Read this article in : English
Top 10 Pressure Cooker Terbaik Malaysia 2022 (Jenama Bagus)
- Last update 4 Julai 2022
- 12:06 am
- Baca dalam < 1 minit
- 16,133

Apa jenama Pressure Cooker terbaik sekarang pilihan online sekarang ni? Kami di Shoptrack nak tolong korang pilih, jadi kami dah siap shortlist 10 jenama dan model yang paling bagus.
Percaya tak kalau kita masak nasi dalam pressure cooker, kita boleh masak nasi tu dalam masa 3-4 minit je? Dah lebih kurang macam buat Maggie. Sebabnya, pressure cooker tu dia akan panaskan air dalam cooker tu sampai dia lebih dari suhu takat mendidih (100C) sehingga 121C. Jadi, air dan suhu akan diserap lebih cepat ke dalam makanan yang membuatkan makanan tu cepat masak dan lembut, berbanding cara masak biasa. Pressure cooker juga dikatakan boleh mengekalkan lebih banyak nutrisi dalam makanan berbanding cara memasak lain.
Untuk yang nak ada plan nak tukar dapur gas baru tak pun nak upgrade yang lama dah calar berkarat tu, try tengok rekomendasi dapur gas kami.
Ciri-Ciri Pressure Cooker
Sebelum beli pressure cooker, ada beberapa faktor yang korang perlu pertimbangkan. Antaranya adalah:
Saiz
Untuk keluarga dalam 6 – 8 orang, kami cadangkan 6 liter. Untuk keluarga 2 – 4 orang, kami cadang 4 liter.
Butang preset
Sangat membantu untuk masak pelbagai jenis masakan.
Kekerapan penggunaan
Kalau korang tak akan selalu guna, ada model yang harga rendah yang masih berkualiti.
Periuk non-stick
Selalunya model terbaru guna periuk non-stick untuk senang basuh.
Ciri keselamatan
Model yang ada auto-pressure release membuat pengunaan lebih selamat.
Boleh dibeli di :
Point Ringkas & List
Jenama Pressure Cooker Terbaik di Malaysia
MMX Ewant Cuisinière Plus G120 Pressure Cooker (12L)
Pressure Cooker Russell Taylors PC-60 (6L)
Korang yang duduk area Lembah Klang, mesti pernah nampak billboard pressure cooker Russel Taylors ni. Model ni memang model yang dijunjung jenama Russel Taylors ni sebab model ni memang salah satu pressure cooker terbaik di Malaysia untuk harga yang murah. Saiznya 6L dan datang sekali dengan butang pre-set untuk korang pilih nak masak apa. Dengan 6L korang boleh la masak sup untuk 6-8 orang sekali terus. Kalau nak besar lagi, boleh pilih PC-80 dengan 8L.
Pressure Cooker Philips HD2137 (6L)
Kalau korang ada bajet tinggi sikit, boleh la tengok Philips 6L HD2137. Model ni lagi canggih dari model lain: korang boleh buat slow cooking sampai 12 jam, boleh lepaskan tekanan secara automatik, ada pelbagai jenis butang preset dan senang jugak nak bersihkan. Nak buat roti pun boleh. Senang cerita, semua jenis makanan la boleh masak guna pressure cooker ni. Ciri teknologi model ni membuatkan model ni layak masuk senarai top 5 pressure cooker terbaik Shoptrack.
Pressure Cooker Giselle Multi Function KEA0222 (6L)
Satu lagi Pressure Cooker murah terbaik pilihan Shoptrack ialah dari Giselle. Selain dari 22 fungsi preset, boleh plan cooking timer dan adjust pressure time sehingga 24 jam dengan harga yang lebih murah. Tapi ianya hanyalah berkapasiti 6L, namun cukup untuk masak saiz keluarga 6-8 orang. Selalunya defrost makanan akan mengambil masa yang lama tapi sekarang dengan Pressure Cooker ini hanya perlukan 5 minit sahaja! Lagi satu, dengan fungsi open fried cooking - saute, korang boleh pilih untuk memasak dengan membuka penutup itu. Malah, selain daripada masakan orang dewasa, ianya sesuai digunakan untuk masakan untuk bayi juga sebab lebih banyak nutrien, vitamin dan mineral dapat dikekalkan kerana menggunakan pressurized stim semasa proses memasak. Sesuai sangat bagi yang tak nak banyak perkakas elektrik kat rumah sebab boleh pakai Pressure Cooker terbaik ini sahaja untuk pelbagai kegunaan.
Pressure Cooker Tefal Home Chef Smart CY601D - CY601D65 (6L)
Salah satu pilihan Pressure Cooker terbaik dari Tefal ialah Home Chef Smart Multicooker/Pressure Cooker (6L) CY601D / CY601D65. Kalau korang ada bajet lebih sikit, sangat rekomen Pressure Cooker ini sebab ianya lebih canggih dari Pressure Cooker 6L yang lain sebab boleh set timer dan makanan untuk kekal hangat sehingga 24 jam. Malah, ada 15 preset program untuk masakan termasuk sauce thickening dan 2 fungsi special untuk adjust suhu dan masa. Dengan kapasiti 6L, sesuai nak masak pelbagai resepi yang menarik seperti Sous-Vide dan Abalone untuk sekeluarga. Senang nak basuh juga sebab periuknya selamat untuk dibasuh menggunakan dishwasher. Kalau apa2 terjadi juga tak perlu risau sebab ianya dilengkapi 12 ciri keselamatan yang optimum. Cantik dari segi design dan ada FREE gift Stainless Steel Pot kalau beli model ni. Limited kuantiti tau!
Electrova PC-01 Pressure Cooker x Mins London (6L)
Dengan 19 fungsi preset mudah, Pressure Cooker PC-01 dari Electrova x Mins London, gabungan teknologi USA dan UK ini adalah salah satu Pressure Cooker bajet terbaik yang mesra poket. Hanya dengan bajet dibawah RM200, korang dapat jimat masa dan tenaga dalam 40% lebih cepat untuk masak pelbagai masakan dari menu pra-tetap sama ada tumis, bakar, roast, stim, mereneh dan banyak lagi. Periuknya berkapasiti 6L dan diperbuat dari non stick marble coated, jadi ianya zero toksik dan mudah untuk dicuci. Adanya paparan skrin digital yang besar, senang je untuk korang adjust untuk kekal hangat, slow cooking ataupun set timer untuk masakan korang itu.
Produk Berkaitan
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh
