Read this article in : English
Top 10 Projector Terbaik di Malaysia (HD & 4K)
- Last update 31 Julai 2022
- 9:49 pm
- Baca dalam 6 minit
- 1,993

Biasanya dulu Projector ni kita pakai untuk tujuan belajar tak pun guna di office untuk presentation kerja je kan? Tapi semenjak dah ada banyak jenis Projector yg murah, budget dan berkualiti ni, ramai dah mampu untuk beli buat pakai layan movie dekat rumah buat home cinema, Projector untuk office tak pun Projector untuk guru/cikgu di sekolah. Memang best.
Cara nak guna Projector sekarang pun tak serumit macam dulu, sebab sekarang kebanyakannya boleh ‘plug and play’ guna laptop dan smartphone je. Senang. Projector ni ada jugak yg lengkap dengan speaker tapi nak lagi best korang boleh pair dengan Soundbar untuk feel sound macam dalam wayang tau. Untuk korang yg tengah cari Projector terbaik untuk kegunaan rumah atau pejabat, tak perlu pening lagi sebab hari ni kita nak share panduan asas beli Projector dan jenama Projector terbaik apa yang korang boleh beli secara online dari Shopee dan Lazada. Ok jom kita start!
Cara nak Pilih Projector Terbaik
Sebelum korang nak beli Projector, ada beberapa pertimbangan dan panduan yang korang boleh rujuk supaya tak menyesal apabila dah beli nanti. Antaranya ialah:
Budget
Harga antara benda pertama yang penting untuk dipertimbangkan. Beli Projector mengikut budget yang korang ada. Malah, untuk Projector keluaran baru, ada yang jenis mudah alih dan rechargeable. Senang boleh di bawa ke mana-mana sama ada untuk guna indoor ataupun outdoor.
Saiz Bilik/Ruangan
Kalau projector tu nak digunakan di ruang paparan yang besar, beli projector yang mempunyai Lumens yang tinggi. Tidak semestinya jika saiz Projector yang besar akan menjamin Lumens yang tinggi, ada juga saiz yang kompak dan kecil mempunyai Lumens yang tinggi. Korang kena tengok juga jarak tayangan Projector itu, sebab lagi besar bilik, lagi panjang jarak tayangan yang diperlukan.
Resolusi
Projector beresolusi 4K lebih baik berbanding HD untuk imej paparan yang lebih tajam dan terang. Selain tu, korang kena tengok jugak jangka hayat lampu Projector itu. Jangka hayat yang asas selalunya sehingga 3,000 jam, tapi keluaran baru kebanyakannya selama 5,000 jam. Penggunaan secara optimum akan menjamin jangka hayat lampu dengan lebih lama.
Ciri Tambahan
Ini juga antara yang korang kena pertimbangkan sebelum beli. Selalunya, kebanyakan model Projector baru dah ada sekali datang dengan Speaker – selain ianya boleh disambungkan dengan VGA/HDMI/USB mahupun secara Bluetooth. Tapi yang menariknya, banyak keluaran Projector yang terbaru ada ciri mirroring dengan smartphone atau laptop secara wireless melalui sambungan wifi.
Boleh dibeli di :
Point Ringkas & List
Projector Terbaik di Malaysia
Samsung The Premiere 4K (SP-LSP9T)
Mirval S7 LED Portable Projector
Projector dari Mirval jenis S7 menjadi pilihan Projector terbaik dari Shoptrack kerana mempunyai 3 versi yang berbeza iaitu versi asas, mirroring dan Android. Semua versi boleh disambungkan dengan USB/HDMI/VGA tapi hanya versi mirroring dan Android boleh digunakan secara wireless untuk gajet IOS dan Android. Sangat rekomen versi Android untuk hiburan di rumah sebab dengan sistem pintar Android 7.1 OS terbina di dalam nya, korang boleh layan Netflix dan Youtube, malah ianya serasi dengan laptop, PS4 dan Nintendo Switch sebab boleh disambungkan dengan HDMI/VGA/USB/TFcard/3.5 Headphone Jack. Projector jenis S7 ini beresolusi HD1080P dengan kadar kecerahan 3,500 Lumens dan juga tahan lama dengan jangka hayat lampu LED sehingga 50,000 jam dan boleh mencapai 10 tahun tanpa menukar lampu LED itu. Saiz pancaran imej juga boleh tahan kerana ia boleh memancarkan imej dalam linkungan 50”-150”. Korang patut beli Projector ini kalau suka design yang minimalist yang berwarna putih. Selain mudah alih dan boleh digunakan di luar, harganya pun masih mampu milik.
Wanbo T2 Max Projector
Pilihan Shoptrack yang paling kecil dan ringan, dengan sebesar tapak tangan, Projector terbaik dari Wanbo jenama Xiaomi ini sangat praktikal kerana boleh di bawa ke mana-mana sahaja. Malah, bergantung dengan jarak tayangan 1.5m-3.0m, saiz pancaran boleh mencapai 40” hingga 120”. Sangat rekomen sebab dengan harga yang mampu milik, ia mempunyai resolusi 4K, memang gambar akan lebih jelas dari Projector beresolusi HD. Selain itu, T2 Max ini juga terbina dengan sistem Android di dalamnya dengan storan 16GB dan 1GB RAM dan pembesar suara. Lagi best, dengan ciri skrin mirroring, korang boleh sambungkan ke laptop, smartphone atau TV untuk tengok movie atau buat kerja dan ciri vertical correction 40 darjah, membolehkan korang letak Projector letak dari tepi.
Mirval R9 Wifi Mirroring Screen Mini Projector
Projector keluaran terbaru 2021 dari Mirval, jenis R9 ini mempunyai kadar kecerahan sebanyak 4,500 Lumens, sangat terang walaupun di dalam bilik yang gelap. Malah, mempunyai ciri mirroring secara wireless yang serasi dengan gajet IOS dan Android. Pancaran saiz imejnya yang besar, 30” sehingga 200” dengan jarak tayangan 1-4m dan beresolusi HD1080P. Ideal untuk korang yang suka tengok movie ramai-ramai di rumah sebab ia dilengkapi dengan pembesar suara bass stereo yang kuat, memang merasa seperti home theater. Ia juga boleh digunakan untuk kegunaan bekerja sebab boleh disambungkan ke pelbagai sumber AV seperti HDMI/VGA/USB/TFcard dan AUX dengan senang. Harganya yang mampu milik jadi ok lah dengan jangka hayat lampu LED yang lama dapat mencapai sehingga 30,000 jam.
Aukey RD-850 Wireless WIFI Mini Projector
Nak wireless projector tapi bersaiz kecil? Projector dari jenama Aukey adalah antara pilihan projector terbaik Shoptrack. Menariknya, korang boleh sync, tak kira smartphone jenis IOS atau Android, untuk stream video, gambar dan aplikasi games online dari smartphone ke skrin Projector. Walaupun saiznya yang kecil, pancaran saiz imej yang besar sehingga 120” (optimum 80”-100" dengan jarak tayangan 2-3m), imej yang tajam dengan resolusi HD 1080P, dan juga kecerahan imej sebanyak 5500 lux untuk gambar yang mempunyai kontras yang tinggi. Projector ini juga mesra pengguna sebab ada ciri keystone correction 15 degree dan korang boleh zoom dengan melaraskan imej. Ianya juga boleh disambungkan ke pelbagai sumber AV seperti HDMI, USD dan Bluetooth dengan mudah. Malah ia dilengkapi dengan ultra-clear sound speaker, dan dengan jangka hayat lampu selama 50,000 jam, memang berbaloi untuk beli sebab harganya yang mampu milik.
Baru Update :
BenQ EW800ST Wireless WXGA Smart Projector
Ok kalau korang suka Projector yang boleh pelbagai guna, boleh lah pilih Projector pintar berasaskan Android yang pertama di dunia dari jenama BenQ ini sebab dengan ada nya fungsi wireless dan USB ‘Plug & Play’, korang boleh gunakan smartphone untuk dijadikan alat kawalan jauh yang memudahkan korang untuk akses aplikasi Smart Control di Projector ini yang membolehkan korang untuk membuat persidangan video tanpa menggunakan laptop, dan juga menggunakan internet untuk akses kepada ‘cloud storage’ untuk melihat dan mengedit fail. Selain dari WXGA 800p, penggunaan yang bijak serta optimum dapat menjamin jangka hayat yang lama sehingga 15,000 jam, malah video juga akan kelihatan sangat terang dengan 3,300 ANSI Lumens dan jelas dengan pancaran imej bersaiz 80” (jarak tayangan kurang dari 1m). Projector ini sesuai sangat lah kalau korang nak guna untuk kegunaan di pejabat dan juga rumah jadi berbaloi kalau korang nak melabur duit lebih sikit sebab harga nya dalam kategori produk high end.
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh
