Read this article in : English
Top 10 Cadar Katil Terbaik di Malaysia 2022 (Kualiti Hotel)
- Last update 24 Jun 2022
- 8:31 pm
- Baca dalam 5 minit
- 1,485

Pernah tak rasa macam tak cukup selesa bila nak tidur walaupun tidur atas tilam dan bantal yang empuk? Kalau pernah, mungkin korang kena tengok balik jenis Cadar Katil yang di pakai itu. Pemilihan jenis Cadar Katil terbaik akan dapat mempengaruhi kualiti tidur kita. Kita boleh tidur dengan lena dan selesa macam di dalam bilik yang ada Aircond dengan fabrik yang betul.
Pemilihan Cadar Katil juga penting sebab dapat cantikkan bilik tidur. Sekarang ada juga Cadar Katil waterproof di pasaran, senang tak perlu lagi bersusah payah nak angkat tilam untuk dijemur kalau basah. Menarik kan?
Hari ini kita nak tengok review jenama Cadar Katil terbaik di Malaysia yang boleh korang beli dari online store je. Ukur dulu katil korang size apa, add to cart, settle!
Tips Pilih Cadar Katil Terbaik
Ini antara 4 faktor yg korang kena ambik kira masa nak pilih beli Cadar Katil baru:
Thread Count (Jumlah Benang)
Benda ini memang perlu di ambil kira dan korang akan dapat rasakan perbezaanya nanti. Pilih Cadar Katil dengan thread count yang tinggi. Thread count antara 180 hingga 300 dianggap bagus dan memadai. Kalau standard Cadar Katil hotel, biasanya di antara 300 hingga 600 thread count. Tapi, kalau nak tahu, sekarang dah ada juga Cadar Katil sehingga 1000 thread count, sangat berkualiti tinggi, dan lembut, Cuma lagi tinggi jumlah thread count, lagi mahal harganya. Jadi, beli lah mengikut poket sendiri ya!
Jenis Fabrik
Ramai yang silap membeli sebab tak peka dengan jenis fabrik Cadar Katil. Jenis fabrik sangat penting untuk keselesaan korang. Salah satu jenis yang terbaik dan disukai ramai ialah cotton (kapas) sebab ianya breathable, lembut, semulajadi dan sesuai dengan iklim tropikal macam kat Malaysia ini. Selain itu, ada juga jenis microfiber, tencel fiber, BambooCloud (buluh), sateen dan banyak lagi. Malah, korang kena pastikan Cadar Katil itu jenis senyap – tiada bunyi plastik apabila kita berpusing di atas katil.
Antara inovasi fabrik sekarang ialah fabrik dari buluh. Nak tau lebih lanjut? Baca review kami untuk Bedsheet fabrik buluh dari jenama Joey.
Saiz Katil
Saiz katil yang berbeza kena pakai saiz Cadar Katil yang berbeza. Contohnya, Cadar Katil saiz single tak muat kalau disarung di katil bersaiz super single. Jadi sebelum beli, pastikan korang check saiz yang betul. Selain itu, pastikan beli Cadar Katil jenis fitted, yang ada getah keliling cadar, tak ada lah cadar itu asyik nak terangkat bila dah baring.
Kalis Air (Waterproof)
Jika ada antara korang yang nak beli untuk anak yang baru nak potty train ke, atau nak diguna atas katil warga emas yang susah nak ke tandas, korang boleh beli Cadar Katil yang jenis kalis air. Jadi, korang tak perlu risau air tembus ke dalam tilam bila cadar itu basah.
Boleh dibeli di :
Point Ringkas & List
Cadar Katil Terbaik di Malaysia
Joey Bedsheet Set 300TC
Akemi Cotton Select Adore Fitted Bedsheet Set 730TC
Pilihan Cadar Katil terbaik Shoptrack seterusnya ialah Cadar Katil dari Akemi juga tapi jenis Cotton Twill. Tenunan fabrik jenis Twill ini mempunyai kiraan benang yang tinggi, dengan 730 thread count, menjadikan Cadar Katil lebih lembut dan tahan lama, sesuai untuk digunakan setiap hari. Selain itu, arah corak tenunan Twill ini membantu menyembunyikan kotoran, jadi kalau korang tertumpahkan air kopi ke, kesan itu tak lah nampak jelas sangat pada permukaan Cadar Katil itu. Kain fabrik jenis Cotton Twill ini juga tidak mudah berkedut sebab ketebalan materialnya, jadi korang tak perlu gosok untuk melicinkan Cadar Katil, jimat masa dan tenaga korang! Bagi yang suka kain jenis kapas, Cadar Katil ini memang sesuai sangat sebab ianya sejuk dengan ciri breathable walaupun materialnya tebal. Ada 8 jenis corak dan warna berbeza untuk korang pilih dan set fitted sheet (dilengkapi dengan sarung bolster dan sarung bantal) ini datang dalam saiz super single, queen, dan king. Harga nya juga mahal tapi korang akan puas hati dengan kualitinya yang bagus.
