Ada sekali LCD display dengan 11 preset masakan. Tak lupa juga teknologi Smart 3D heating untuk masakan lebih sekata. Boleh juga guna sebagai steamer. Model ni datang sekali dengan measuring cup, senduk nasi, sudu untuk sup dan steam basket untuk buat nasi kukus. Salah satu rice cooker mini terbaik.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Pilihan Ramai
Rating Terbaik
PHILIPS Viva Collection Rice Cooker HD3132 (2L)

Philips Viva Collection Rice Cooker HD3132 (2L)

Lihat Harga Terkini
Panasonic Rice Cooker SR-RN188SSL (1.8L)

Panasonic Rice Cooker SR-RN188SSL (1.8L)

Lihat Harga Terkini
Pensonic Rice Cooker PSR-2802 (2.8L)

Pensonic Rice Cooker PSR-2802 (2.8L)

Lihat Harga Terkini
Best Selling
Tefal Everforce Mechanical Jar Rice Cooker RK3625 (2L)

Tefal Everforce Rice Cooker RK3625 (2L)

Lihat Harga Terkini

Produk Berkaitan

Wajib Ada
Sunlight Dishwash Liquid Extra Nature (900ml)

Sunlight Dishwash Liquid Extra Nature (900ml)

Lihat Harga Terkini
Scotch Brite Scouring Sponge 21-5Pc

Scotch Brite Scouring Sponge 21-5Pc

Lihat Harga Terkini
Best Selling
Hanging-Trash-Plastic-Bag-Holder

Hanging Trash Plastic Bag Holder

Lihat Harga Terkini
Rating Terbaik
Philips Water Filter Pitcher AWP2950

Philips Water Filter Pitcher AWP2950

Lihat Harga Terkini
LWD-3-Socket-Extension-Cable

LWD 3 Socket Extension Cable

Lihat Harga Terkini
Wajib Ada
Reusable-Food-Sealing-Clip

Reusable Food Sealing Clip

Lihat Harga Terkini

Kesimpulan

Kalau korang plan untuk dapatkan rice cooker dengan banyak feature, boleh consider Periuk Nasi Tefal RK7321 atau Toshiba RC-18DH1NMY atau Gaabor S30B (atau S50AD versi 5L). Dua model pertama ni ada butang preset, lapisan nonstick, kapasiti 1.8L dan ciri lain dengan harga lebih kurang RM200-RM250. Gaabor tu pilihan murah sikit.

Kalau korang tak perlu butang preset, beli Periuk Nasi Philips HD3129 atau Electrolux E4RC1-350B. 

Last sekali, kalau untuk yang baru kahwin, bujang atau keluarga kecil macam 1-2 orang, mini rice cooker Tefal RK5001 ni pilihan paling sesuai. Harganya berbaloi dengan saiz yang kompak & jimat ruang! 

Apa Itu Rice Cooker?

Rice cooker ialah perkakas dapur untuk memasak nasi secara automatik. Komponen utamanya adalah sumber haba, periuk dan termostat. Banyak model periuk nasi juga boleh digunakan sebagai pengukus.

Panduan Beli Rice Cooker

Bajet & Harga

Di Malaysia, kebanyakan periuk nasi automatik ada ciri yang simple saja dengan harga bawah RM100. Rice cooker jenis ni okay je tapi selalu tak ada lapisan nonstick, butang preset, timer dan fungsi lain. Perkakas yang ada ciri macam ni selalu berharga dalam RM150 hingga RM300.

Kami recommend beli periuk nasi yang ada berharga RM150 – RM300 sebab model seperti ni lebih tahan lama, senang diguna dan memang buat nasi lebih empuk dan sedap.

Saiz & Ruang Storan

Dari segi saiz, ada dua jenis rice cooker yang korang boleh pilih: saiz biasa (1L ke atas) dan saiz mini (bawah 1L). Mini rice cooker selalunya bersaiz 22 – 25cm lebar dan 18 – 25cm tinggi, lebih kurang 2/3 saiz rice cooker biasa. Check ruang storan yang korang ada sebelum beli.

Kapasiti Liter

Kebanyakan periuk nasi automatik datang dengan kapasiti 1.8L hingga 2L, ada lebih rendah, ada lebih tinggi.

1.8L-2L: sesuai untuk 3-5 orang

1L-1.8L: sesuai untuk 2-4 orang

<1L: sesuai untuk 1-2 orang

Senang Atau Tak Untuk Bersihkan

Dapatkan rice cooker dengan lapisan nonstick sebab jenis ni lebih senang untuk bersihkan. Kebanyakan periuk nasi dengan harga atas RM200 selalu ada lapisan nonstick.

Bentuk & Ketebalan Periuk 

Bentuk tipikal periuk (pot) nasi adalah sfera atau rounded cylindrical. Jenis sfera lebih bagus sebab haba lebih sekata. Jadi, pilih jenis ni kalau ada. Ketebalan pula adalah dari 1.5mm hingga 2mm. Kalau boleh elakkan periuk yang terlalu nipis. Yang ada 4-5 layer juga bagus.

Timer

Timer di rice cooker tak penting tapi bagus juga kalau ada. Banyak model ada 24 jam timer dan 6 jam ‘keep warm’. So korang boleh ada lebih fleksibiliti dari segi masa memasak.

Butang Preset

Kalau korang plan untuk masak lebih dari nasi putih, macam nasi lemak, pulut, sushi, bubur, briyani dan lain-lain, pilih rice cooker yang ada butang preset. Fungsi ini akan membantu korang masak dengan lebih tepat, tak perlu teka-teka.

Kenapa Upgrade Rice Cooker?

Sebab paling utama bagi Hana adalah Rice Cooker yang biasa tu selalunya susah nak bersihkan sebab banyak yang bukan dibuat dari material non-stick, jadi ada banyak kerak nasi terkumpul kat bawah periuk.

Sebab kedua, Periuk Nasi yang canggih ada butang preset untuk pelbagai jenis masakan seperti bubur, sup dan lain-lain. Periuk Nasi yang canggih juga selalu ada steam valve (injap wap) untuk buat wap keluar dari periuk jadi air tak akan menitip tepi periuk, meleleh keluar sampai dapur jadi kotor nak kena bersihkan pulak setiap kali guna.

Cara Guna Rice Cooker Dengan Betul

Langkah 1: Bilas beras untuk mengeluarkan lebihan kanji sehingga airnya jernih. Memasak nasi yang tidak dibilas boleh menyebabkan periuk terlebih mendidih.

Langkah 2: Letakkan nasi dalam periuk dan tambah air dalam nisbah 1:1 (1 cawan beras, 1 cawan air).

Langkah 3: Tutup penutup dan tekan butang untuk ‘turn on’ periuk. Banyak model dilengkapi dengan lampu untuk menunjukkan apabila ia mendidih.

Langkah 4: Apabila nasi selesai dimasak, perkakas akan bertukar kepada tetapan ‘keep warm’. Gunakan paddle plastik atau kayu supaya lapisan non stick tak bercalar.

Langkah 5: Bersihkan serta-merta selepas digunakan dan matikan sumber kuasa periuk nasi.

Video : Tips Guna Tefal RK7321

Share Artikel Ini
Advertisement

Soalan Lazim

Antara jenama Rice Cooker terbaik pilihan Shoptrack adalah Tefal, Philips, Electrolux & Toshiba.
Anggaran harga Rice Cooker terbaik pilihan Shoptrack adalah sekitar RM120-RM450.
Rice Cooker berkualiti biasanya menggunakan jenis material periuk non stick yang lebih senang basuh dan juga butang preset untuk proses masakan lebih mudah.
#Hashtag
Artikel ini ditulis oleh
Picture of Hana Shoptrack
Hana Shoptrack
Environmentalist yang cinta pada alam semulajadi. Home gardening adalah hobby masa lapang Hana. Juga aktif dalam Yoga dan weekend hiking.
Inspirasi Travel
REVIEW BERKAITAN
Lihat kategori lain
error: Content is protected !!