Read this article in : English
Top 10 Dust Mite Vacuum Terbaik di Malaysia 2024 (Murah)
- Last update 25 Januari 2024
- 12:33 am
- Baca dalam < 1 minit
- 2,871
Hari ini : ✨ 11.11 Mega Sale di Shopee & Lazada! Diskaun Sehingga 80%! Lebih Jimat, Lebih Bijak!
Pernah tak, kadang-kadang bila kita nak tidur, tiba-tiba bersin datang serbu macam tu. Sebabnya antara lain adalah hama habuk. Kalau korang tak rajin jemur pada matahari atau bersihkan tilam atau sofa, memang dia akan berkumpul banyak. Percaya tak, satu katil boleh ada lebih 1.5 juta hama habuk tau! Bagi penghidap asma pulak, hidupan mikroskopik ni boleh bagi kesan yang lebih buruk.
Satu jalan penyelesaian ialah untuk guna Dust Mite Vacuum yang special untuk tangani masalah ni. Kat sini, kami senaraikan Top 10 Dust Mite Vacuum Terbaik di Malaysia. Beli di Shopee & Lazada je settle!
Cara Kami Pilih
Ada banyak model dengan pelbagai ciri dan feature sendiri. Yang kami pilih mengikut kriteria di bawah.
- Filter: Dust Mite Vacuum tak efektif kalau tiada True HEPA filter. Jadi kami pilih yang hanya ada HEPA filter (0.2-micron dan 0.3-micron).
- Lampu UV: Semua model yang kami pilih ada lampu UV dengan watt berbeza.
- Ciri Keselamatan: Semua model di bawah ada ciri keselamatan ‘auto-turn off’ untuk lampu UV.
- Kuasa Penyedutan: Dari 12kPa hingga 19kPa. Cukup untuk jenis vakum ni.
- Vibrating Pads: Semua ada vibrating pads (getaran) untuk membantu menyedut hama habuk keluar dari fabrik. Kuasa getaran dari 7K BPM hingga 15K BPM (beats per minute).
- Cordless Atau Tak: Kebanyakannya corded (berwayar), ada yang tak berwayar.
Jenama Dust Mite Vacuum Terbaik di Malaysia 2024
Scott Miller Dust Mite Vacuum SM-DM1
Scan & Add to Cart
PerySmith Cordless Dust Mite Vacuum Cleaner XTREME Series V20
Scan & Add to Cart
Electrova Vaclife Anti Dust-Mite UV Vacuum
Scan & Add to Cart
Russell Taylors Dust Mite Vacuum Cleaner VM-10
Scan & Add to Cart
Deerma Dust Mite Vacuum Cleaner CM800
Scan & Add to Cart
Bossman Kaden Dust Mite Vacuum Cleaner VK1
Produk Berkaitan
Kesimpulan
Ada banyak cara untuk kita bersihkan katil, sofa dan bantal dari hama habuk. Korang boleh guna vacuum biasa, vacuum cordless ataupun Dust Mite Vacuum yang special untuk hama habuk. Sebelum pilih, korang kena pertimbangkan beberapa perkara:
- Filter: Pilih vakum dengan HEPA filter.
- Lampu UVC: Boleh mengurangkan keupayaan hama habuk untuk membiak.
- Kekuatan Penyedutan: Dari 10kPa hingga 15kPa dah cukup.
- Hot Air Blower: Memastikan tahap kelembapan yang optimal.
- Vibrating Pads: Membantu menghilangkan hama habuk yang sembunyi dalam fabrik.
- Corded vs Cordless: Kalau ada banyak benda nak vakum, pilih vakum berwayar. Kalau, tak vakum yang tak berwayar lebih senang guna.
Ini pilihan kami untuk Top 10 Dust Mites terbaik di pasaran Malaysia:
- Scott Miller Dust Mite Vacuum SM-DM1
- PerySmith Cordless Dust Mite Vacuum Cleaner XTREME Series V20
- Electrova Vaclife Anti Dust-Mite UV Vacuum
- Russell Taylors Dust Mite Vacuum Cleaner VM-10
- Deerma Dust Mite Vacuum Cleaner CM800
- Bossman Kaden Dust Mite Vacuum Cleaner VK1
- Samu Giken VC141RB Dust Mite Vacuum
- Airbot CM900 Dust Mite UV Vacuum
- Swiss Thomas M10 Dust Mite Vacuum
- Perysmith XTREME Series V10 Dust Mite Vacuum
Panduan Beli Vakum Dust Mite Terbaik
Hama habuk tak boleh membiak tanpa zarah-zarah organik yang datang dari badan kita sendiri dan sedikit kelembapan. Untuk menghalang hama ni daripada membiak secara agresif di katil korang, korang kena buat dua perkara ni:
- Hapuskan sumber makanan utama mereka (habuk).
- Kurangkan keupayaan mereka untuk membiak.
Walaupun vakum biasa dengan HEPA filter dah cukup ok, Dust Mite Vacuum boleh menawarkan kecekapan dan impak yang lebih tinggi. Vakum khas ni datang dengan ciri-ciri tambahan seperti lampu UVC dan penghembus udara panas, yang boleh mengurangkan keupayaan hama habuk untuk membiak, so vakum jenis ni boleh jadi penyelesaian yang lebih menyeluruh.
Tapi, ada satu je ciri penting yang patut ada dalam Dust Mite Vacuum iaitu penapis HEPA. Ciri-ciri lain termasuk UV light, bagus tapi tak penting sangat.
Filter
Penting untuk korang pilih vakum yang dilengkapi dengan penapis HEPA. Penapis HEPA berupaya menangkap dan mengawal hama habuk dengan berkesan. Dengan penapis HEPA, vakum mampu menapis sehingga 99% zarah berukuran serendah 0.3 mikron, termasuk hama habuk. Ini membantu mencegah hama habuk daripada terlepas semula ke udara dan menyebabkan alahan kepada korang. Kalau tak nak Dust Mite Vacuum, vakum dengan HEPA filter pun dah cukup.
Lampu UVC
Vakum yang dilengkapi dengan lampu UVC juga merupakan satu pilihan yang baik. Lampu UVC ni mampu menghilangkan hama habuk, termasuk telur mereka dan mikroorganisma lain yang mungkin ada di fabrik katil dan sofa korang. Pancaran UVC antara 200 hingga 280 nm merosakkan asid nukleik hama habuk, mengganggu kemampuan mereka untuk berkembang biak. Dengan menggunakan vakum yang mempunyai fungsi lampu UVC ini, korang dapat memastikan kawalan populasi hama habuk yang lebih baik.
Kekuatan Penyedutan
Satu faktor yang tak boleh dilupakan ialah kuasa sedutan vakum. Korang perlu memilih vakum dengan kuasa sedutan yang kuat untuk mengumpulkan habuk dan hama habuk dengan berkesan. Vakum yang mempunyai kuasa sedutan yang baik dapat menjaminkan prestasi penyingkiran hama habuk yang lebih baik. Jangan lupa juga untuk mencari vakum yang membolehkan korang mengawal kuasa sedutan tersebut. Kuasa sedutan antara 10kPa hingga 15kPa dah cukup untuk sedut habuk dan hama habuk dengan efisien.
Fungsi Udara Panas
Bagi mereka yang ingin memastikan tahap kelembapan yang optimum di katil dan tempat tidur, pilih vakum hama habuk yang dilengkapi dengan fungsi udara panas. Fungsi ni membantu menjaga kelembapan yang diperlukan dan mencegah kelangsungan hidup serta pembiakan hama habuk.
Vibrating Pads
Selain itu, vakum dengan Vibrating Pads (pad yang ada getaran) juga sangat berguna. Sebabnya, Hama habuk boleh sembunyi dalam permukaan fabrik. So, vakum dengan Vibrating Pads dapat menggoncang hama habuk yang tersembunyi untuk kemudian disedut dengan berkesan ke dalam bekas vakum. Dalam kombinasi dengan kuasa sedutan yang kuat, Vibrating Pads dapat memastikan penyingkiran hama habuk yang lebih efektif.
Corded atau Cordless
Akhir sekali, korang juga perlu mempertimbangkan sama ada korang lebih suka vakum berwayar atau tanpa wayar. Vakum cordless (tanpa wayar) menawarkan fleksibiliti tanpa batasan kabel, tapi korang kena selalu cas. Sebaliknya, vakum berwayar adalah pilihan yang baik kalau korang ada banyak permukaan untuk dibersihkan.
Tips Untuk Elak Hama Habuk Membiak
- Biar Cahaya Matahari Masuk Ke Rumah: Cahaya matahari boleh mencipta persekitaran yang tak mesra kepada hama habuk, menjadikan lebih susah untuk mereka hidup.
- Tukar ke Tilam dengan Fabrik Anti-Mikrob atau Anti-Dust Mite: Bila pilih tilam, pilih bahan yang direka khas untuk menolak hama habuk. Cari cadar katil, sarung bantal, dan penutup tilam yang diperbuat daripada fabrik anti-mikrob atau anti-hama.
- Basuh Alas Katil Setiap Minggu: Cuci cadar, sarung bantal, dan selimut sekurang-kurangnya sekali seminggu. Gunakan air panas (pada suhu 50°C atau lebih tinggi) untuk membunuh kutu debu secara berkesan dan menghapuskan sisa alergen mereka.
- Guna Air Purifier atau Air Cond: Air Purifer atau Air Cond boleh bantu menangkap mikrob yang berbahaya, termasuk hama, di udara. Cari Air Purifier atau Air Cond dengan penapis anti-hama kalau ada.
- Kurangkan Clutter, Cushion dan Bantal: Hama habuk boleh membiak cepat kalau korang ada banyak clutter (contoh: barang kecil, dekorasi and bantal). So, kalau boleh, kurangkan clutter ni.
- Cuci atau Vakum Karpet Dengan Kerap: Karpet boleh jadi tempat persembunyian yang ideal untuk hama habuk. So, pastikan korang selalu vakum karpet di rumah. Paling bagus, kalau korang guna vakum sedut hama dengan filter HEPA. Kalau boleh, tukar karpet dengan lantai kayu atau marmar.