Cannon Dionne Fitted Sheet Set 950TC
Dengan diskaun dari Shopee, sekarang semua boleh miliki Cadar Katil dari jenama Cannon. Cadar Katil koleksi Dionne ini diperbuat daripada Kapas Premium Truluxe yang ditenun campuran kapas ruji panjang, memberikan kelembutan dengan 950 thread count, rasa sejuk bila disentuh dan kemasan licin dengan kilauan halus yang tiada tandingan. Malah, kapas ruji panjang ini mempunyai ciri ketahanan semula jadi, jadi korang tak perlu risau untuk tukar beli Cadar Katil baru dengan kerap. Ianya juga terdapat sifat anti-alergi, jadi dapat melindungi kulit korang daripada alahan. Terdapat 8 warna neutral kosong yang simple dan minimalis yang berbeza dan ada dalam saiz katil super single, queen, king dan super king untuk korang pilih.
Elle Décor Harmony Cotton Collection 4 in 1 Bedsheet Fitted Set 650 TC
Kalau nak tahu, brand Elle ada juga keluaran Cadar Katil yang murah harganya berbanding dengan cadar katil branded yang lain. Cadar Katil koleksi Harmony ini diperbuat daripada 100% kapas, jadi dijamin lebih lembut dan halus dengan 650 thread count. Ada 16 corak dan warna yang berbeza, sama ada korang suka yang ringkas dengan warna monokrom atau neutral atau corak dengan warna terang, korang boleh pilih gaya dan reka bentuk Cadar Katil yang paling sesuai dengan bilik dan personaliti korang. Ianya juga ada ciri pengekalan warna yang baik, jadi korang tak perlu risau warna jadi cepat pudar apabila dibasuh banyak kali dan warnanya diperbuat dari bahan pencelupan mesra alam. Cadar Katil jenama Elle ini ada 4 dalam 1 set, jadi terdapat cadar katil, sarung bantal, sarung bolster dan sarung quilt dalam setiap set yang boleh dipakai untuk katil saiz super single, queen dan king.
Jean Perry Coray Super Single 3-IN-1 Fitted Bedsheet Set - 900 TC
Pilihan budget seterusnya ialah Cadar Katil jenama Jean Perry ini yang diperbuat dari 100% combed cotton sateen (dengan campuran Egyptian cotton). Fabrik jenis cotton sateen ini dimerserisi (mercerized), direndam dalam alkali dan kemudian asid, menjadikan fabrik itu lebih kuat dan tahan lama berbanding dengan jenis cotton yang tidak dicampur apa-apa. Proses itu menjadikan Cadar Katil rasa lebih licin dan nampak sedikit berkilau. Tambahan lagi, dengan campuran Egyptian cotton yang terkenal sebagai cotton berkualiti tinggi sebab tahap serat yang sangat rendah, jadi Cadar Katil korang akan sentiasa nampak macam baru beli dan tak mudah koyak dan menipis walaupun dipakai berulang kali. Selain tak mudah berkedut, ianya juga mempunyai ciri mengekalkan haba. Sebab Cadar Katil ini ringan, ia biasanya menutup badan secara rapat dan memerangkap haba, jadi sesuai bagi yang menggunakan Cadar Katil di bilik yang ada aircond. Cadar Katil dari Jean Perry ini hanya ada dalam saiz super single dan terdapat satu corak simple dengan 13 warna yang berbeza untuk korang pilih.
Baru Update :
Hooga Smith Charlee Quilt Cover / Fitted Sheet Set 800TC
Bagi peminat minimalis, Cadar Katil dari jenama Hooga ini sangat sesuai sebab ianya bercorak simple segi tiga dan berwarna kelabu dan putih. Ada dua jenis yang korang boleh pilih iaitu set quilt cover dan fitted sheet (dilengkapi dengan sarung bolster dan sarung bantal), dan terdapat dalam saiz single, queen dan king. Satu pilihan yang sangat murah untuk Cadar Katil yang diperbuat daripada 100% kapas sateen dengan 800 thread count. Berbaloi sangat bagi yang nak harga budget tapi nak Cadar Katil yang lembut, menyerap lembapan, dan tahan lama.
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh
