Read this article in : English
Top 5 Mesin Kopi Murah Terbaik Malaysia 2022 Untuk Rumah & Pejabat
- Last update 2 Julai 2022
- 4:39 pm
- Baca dalam 4 minit
- 11,386

Teringin nak ada mesin kopi sendiri di rumah? Hanya letak cawan dan kopi dan tekan butang dah boleh rasa kopi premium macam kat kedai kopi atau office.
Tapi masalahnya harga kan? Mesin kopi yang premium kat Malaysia ni selalunya harga beribu dan kena tahu cara guna. Tapi ada juga mesi kopi yang bawah RM1000 yang senang diguna dan masih lagi boleh buat kopi yang sedap. Jadi kali ni kami nak kongsi 5 mesin kopi murah terbaik untuk rumah, tak perlu ada gaji kencang pun boleh dapatkan satu!
Kalau korang lebih suka buat kopi guna cara manual (pour over, french press, etc), try tengok alat seduh kopi ni yang korang boleh beli di Shopee & Lazada.
Jenis Mesin Kopi Murah Untuk Rumah
Tak semua coffee maker dalam bentuk mesin. Kebanyakan coffee maker untuk kegunaan rumah selalunya berbentuk teko pour-over atau french press. Jadi apa beza semua coffee maker ni dengan mesin kopi?
Coffee maker adalah perkataan umum untuk semua jenis alat pembuat kopi manakala perkataan mesin kopi pula selalu digunakan untuk coffee maker jenis tertentu seperi espresso coffee maker. Di bawah kami terangkan satu per satu.
Drip Coffee Maker
Drip coffee maker adalah jenis paling popular (dan murah) di pasaran. Jenis drip terbahagi kepada dua: Traditional dan Auto. Jenis traditional korang kena tuang air panas atas ground coffee dan biarkan air jatuh ke dalam teko dengan paper filter. Jenis auto pula korang tak perlu tuang secara manual, just letak air dan mesin tu akan panaskan dan tuang sendiri.
Steeping Coffee Maker
Steeping coffee maker adalah alat pembuat coffee yang merendamkan ground coffee dalam air panas (berbanding drip coffeee maker di mana air jatuh dari atas) untuk extract keluar rasa dan aroma kopi ke dalam air. Jenis steeping coffee maker yang paling popular adalah french press dan cold brew.
Pressure Coffee Maker
Antara mesin kopi yang paling kerap digunakan di Malaysia adalah pressure coffee maker yang berbentuk single serve coffee machine atau espresso machine. Mesin jenis ni yang selalunya akan buat kopi untuk satu cawan saja bukan satu teko. Kebanyakan mesin menggunakan pod kopi dan juga ground coffee. Just letak pod atau kopi, air, susu dan tekan butang start. Tapi espresso machine kena ada skill sikit untuk guna.
Untuk artikle ni, kita akan fokus dekat mesin kopi murah terbaik dalam kategori pressure coffee maker iaitu single serve coffee machine dan juga espresso machine.
Boleh dibeli di :
Point Ringkas & List
Mesin Kopi Terbaik di Malaysia
Lebensstil Kollektion Coffee Machine LKCM-112X
Mesin Kopi Delonghi ECP33.21BK
Antara mesin kopi terbaik untuk rumah datang dari jenama Delonghi yang terkenal dengan produk mesin kopi yang bagus. Walaupun kebanyakan mesin kopi dari jenama ni memang mahal, diorang ada satu model yang diciptakan untuk pasaran harga mampu milik. Mesin kopi ni menggunakan 15 bar pressure yang optimal, dengan 3 filter (1 shot + 2 shot + ESE pods) jadi korang boleh pilih nak guna serbuk atau pod kopi. Ada juga frother untuk korang buat cappuccino macam kat kedai. Ciri lain yang kami suka adalah auto shut off untuk jimat elektrik, tanki air 'removable' sebesar 1.1L jadi tak perlu sentiasa refill dan drip tray yang juga 'removable' untuk senang basuh.
Mesin Kopi Morphy Richards 172EM1
Pilihan kedua mesin kopi murah terbaik adalah dari jenama yang tak 'established' macam Delonghi tapi ada satu model diorang yang layak mendapat perhatian korang yang nak cari mesin kopi murah. Mesin ni menggunakan 20 bar pressure (tapi bagi kami 15 dah cukup), dan datang sekali dengan frother lengkap dengan adjusting knob. Seperti mesin kopi Delonghi ECP33.21BK, mesin ni adalah manual jadi korang kena belajar skill sikit untuk buat kopi tapi dengan auto shut off, 1.5L removable water tank dan removable drip tray, harganya sangat berbaloi terutama untuk beginner. Datang sekali dengan thermometer dan 2 jenis filter dan juga aksesori seperti tamper.
Mesin Kopi Giselle KEA0333
Antara mesin kopi murah terbaik yang jugak popular di pasaran setakat ni adalah mesin kopi Giselle KEA0333. Mesin ni seperti Morphy Richards, sangat sesuai untuk beginner disebabkan harga yang mampu milik dan ciri ciri yang agak bagus. Dengan 19 bar pressure dan frother jugak, korang boleh buat cappuccino sendiri di rumah. Mesin ni pun agak kecil dan elegan dan sesuai untuk dapur yang tiada banyak ruang. Ada 2 filter untuk 1 cup atau 2 cup kopi dan butang 'touch control' yang membuatkan model ni nampak lebih mahal dari harganya.
Mesin Kopi Nescafe Genio S Plus
Untuk pilihan keempat mesin kopi murah terbaik, kami pilih Nescafe Genio S Plus yang merupakan model mesin kopi 'single serve' yang direkabentuk untuk kapsul kopi atau pod seperti Dolce Gusto pods. Mesin ni menggunakan 15 bar pressure yang standard, dan sangat senang untuk diguna sebab korang just kena masukkan pod kopi atau susu dan air dan tekan butang untuk pilih suhu, 'intensity' dan paras air dalam cawan. Mesin ni jugak ada auto shut off, removable drip tray dan removable water tank sebesar 0.8L. Sesuai untuk korang yang nak senang buat kopi dan tiada ruang kat dapur untuk mesin kopi yang besar. Pastikan dah pernah try rasa Dolce Gusto dulu sebelum beli.
Baru Update :
Mesin Kopi Nescafe Piccolo XS
Untuk korang yang berminat dengan Nescafe Genio S Plus tapi nak cari model yang murah sikit, mungkin Nescafe Piccolo XS ni mesin kopi murah terbaik untuk korang. Dari segi rekabentuk, model ni lebih kurang sama dengan Genio S Plus cuma bukan auto. Jadi korang kena kira masa mengikut kapsul atau sentiasa tengok paras air atau susu. Model ni tiada butang untuk korang pilih suhu atau intensity tapi masih lagi ada removable drip tray, removable water tank sebesar 0.8L dan jugak ada auto shut off. Harganya murah, cuma korang kena guna kapsul untuk susu dan kopi. Jadi pastikan korang dah pernah try pod Dolce Gusto dulu sebelum beli.
Produk Berkaitan
Podista Coffee / Chocolate Pods - 5 Type (Nespresso Compatible)
Artikel ini ditulis oleh
