Read this article in : English
Top 5 Mesin Basuh Auto Terbaik Malaysia 2022 (Murah)
- Last update 5 Ogos 2022
- 10:30 pm
- Baca dalam 4 minit
- 22,187

Nak beli Mesin Basuh tapi tak confirm lagi jenama mana yang sesuai? Jom kita tengok 5 Mesin Basuh Auto terbaik di Malaysia yang jimat elektrik dan berkualiti dengan harga yang berpatutan.
Mesin basuh ada yang mahal sampai 2 bulan gaji dan ada jugak yang murah tapi tak semestinya yang murah tu tak ada kualiti kan? Dengan teknologi sekarang, rakyat marhaen macam kita ni boleh dah dapat mesin basuh yang boleh tahan lama dan senang diguna.
Mesin basuh baru? Settle. Nak menambahkan senang kerja bersih rumah tu lagi, cuba try tengok rekomendasi Vacuum Cordless yang kami pilih ni.
Jenis & Saiz Mesin Basuh Auto
Jenis Mesin Basuh
Untuk makluman, mesin basuh automatik terbahagi kepada 2 jenis: Front-load dan Top-load.
Jenis Front-Load yang boleh buka dari depan dan Top-Load yang buka dari atas. Kedua-dua jenis mesin basuh ada kebaikan dan keburukan masing-masing. Rata-rata kat Malaysia ni ramai orang suka guna Top-Load sebab lagi murah dan lagi senang untuk bersih dan maintain.
Untuk yang suka mesin basuh Front Load, lihat 5 Jenama Mesin Basuh Front Load pilihan kami ni.
Saiz Mesin Basuh
Dari segi saiz pula, saiz mesin basuh auto sederhana adalah dalam 7kg – 8kg dan saiz besar dalam 9kg – 12 kg. Untuk artikel ni, kita akan tengok Top 5 Mesin Basuh Top-Load dalam pelbagai saiz.
Boleh dibeli di :
Point Ringkas & List
Mesin Basuh Auto Terbaik di Malaysia
Mesin Basuh Sharp 8KG ES818X
Untuk korang yang nak mesin basuh yang tak akan buat pakaian rosak, model Sharp ni adalah salah satu mesin basuh terbaik disebabkan design SS Drum iaitu design tapak tub tu yang mengelakkan fabrik dari tersangkut. Dengan kapasiti 8KG, produk ni sesuai untuk korang yang ada 2-3 orang anak yang masih kecil. Kiah suka LED display dia sebab nampak kemas dan jugak kaca dekat pintu. Antara ciri lain adalah auto-power off, child lock dan bahan material yang dipakai adalah stainless steel. Setting pembasuhan agak standard: heavy, soak (rendam) dan quick wash.
Mesin Basuh Midea 7.5KG MFW-E75S
Kalau korang nak cari mesin basuh yang high-tech sikit, mesin basuh Midea ni boleh jadi pilihan. Mesin basuh ni dilengkapi dengan teknologi “One-Touch”, maksudnya mesin ni akan buat pilihan jenis pembasuhan yang paling sesuai untuk pakaian korang termasuk paras air dan setting sesuai. So korang just campak pakaian dan tekan satu butang dah settle. Mesin basuh ni jugak ada “Tub Clean” iaitu fungsi basuh tub bila dah habis basuh baju untuk kekalkan kebersihan dalam tub. Fungsi pilihan auto tu membuatkan model ni antara mesin basuh terbaik.
Mesin Basuh Samsung 7KG WA70H4000SG
Pernah tak mesin basuh korang ada terumbat dengan benda-benda kotor? Mesin basuh Samsung ni cuba untuk menyelesaikan masalah tu dengan ciri Magic Filter iaitu filter yang akan tarik semua benda kotor dengna lebih efektif. Mesin ni jugak ada pintu tempered glass so korang boleh tengok dalam. Selain tu, mesin basuh ni pun ada teknologi “Wobble” yang membuat arus air dalam mesin basuh tu lebih lembut jadi pakaian tak cepat rosak. Selain tu, mesin basuh ni jugak akan membuat pakaian korang cepat kering dengan teknologi Air Turbo Drying. Tak boleh diragui mesin basuh ni antara mesin basuh terbaik di Malaysia.
Mesin Basuh Khind 10KG WM1018A
Untuk korang yang tak suka bunyi kuat dari mesin basuh bila tengah guna, mesin basuh ni boleh jadi pilihan utama sebab antara ciri mesin basuh ni adalah dia tak bising macam mesin basuh lain. Mesin ni jugak ada fungsi Fuzzy Logic macam mesin basuh lain iaitu dia ada sensor untuk tolong korang buat plihan dalam setting. Antara ciri lain adalah seperti Air Dry untuk keringkan pakaian dan Tub Clean untuk bersihkan tub selepas guna. Dengan semua ciri ni, tambah lagi dengan 'low noise', memang clear model ni top 5 mesin basuh terbaik.
Mesin Basuh Toshiba 7KG AW-J800AM
Antara mesin basuh terbaik untuk keringkan pakaian adalah mesin basuh Toshiba. Disebabkan mesin ni ada Circular Air Intake (pemgambilan udara), bila keringkan baju dan pakaian, mesin basuh ni boleh ambil lebih banyak udara dari mesin lain. Selain tu, mesin basuh ni jugak lebih power dari segi pembasuhan dengan teknologi Hydro Twin Power dan Hybrid Screw Pulsator.
Produk Berkaitan
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh
