Read this article in : English
Top 10 Periuk Batu Granite Terbaik di Malaysia 2022 (Tahan & Kualiti)
- Last update 13 Mei 2022
- 11:39 am
- Baca dalam 3 minit
- 950

Dengan menggunakan periuk dan kuali yang diperbuat dari bahan yang selamat dan bebas kimia berbahaya, korang akan dapat masak makanan yang lebih berkualiti untuk menjamin kesihatan pada jangka masa panjang. Kebanyakan Jenama Periuk Granite sesuai digunakan di pelbagai jenis dapur seperti Dapur Gas Kecil, Induction Cooker dan lain-lain. Jom tengok Jenama Periuk Batu Granite Terbaik yang boleh dapat di Shopee atau Lazada.
Dapur korang berasap dan berbau semasa masak? Mungkin sudah tiba masanya korang ada 1 Cooker Hood Terbaik di rumah.
Fakta Periuk Batu Granite
Apa itu Periuk Batu Granite?
Walaupun namanya Periuk Batu Granite, namun kebanyakan Periuk Batu Granite Terbaik di pasaran tidak mengandungi batu granite tetapi dihasilkan oleh salutan carbon steel atau stainless steel tulen yang digabungkan dengan enamel porselin pada suhu yang tinggi untuk menghasilkan permukaan periuk yang tidak melekat. Ia dipanggil Periuk Granite sebab rupa dia seakan batu.
Kalau korang nak elak menggunakan periuk yang berpotensi toksik untuk lebih keselamatan dan kesihatan tapi masih nak guna periuk yang tidak melekat? Periuk Batu Granite adalah pilihan tepat.
Kebaikan Periuk Batu Granite
Banyak kelebihan yang ada dekat Periuk Batu Granite Terbaik ni seperti –
Coating Non-Stick selamat
Periuk Batu Granite tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang berbahaya dan lebih selamat digunakan.
Senang cuci & tidak melekat
Permukaan periuk yang licin membuatkan proses memasak tidak melekat dan senang untuk dicuci bersih.
Haba sekata
Periuk Batu Granite mengalirkan haba yang sekata dengan baik, so periuk lebih cepat panas.
Cantik dan ringan
Reka bentuk Periuk Batu Granite Terbaik ni menarik dan lebih estetik. Ia juga lebih ringan dari cast iron dan tahan karat.
Boleh dibeli di :
Point Ringkas & List
Periuk Batu Granite Terbaik di Malaysia
DESSINI ITALY Die Cast Granite Casserole Pot
Uakeen Germany Die Cast Granite Casserole Cookware
Korang cari Periuk Batu Granite Terbaik yang sama tapi berlainan saiz? Boleh pilih dari Jenama Uakeen Germany! Ada 6 pilihan saiz periuk single casserole dari 22cm hingga 42cm dengan harga mampu milik. Berwarna hitam yang elegan, ia datang dengan penutup dan sesuai digunakan di dapur gas, elektrik, halogen, vitroceramic dan juga induction. Ia anti-calar dan bebas dari toxin, lead dan cadmium. Memang sesuai jadi Jenama Periuk Terbaik pilihan Shoptrack.
KayuHome Periuk Batu Granite Purba
Kalau korang cari Periuk Batu Granite Terbaik yang memang mengandungi kandungan Batu Granite, Jenama KayuHome memang pilihan yang tepat. Berwarna kelabu dan bersaiz sedang - 28cm,, ia boleh didapati dalam set fullset (1 casserole + 1 deep fry pan) atau boleh beli berasingan (penutup periuk disertakan). Diperbuat dari lapisan batu granite premium dan berkualiti tinggi, tak hairan la harga pun premium. Yang paling penting ia tahan lasak, bebas cadmium, plumbum dan PFOA. Sesuai digunakan untuk dapur gas, elektrik dan infra red.
Uakeen Germany Die Cast Granite Grill Pan with Lid
Satu lagi pilihan dari Jenama Periuk Granite Terbaik Uakeen Germany ialah dia punya grill pan. Grill Pan ni sesuai untuk grill ikan, burger atau steak! Dengan harga mampu milik, korang akan dapat 1 single grill pan warna hitam bersaiz 28cm sekali dengan penutup periuk! Ia juga bebas dari sebarang toxins seperti PFOA, lead dan cadmium. Boleh guna atas dapur gas, elektrik, halogen, ceramic dan induction.
K&I Germany dan Mamacook Periuk Batu Granite
Periuk Batu Granite Terbaik seterusnya ialah gabungan dari jenama K&I Germany dan Mamacook. Boleh didapati dalam set combo atau single, ada pilihan periuk casserole, kuali dan fry pan dan korang boleh pilih macam macam saiz dari 24cm sehingga 40cm tau. Korang boleh pilih yang ada tutup atau tak jugak. Rekaan yang simple dan berwarna hitam, Periuk Batu Granite Terbaik pilihan premium ni sesuai digunakan untuk dapur gas, elektrik, induction dan ceramic.
Baru Update :
Korkmaz Pro Chef Nonstick Frying Pan Granite Coating
Periuk Batu Granite Terbaik dari Korkmaz ni diperbuat dari negara Turkey. Diperbuat dari material yang boleh dikitar semula, korang boleh pilih pelbagai saiz frying pan dari sekecil 18cm sehingga 30cm. Rekaan minimal dari Korkmaz ni berwarna hitam dan tidak datang dengan penutup tau. Kalis calar dan bebas PFOA, lead dan cadmium, Periuk Batu Granite Terbaik pilihan Shoptrack ni sesuai gunakan di semua jenis dapur! Harga pun sangat mampu milik.
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh