Read this article in : English
Top 10 Hair Dryer Terbaik di Malaysia 2022 (Budget & Pro)
- Last update 12 Februari 2022
- 10:40 pm
- Baca dalam 4 minit
- 1,206

Hair Dryer adalah salah satu peralatan penjagaan dan kecantikan rambut yang bukan sahaja digunakan untuk mengeringkan dan mengurangkan kusut rambut, tapi sekarang ada juga jenis yang dilengkapi dengan fungsi pelurus dan pengerinting rambut.
Selain dari penggunaan Serum Rambut untuk mengekalkan rambut yang sihat, pemilihan Hair Dryer terbaik yang sesuai dan penggunaan yang betul sangat penting untuk mengelakkan rambut kita kering dan rosak. Rambut kan mahkota kita. Ada banyak jenis Hair Dryer yang bagus, yang harga bajet, yang dikategorikan high end pun ada! Selain tu, kebanyakan Hair Dryer sekarang jenis yg mudah lipat, boleh guna dekat rumah tak pun bawak utk travel. Pilih ikut bajet korang je. Ok jom kita check jenama Hair Dryer terbaik yang boleh dibeli di Shopee atau Lazada.
Tips Beli Hair Dryer Terbaik
Oleh kerana semua Hair Dryer adalah berbeza-beza, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum membeli Hair Dryer yang sesuai dengan kita.
Jenis Hair Dryer
Hair Dryer Ionik
Sesuai untuk rambut tebal dan kerinting kerana mengambil masa yang cepat untuk keringkan rambut. Hair Dryer ini menggunakan ion bercas negatif yang memecahkan molekul air bercas positif pada rambut dengan cepat. Proses ini dapat bantu rambut kita kekal lembap walaupun dengan haba yang tinggi.
Hair Dryer Seramik
Sesuai untuk rambut nipis sebab Hair Dryer jenis seramik ini ada lapisan seramik yang membantu untuk kawal haba secara rata untuk mengekalkan kelembapan pada rambut dan boleh elakkan rambut kita dari rosak sebab haba yang tinggi.
Mode & Fungsi
Suhu
Pilih Hair Dryer yang mempunyai udara yang sejuk dan panas. Suhu yang optimum ialah 100 darjah supaya rambut tak dipanaskan terlalu lama.
Kelajuan angin
Pilih Hair Dryer yang dapat adjust kelajuan angin. Makin tinggi kuasa watt, makin kuat tenaga kelajuan angin untuk mengeringkan rambut
Bunyi
Pilih Hair Dryer yang minima bunyi, tidak lebih 60 db. Bunyi yang bising akan buatkan kita rasa tergesa-gesa untuk keringkan rambut.
Design
Design juga memainkan peranan penting. Lagi senang korang pilih yang besaiz kompak, boleh mudah alih, atau boleh dilipat supaya senang nak bawa ke mana saja dan tak perlu beli banyak jenis Hair Dryer.
Boleh dibeli di :
Point Ringkas & List
Hair Dryer Terbaik di Malaysia
ELBA Hair Dryer EHD-G2037(BK)
TINECO Moda One Smart Ionic Hair Dryer
Satu Hair Dryer terbaik pilihan Shoptrack ialah Hair Dryer brand Tineco ini. Yang bestnya ia dilengkapi dengan teknologi sensor pintar iLOOP yang berfungsi mengalirkan jumlah haba dan udara yang ideal dengan mengesan tahap kelembapan rambut dan suhu udara melebihi 20 kali sesaat, dan aliran udara dan haba secara automatiknya akan bertukar, jadi dapat mengelakkan rambut menjadi terlalu kering. Lagi, dengan lampu LED bertukar dari merah ke biru, senang korang nak tahu bahagian rambut mana nak fokus untuk dikeringkan. Design nya pula elegan dan ergonomik dan datang dengan warna yang lain dari yang lain iaitu Sangria dan Mocha, malah ianya sangat senyap bila digunakan. Hair Dryer ini juga dilengkapi tiga (3) ekstra aksesori rambut jenis magnetik iaitu ‘smoothing nozzle’, ‘styling concentrator’ dan ‘diffuser’, untuk korang gayakan rambut ikut mood. Ciri premium datang dengan harga premium. Hair Dryer brand Tineco ini boleh dikategorikan dalam produk high end kerana harganya agak mahal. Tapi dengan semua ciri tadi, rasa berbaloi sangat lah!
PANASONIC EH-NE66 Ionity Hair Dryer
Satu lagi Hair Dryer terbaik dalam kategori mid end ialah Hair Dryer brand Panasonic. Hair Dryer jenis ionik ini berkuasa tinggi; 2000W, dapat memberikan aliran udara yang kuat pada suhu rendah untuk mengeringkan rambut dengan cepat dan melindungi rambut dari rosak dari haba yang terlalu panas. Aliran ion yang melapisi rambut dapat membantu rambut untuk kekal lembap, menjadikan rambut kita nampak halus dan berkilat. Selain itu, ia dilengkapi dengan ‘nozzle concentrator’, senang sikit korang nak gayakan rambut. Design nya sangat ergonomik dan kompak malah boleh di lipat. Senang nak bawa ke mana sahaja.
XIAOMI Soocas Hair Dryer H5 Anion Quick Dry
Hair Dryer brand Xiaomi ini juga tergolong dalam kategori mid end yang menggunakan teknologi ion bercas negatif dengan watt berkuasa tinggi; 1800W. Ada kawalan 4 mod yang pintar iaitu mod pengeringan dengan udara panas, mod pengeringan dengan udara sejuk, mod pengaliran angin panas dan sejuk dan mod suhu tetap. Dengan adanya perlindungan ‘honeycomb net’ dan ‘diffuser concentrator’, aliran udara lebih sekata dan terkawal, membuatkan rambut kita nampak lebih kemas. Bagi yang mementingkan design, ia nya bersaiz kompak dan datang dengan warna merah.
DYSON Supersonic Hair Dryer HD03
Trend menggunakan Hair Dryer meningkat selepas Hair Dryer brand Dyson ini di perkenalkan di pasaran kerana designnya yang futuristic tanpa bilah kipas di dalam dan warna menarik; fuchsia, walaupun harganya agak mahal. Hair Dryer terbaik dari Dyson ni menggunakan teknologi pengganda udara, menarik 13 liter udara sesaat melalui pemegang dan melepaskan 41 liter sesaat pada rambut kita. Hebat kan? Hair Dryer Dyson ini juga menggunakan ion bercas negatif bagi membantu mengelakkan rambut rosak akibat haba yang melampau (terdapat empat (4) tetapan haba dan tiga (3) tetapan kelajuan untuk di pilih). Selain itu, set Hair Dryer ini datang dengan aksesori ekstra magnetik ‘smoothing nozzle’, ‘styling concentrator’ dan ‘diffuser’ untuk membantu keringkan dan gayakan rambut dengan pantas.
Baru Update :
REALME Hair Dryer
Hair Dryer ionik brand Realme ini pula dapat keringkan rambut dengan cepat dan efisien dengan 20 juta ion bercas negatif walaupun watt berkuasa 1400W dan mempunyai gear kelajuan angin: lembut/kuat dan gear suhu angin: suam/sejuk. Ia juga melepaskan suhu yang terbaik; 50 darjah untuk memberikan perlindungan rambut jangka panjang, jadi korang tak perlu risau rambut kering sebab terlalu panas. Selain itu, ciri keselamatan nya yang datang dengan ciri kalis api dan juga penebat ‘thermal’. Dengan harga yang sederhana, Hair Dryer ini hanya datang dengan satu alat ekstra concentrator untuk menggayakan rambut.
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh
