Read this article in : English
Top 10 Penimbang Berat Terbaik di Malaysia 2022 (Digital)
- Last update 6 April 2022
- 12:31 pm
- Baca dalam 3 minit
- 903

Sebelum atau selepas korang exercise dengan Treadmill, Basikal Senaman atau aktiviti senam yang lain, mesti korang nak timbang dulu berat untuk monitor progress kan? Sebab itu setiap rumah perlu ada sekurangnya 1 Penimbang Berat Terbaik untuk memudahkan korang monitor berat badan dan juga sebagai motivasi fitness. – Penimbang Berat sekarang lebih moden sebab kebanyakannya boleh connect dengan App je untuk korang simpan data atau monitor terus dari Smartphone.
Sekiranya korang tak tahu nak pilih macam mana, berikut adalah pilihan Penimbang Berat Elektronik terbaik Shoptrack yang korang boleh dapatkan di Shopee atau Lazada! Ok jom!
Penimbang Berat Digital vs Analog
Apa beza dua jenis Penimbang Berat ni dan yang mana lebih bagus untuk menimbang berat badan?
Mod penimbang
Penimbang Berat Analog menggunakan spring untuk menimbang manakala Penimbang Berat Digital menggunakan sensor. Perlu diingatkan Penimbang Berat Digital memerlukan bateri untuk berfungsi manakala Analog tidak.
Ketepatan
Secara Am, Penimbang Berat Digital lebih tepat (mempunyai perpuluhan) dan konsisten berbanding analog. Ia memerlukan kurang calibration.
Kelebihan Lain
Selain menimbang berat, rata-rata Penimbang Berat Elektronik sekarang boleh mengukur Body Mass Index (BMI) korang, connect dengan APP dan juga menyimpan data berat korang yang terdahulu.
Boleh dibeli di :
Point Ringkas & List
Penimbang Berat Terbaik di Malaysia
Realme Smart Scale
Xiaomi Body Composition Scale
Buat pengguna produk Xiaomi, Penimbang Berat Elektronik ni untuk korang! Ini kerana Penimbang Berat Xiaomi Body Compostion Scale ni boleh connect dengan Aplikasi Mi Fit dari Smartphone korang untuk simpan data kesihatan, aktiviti dan target. Yang bukan pengguna Xiaomi pun boleh beli juga sebab Penimbang Berat Terbaik ni ada ciri-ciri berguna seperti 10 jenis ukuran kesihatan. Bukan sahaja boleh menimbang berat, korang juga boleh ukur BMI, lemak badan, lemak visceral dan lain-lain. Diperbuat daripada material Tempered Glass, Penimbang Berat Xiaomi ni cuma 1.60kg dan boleh menampung berat dari 5kg-150kg. Bateri yang dibekalkan tahan sehingga 8 bulan penggunaan.
Huawei Scale 3
Huawei juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan Penimbang Berat Digital. Dengan panel Tempered Glass dan penampilan warna putih, HUAWEI Scale 3 memberikan reka bentuk terperinci yang kemas. Buat pengguna Smartphone HUAWEI, korang boleh connect pada aplikasi Huawei Health untuk menyimpan data menggunakan WIFI atau Bluetooth. Berat produk yang cuma 1.57kg, ia boleh menampung berat dari 2.5kg sehingga 150kg. Turut dibekalkan bateri yang tahan sehingga 6 bulan. Menawarkan 11 jenis ukuran kesihatan dimana setiap ukuran disokong oleh bimbingan saintifik untuk keputusan yang tepat.
Omron Smart Elite Body Composition Monitor HBF-222T
Jenama Omron antara pembekal barangan kesihatan yang popular dan dipercayai. Penimbang Berat terbaik HBF 222 T direka untuk menjadi bestfriend korang dalam diet dan rutin senaman. Selain dari boleh timbang berat sehingga 150kg, ia juga boleh kira BMI, jisim rangka, lemak visceral dan peratusan lemak. Menggunakan material plastik dan dikuasakan dengan Bluetooth, data kesihatan boleh dipindahkan terus ke Smartphone korang dengan bantuan Aplikasi Omron Connect. Walaupun harga premium, produk dari Omron selalunya tahan lama. Memang berbaloi.
Amazfit Smart Scale Body Fat Composition
Tengah cari Penimbang Berat terbaik yang simple dengan banyak ciri istimewa? Model Amazfit Smart Scale Body Fat Composition ini adalah pilihan yang kukuh. Ia dilengkapi dengan 16 jenis ukuran kesihatan dimana korang boleh memantau kadar jantung, kira peratus lemak badan, BMI, Jisim Tulang, Peratus air di badan dan lain-lain. Diperbuat dari campuran tempered glass dan plastik ABS engineering seberat 2.2kg, ia mampu menimbang berat dari 5kg - 180kg! Juga mempunyai Bluetooth dan Wifi untuk penyimpanan data terus ke aplikasi Smartphone korang.
Baru Update :
Russell Taylors Bluetooth Body Fat Weighing Scale BWS-10
Bajet korang limited? Dengan bawah RM50, korang boleh dapat Penimbang Berat terbaik yang menawarkan 12 jenis ukuran kesihatan, diperbuat dari Tempered Glass, mempunyai sensor yang tepat dan boleh menimbang sehingga 180kg. Reka bentuk yang kemas dan nipis, Penimbang Berat Terbaik dari Russell Taylors ni ada Smartphone sync dimana korang boleh monitor goals, data dan progress melalui aplikasi je. Dengan harga yang super murah, kenapa tidak?
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh