Read this article in : English
Top 10 Protein Whey Terbaik di Malaysia 2022 Untuk Beginners
- Last update 1 Mac 2022
- 10:35 pm
- Baca dalam 2 minit
- 1,109

Ramai orang susah nak kekalkan pengambilan protein daripada makanan segar sepanjang hari. Pengambilan Protein Whey ialah cara terbaik untuk mencapai target protein intake harian korang, asalkan korang ambil dengan betul. Jom kita tengok pilihan Shoptrack untuk Protein Whey terbaik di Shopee & Lazada!
Cara Pilih Protein Whey Terbaik
Whey ialah cecair dari susu yang dipisahkan semasa pembuatan keju yang mengandungi campuran protein.
Whey protein ni adalah suplemen tau. Korang kena ingat, dia takkan bantu korang bina otot kalau korang tak work out. Selain tu, sebaiknya korang ambil majoriti protein dari sumber makanan segar macam ikan, ayam, daging dalam makanan seharian, bukan saja dari Protein Whey, untuk pastikan korang rasa kenyang sepanjang hari.
Whey atau Casein?
Korang mungkin terjumpa Casein bila tengah cari Protein Whey. Kedua-dua produk ni mungkin nampak serupa tapi asasnya, Casein adalah suplemen protein yang lambat untuk dihadamkan. Sebaliknya, Whey Protein lebih cepat dihadam. Jadi, mungkin bagus kalau korang ambil Protein Whey sepanjang hari dan Casein sebelum tidur.
Concentrate, Isolate & Hydrolysate
Concentrate: Jenis yang paling popular, ada kira-kira 70-80% protein, laktosa dan lemak.
Isolate: Kira-kira 90% protein, mengandungi kurang laktosa dan lemak tetapi juga kurang nutrien.
Hydrolysate: Juga dipanggil Hydrolyzed, hadam lebih cepat daripada Isolate atau Concentrate.
Bagi beginners, pilihan antara ketiga-tiga ini biasanya bergantung pada citarasa dan bajet korang. Lemak, laktosa dan nutrien tidak akan memainkan peranan yang besar dari segi pemakanan harian dan juga kadar penghadaman, selagi korang kekalkan diet yang seimbang.
Penting Ke BCAAs?
Penekanan pada kuantiti BCAA dalam Whey Proteins agak kontroversial. Ada yang mengatakan ia membantu meningkatkan pembinaan otot manakala yang lain mengatakan ia tidak berguna malah memudaratkan. Sebagai beginner, mungkin lebih baik kalau korang abaikan ia sebagai faktor pembelian dan mempertimbangkan perkara lain (cth Whey dengan tambahan Creatine).
Protein & Calories Setiap Hidangan
Ini terpulang kepada pilihan peribadi korang. Kalau korang nak memaksimumkan pengambilan protein pada kos yang paling rendah, dapatkan protein yang lebih tinggi setiap hidangan. Cuma pastikan pengambilan korang selaras dengan sasaran protein dan kalori harian.
Weight
Produk Whey Protein biasanya dijual dalam tab 2lbs (0.9kg) atau 5lbs (2.2kg). Tab besar yang korang nampak kat kedai tu biasanya 2.2kg.
Selain daripada Protein Whey, pengambilan Vitamin C sebagai suplemen juga mungkin idea yang baik untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.
Boleh dibeli di :
Point Ringkas & List
Protein Whey Terbaik di Malaysia
Optimum Nutrition Platinum Hydro Whey (3.5 lbs)
Optimum Nutrition Gold Standard Whey (2 lbs)
Ramai orang kata Whey ON Gold Standard memang pilihan paling popular untuk Protein Whey terbaik di pasaran. Harganya berpatutan dan memang suplemen protein untuk beginner. Ada 16 perisa berbeza untuk korang pilih, paling banyak berbanding Whey Protein lain di luar sana. Dengan 24g protein setiap hidangan, ia sesuai untuk beginner (cth 3 x sehari = 72g protein, selebihnya datang dari makanan segar). Walaupun bahan utama Whey Protein ini adalah Isolates, ia juga dicampur dengan Concentrates yang berkualiti tinggi. Pilihan Protein Whey yang selamat!
Agym Titan Whey Protein Halal (2.1kg)
Kalau korang risau pasal status Halal Protein Whey, kita memang bertuah sebab kita ada jenama tempatan yang mengeluarkan Protein Whey dengan pensijilan Halal daripada pihak berkuasa tempatan. Whey Titan adalah salah satu Protein Whey terbaik yang disahkan Halal. Ia datang dalam 8 perisa berbeza dan mengandungi 22g protein setiap hidangan yang cukup untuk beginner (2 atau 3 x sehari). Ia juga sangat berpatutan, jadi kalau korang tak ada bajet tinggi, Protein Whey ini untuk korang.
MuscleTech Nitro Tech Whey Protein (4lbs)
Creatine ialah suplemen yang bagus untuk diambil sebelum bersenam kerana ia terbukti membantu kita mengekalkan tenaga dengan lebih lama dan meningkatkan jisim otot. Biasanya kita perlu beli Creatine asing-asing tapi dengan MuscleTech Whey Protein ini, korang mungkin tak perlu. Tak macam Protein Whey yang lain untuk beginner, Whey Protein ni dah ada Creatine. Ia datang dalam 4 perisa berbeza dan mengandungi 30g protein setiap hidangan. Selain tu, dari segi harga, yang ini lebih berpatutan daripada pesaingnya. Memang salah satu Whey Protein terbaik di luar sana.
Muscle Matrix Hydro Whey Protein Isolate Halal (2.86 lbs)
Satu lagi Protein Whey terbaik yang disahkan Halal ialah Muscle Matrix Hydro Whey Protein. Jadi kalau korang risau dengan status Halal, ini adalah pilihan lain untuk korang. Ia datang dalam 7 perisa berbeza dan mengandungi 24g protein setiap hidangan yang agak standard. Satu benda bagus dalam produk ni ialah ia ada jumlah kalori yang rendah tetapi tidak jauh lebih rendah daripada yang lain. Tapi kalau korang betul-betul nak kurangkan kalori intake, memang boleh ada perbezaan. Dari segi harga, boleh dianggap sebagai berpatutan jugak.
Dymatize ISO 100 Whey Protein (5 lbs)
Salah satu Protein Whey terbaik & paling popular di AS ialah Dymatize ISO 100. Ini ialah Whey Protein berkualiti tinggi yang dibuat di AS dan kerap digunakan oleh gym rats di sana. Ia hanya available dalam 3 perisa berbeza tapi ada 25g protein setiap hidangan. Kelebihan produk ini ialah ramai yang kata rasa dia sebenarnya jauh lebih sedap daripada yang lain bila campur dengan susu, tapi ini agak subjektif dan bergantung kepada individu. Tapi kalau korang ada bajet, boleh la try tengok rasa dia sedap ke tak.
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh
