Read this article in : English
Top 10 Mouse Wireless Terbaik Malaysia 2024 (Kerja & Gaming)
- Last update 26 Januari 2024
- 2:42 pm
- Baca dalam < 1 minit
- 4,026
Hari ini : ✨ 11.11 Mega Sale di Shopee & Lazada! Diskaun Sehingga 80%! Lebih Jimat, Lebih Bijak!
Selain Keyboard & Laptop, Tetikus atau Mouse yang bagus bukan saja lebih selesa untuk guna, tapi memang boleh meningkatkan tahap produktiviti kerja korang, sama ada kerja-kerja biasa harian di office, kerja-kerja kreatif macam designer, video editor atau animator dan juga dapat improve performance gaming jugak – bagi gamers sejati! So hari ni kita nak tengok review Top 10 Mouse Wireless Terbaik di Malaysia yang korang boleh dapat lebih murah di Shopee & Lazada – lagi-lagi kalau waktu sale.
Cara Kami Pilih
Kebanyakkan Mouse memang sesuai untuk semua jenis kerja, jadi bila pilih tak perlu kita risau sangat, walaupun ada perbezaan ketara antara model-model ni. Yang penting, apa yang kita dapat tu padan dengan harganya.
Untuk senarai ni, kami guna beberapa faktor untuk memilih Mouse terbaik di Malaysia, termasuklah:
- Jenis: Ada 3 jenis Mouse iaitu standard, vertical dan trackball. Kami pilih semua jenis standard kecuali satu jenis vertical.
- Connectivity: Semua yang kami pilih adalah jenis wireless. Ada yang guna USB wireless (dongle), ada pakai Bluetooth terus dan ada kombinasi (wireless dan wired).
- Bateri: Untuk Mouse yang pakai bateri AA selalu boleh tahan 12-24 bulan, tapi untuk Mouse yang rechargeable (bateri Li-Po) boleh tahan 16 – 70 hari sebelum perlu cas.
- Keselesaan & ergonomic: Kami pilih Mouse yang kami rasa paling selesa dan tak melenguhkan pergelangan tangan dengan rekabentuk yang bagus walaupun bukan ergonomik.
- Programmable Buttons & Thumb Wheel: Dalam pilihan kami, ada yang datang sekali dengan thumb wheel atau horizontal wheel dan butang yang boleh customize yang sangat membantu kerja multimedia.
- Sensitiviti: Faktor ini hanya penting kalau korang nak guna untuk gaming. Lagi tinggi DPI atau CPI, lagi sensitif. Tapi banyak model korang boleh customize tahap DPI atau CPI.
- Harga: Kami pilih Mouse untuk semua tahap bajet dari bawah RM100 (bajet), RM100 hingga RM300 (mid-range) sehingga atas RM300 (high-end).
Jenama Mouse Terbaik di Malaysia 2024
Logitech MX Master 3 Advanced Wireless Mouse
Scan & Add to Cart
Razer Basilisk X Hyperspeed Wireless Gaming Mouse
Scan & Add to Cart
Logitech M330 Silent Wireless Mouse
Scan & Add to Cart
SteelSeries Rival 3 RGB Wireless Gaming Mouse
Scan & Add to Cart
Anker A7852 Wireless Vertical Ergonomic Mouse
Scan & Add to Cart
Logitech MX Master 2S Wireless Mouse
Kesimpulan
- Untuk kerja multimedia dan kreatif, Mouse Wireless terbaik yang korang perlu pertimbangkan tak lain tak bukan ialah Logitech MX Master 3. Kalau tak perlu sangat thumb wheel yang lebih menonjol, boleh cuba Logitech MX Master 2S.
- Untuk Mouse Wireless bajet, korang boleh cuba Logitech M330 atau Anker A7852.
- Untuk Mouse Wireless gaming, boleh pertimbangkan SteelSeries Rival 3 atau Razer Basilisk X.
Panduan Beli Mouse Wireless
Bajet & Harga
Perkara pertama yang perlu kira ialah bajet yang kita ada. Mouse selalu tak mahal pun, ada yang bawah RM100 yang sebenarnya agak bagus. Tapi kalau korang betul-betul nak singkatkan masa kerja atau tambah baik produktiviti, korang mungkin boleh pertimbangkan tambah bajet atas RM100 untuk dapatkan mouse high-end sikit.
Kegunaan
Ada Mouse yang direkabentuk untuk gaming dan ada yang special untuk kerja multimedia seperti graphic atau video editing. Kebanyakan boleh diguna untuk kedua-dua, tak perlu risau. Tapi fikir dulu apa jenis kerja atau prestasi gaming yang kita mahu. Kemudian, cari ciri tertentu yang boleh membantu.
Jenis Mouse
Secara umum, ada 3 jenis Mouse Wireless: standard, vertical dan trackball. Kebanyakan mouse di pasaran adalah berjenis standard. Jenis vertical pula ada style berdiri yang mungkin lebih selesa tapi tak semestinya.
Butang & Customizability
Kalau korang nak guna Mouse untuk menaikkan produktiviti kerja atau prestasi gaming, butang yang boleh customize agak penting. Terutama untuk gaming yang menggunakan banyak butang untuk shortcut. Tapi untuk kerja biasa tak perlu risau sangat.
Bateri
Ada Mouse yang pakai bateri Li-Po yang boleh charge tapi kebanyakan Mouse pakai antara bateri AA atau AAA. Setiap model juga ada tahap kecekapan tenaga sendiri tapi selalu tak berbeza sangat.
Thumb Wheel
Untuk kerja grafik atau video editing, thumb wheel sangat membantu untuk navigasi yang lebih pantas. Untuk gaming pula, mungkin sikit bergantung kepada game tu. Tapi untuk kerja biasa, tak perlu pun.
Soalan Lazim
Senang faham, lagi tinggi nilai DPI atau CPI pada mouse, lagi sensitif Mouse itu.