Read this article in : English
Top 10 Chest Freezer Terbaik Malaysia 2022 (Pelbagai Saiz)
- Last update 5 Julai 2022
- 12:41 pm
- Baca dalam < 1 minit
- 258

Selalu tak freezer Peti Ais korang penuh bila korang restock barang dapur bulanan? Tak kira sama ada korang peniaga makanan, suka beli barang dapur secara pukal atau memang tengah cari extra Freezer Murah untuk simpan stock makanan buat tempoh yang lama? Harini Luna nak rekomen Top 10 Chest Freezer Terbaik di Malaysia yang boleh beli dekat Shopee atau Lazada je! Jom scroll!
Tips Beli Chest Freezer Terbaik
Penggunaan Tenaga Elektrik
Selalunya power consumption untuk Chest Freezer ialah dari 220V-240V. Cara senang nak cari yang jimat tenaga, pilih Chest Freezer yang ada sticker 5 bintang!
Ruang Simpanan
Datang dengan pelbagai pilihan saiz, ruang dalam Chest Freezer selalunya lebih terbuka dan kurang petak rak yang membuatkan makanan yang disimpan di paling bawah susah nak dicapai. So, adalah penting untuk korang pilih ruang simpanan Chest Freezer mengikut keperluan isi rumah korang. Nak maklumat lanjut, boleh refer guide Chest Freezer yang lebih detailed. Jangan lupa ukur dulu dimensi Chest Freezer dan ruang yang nak letak nanti ok?
Ciri-Ciri Tambahan
Nak beli yang basic ok, yang ada ciri ekstra macam lampu LED (berguna bila dalam gelap), ada bakul (berguna untuk organise barang) Child Lock (berguna untuk korang yang ada anak kecil), atau ciri seperti fast freezing, alarm dan energy saving pun best!
Noise Level
Kalau korang beli untuk letak dirumah, Chest Freezer yang senyap sangat penting untuk elak korang rasa terganggu dengan bunyi yang berterusan. Kalau boleh cari Chest Freezer yang Decibel Rating (dBA) serendah yang boleh.
Banyak lagi info ekstra tentang Chest Freezer dekat sini.
Boleh dibeli di :
Point Ringkas & List
Jenama Chest Freezer Terbaik di Malaysia
Hisense Chest Freezer Mini Deep Freezer FC125D4BWS (128L)
Haier Chest Freezer 6-in 1 Convertible Refrigerator BD-328HP (319L)
Kalau korang cari Chest Freezer terbaik yang saiz sederhana, Haier ada keluarkan model BD-328HP yang berkapasiti 319 Litre. Dengan penggunaan tenaga serendah 220V, Chest Freezer Haier ni mampu bekukan dari 8 -24℃. Selain tu dia ada teknologi 3D Reverse Cycle yang membantu jimatkan penggunaan elektrik, Pintu Bacteriostatic yang berkesan menghalang bakteria masuk kedalam, Lampu LED, mod cepat sejuk dan banyak lagi. Oh ya yang paling best, Chest Freezer Terbaik ni boleh tahan sejuk sehingga 100 jam tau kalau bekalan elektrik dekat rumah korang terputus.
Elba Chest Freezer Artico EF-E1310 (GR) (130L)
Elba juga ada mengeluarkan Chest Freezer Murah yang mampu milik. Kapasiti 130 litre ni sesuai untuk keluarga kecil. Power consumption dia cuma 220-240V dan mampu bekukan sehingga -18°C. Model Artico EF-E1310 (GR) ni datang dengan safety lock, termostat boleh laras mekanikal, kabinet anti-karat, 1 bakul storage. Selain tu Chest Freezer Terbaik dari Elba ni juga tak mengeluarkan bunyi yang kuat dan dia ada roda untuk senang korang alih!
Khind Dual Function Chest Freezer FZ99 (99L)
Chest Freezer Terbaik seterusnya ialah dari Khind. Model FZ99 ni kecil je guys. Cuma 99 Litre! Ideal untuk ibu-ibu yang nak simpan stok susu anak. Dikuasakan dengan 220-240V, ia juga mampu bekukan sehingga -18°C. Yang menarik tentang Chest Freezer Murah Khind ni, pintu dia boleh dikunci, termostat boleh laras sendiri, ada lampu LED, dan diperbuat dari material yang tahan lasak serta senang nak dibersihkan! Harga pun sangat mampu milik.
Hisense Chest Freezer FC650D4BWB (530L)
Satu lagi pilihan Chest Freezer dari jenama Hisense. Kalau yang ni, sesuai untuk korang yang cari Chest Freezer Terbaik bersaiz besar. Model FC650D4BWB ni berkapasiti 530 Litre! Sesuai untuk korang meniaga kedai makan atau yang nak simpan barang basah macam ayam dan ikan yang banyak. Walaupun besar, ia masih menggunakan 220-240V tenaga je. Chest Freezer Hisense ni boleh guna sebagai freezer tak pun chiller tau. Kira macam 2in1 la. Suhu boleh adjust dari -6°C ~ 10°C , ≤-18°C. Selain ada Termostat boleh laras mekanikal, Lampu LED, ia juga datang dengan 2 bakul storage dan yang penting sekali dia ada roda untuk senang korang nak alih kemana-mana!
Toshiba CR-A142M Chest Freezer (142L)
Toshiba juga tak ketinggalan menawarkan Chest Freezer Terbaik di pasaran. Dengan power consumption 220-240V yang jimat elektrik, model berkapasiti 142 Litre ni jenis 2 in 1 - boleh guna sebagai Chiller jugak. Suhu boleh laras dengan Termostat mekanikal ni dari 10°C ~ -25°C. Rekaan berwarna putih ni ada pemegang ergonomik, kunci keselamatan, bakul simpanan, dan lampu LED. Permukaan Chest Freezer Toshiba ni senang nak dibersihkan dan tahan lasak.
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh