fbpx
Shoptrack Logo

Media Shopping No.1 di Malaysia

Read this article in : English

Top 10 Beg Luggage Terbaik Murah Malaysia 2024 (Size Cabin)

Hari ini : ✨ Raya Sale di Shopee & Lazada! Diskaun menarik sempena Raya tahun ini! Lebih Jimat, Lebih Bijak! 🌙

Beg Luggage Terbaik Murah
"seronok bercuti bila ada beg luggage baru"

Dah boleh travel balik macam dulu kan? So boleh la start planning untuk bercuti dan melancong dalam tak pun luar negara macam dulu. Nak bercuti tu nanti pastikan beg yg dibawa tu sesuai dan cukup selamat tau! Pilih Beg Luggage Terbaik yg sesuai dan berkualiti.

Jadi, Beg Luggage yang bagus mestilah tahan lama, mudah dibawa & harga berpatutan. Ia juga dianggap sebagai produk pelaburan yang baik sebab korang hanya perlu beli sekali sahaja dan boleh digunakan sehingga 5-10 tahun. Selain itu, tidak kira dengan pilihan korang sama ada nak beli Beg Luggage murah atau pun mahal, biasanya ia datang dengan ciri keselamatan seperti kunci dail angka atau zip boleh dikunci.

Oh ya, sambil bawa anak bercuti atau keluar berjalan dengan  Stroller Baby di luar itu jangan lupa sapu Sunscreen untuk lindungi kulit si manja yang korang boleh beli dari Shopee atau Lazada ok!

Tips Pilih Beg Luggage Terbaik

Jom kita tengok tips untuk pilih Beg Luggage terbaik ni:

Saiz & Berat

Pilih saiz Beg Luggage yang sesuai dengan keperluan, sama ada korang perlukan saiz yang untuk underseat, car friendly, saiz kabin etc. Satu lagi tip penting ialah untuk semak berat Beg Luggage juga. Tak ada gunanya beli Beg Luggage yang korang sendiri tak larat nak angkat, melainkan ada porter sendiri ke mana-mana korang pergi untuk membawa beg korang itu.

In-flight Cabin Luggage vs Luggage Kargo

Memang betul ada perbezaan dalam berat dan saiz Beg Luggage kargo yang dibenarkan daripada syarikat penerbangan yang berbeza. Tapi, kebanyakan syarikat penerbangan mempunyai saiz dan berat yang dibenarkan lebih kurang sama untuk in flight Beg Luggage dalam kabin. Jadi, lebih baik pilih in-flight Beg Luggage kabin di bawah saiz 20 inci atau tidak boleh melebihi dimensi 56cm x 36cm x 23cm dengan berat maksimum 7kg.

Roda & Pemegang

Bagi memudahkan pergerakan, lebih bagus pilih Beg Luggage terbaik dengan roda, sama ada dengan dua atau empat roda, terutamanya yang boleh berpusing. Selain itu, pilih pemegang yang boleh ditarik untuk senang nak guna dan gerak.

Keselamatan & Kompartmen

Pilih dengan ciri keselamatan seperti kunci dail angka atau zip boleh dikunci. Pastikan beg luggage korang ada ciri-ciri keselamatan guys. Ada kompartment atau poket extra juga bagus untuk letak barang-barang lain.

Jangan sesekali lupa dengan ciri keselamatan apabila memilih sama ada  nak beli Beg Luggage murah atau pun mahal tau. Mana tahu kan, Beg Luggage korang itu mungkin disalah anggap sebagai milik orang lain di lapangan terbang nanti. Pilih dengan ciri keselamatan seperti kunci dail angka atau zip boleh dikunci.

Hardside vs Softside

Beg Luggage hardside mempunyai permukaan keras yang diperbuat daripada plastik ABS, komposit ABS, polikarbonat, dan juga aluminium. Aluminium adalah yang paling mahal dan lebih berat dan tahan lama daripada bahan bukan logam yang lain. Beg Luggage hardside tahan  lebih lama daripada Beg Luggage softside sebab ia nya tidak mudah koyak, walaupun boleh calar atau kemik.

Walau bagaimanapun, Beg Luggage softside lebih fleksibel sebab ia diperbuat daripada fabrik, jadi ia ringan dan boleh isi Beg Luggage dengan lebih banyak barang. Terdapat dua jenis fabrik biasa untuk Beg Luggage softside, iaitu nilon dan poliester. Sesetengah Beg Luggage softside ada yang kalis air tetapi boleh juga tercarik.

Jadi, semuanya bergantung kepada pilihan korang sama ada korang lebih suka kan ketahanan daripada Beg Luggage hardside atau fleksibiliti daripada Beg Luggage softside.

Share Artikel Ini
Point Ringkas & List
Pilihan Shoptrack

Beg Luggage Terbaik di Malaysia 2024

Recommended
4.7/5
4.7/5
Raya Mega Sale Malaysia 2024
QR Code https://shope.ee/5AExyEuhCE
Recommended
⚡ Payday Sale: Up to 60% Off! Save More Now!

Lancaster Polo 3-In-1 Luggage Set 8067/8082

Beg Luggage Set Terbaik
Overview:
Saiz 20”/24”/28” dan berat 3.1kg/3.7kg/4.7kg
Sistem kunci keselamatan global 3 kod angka, harga berpatutan dari RM230
4 roda boleh dipusingkan 360°, pemegang yang boleh ditarik dengan butang, 2 compartment, material ABS
Untuk keluarga yang ramai, sangat rekomen Beg Luggage hard case dari Lancaster Polo ini sebab ada 3 saiz 20”, 24” & 28” dengan 6 warna menarik yang berbeza untuk dipilih. Lagi senang beli semua saiz sekali jadi senang nak cam Beg Luggage yang sama dari jauh semasa tunggu beg keluar dari kargo di lapangan terbang. Walaupun ianya diperbuat dari material ABS, Beg Luggage terbaik dari Lancaster Polo ini disalut dengan diamond coating di bahagian luar jadi tidak mudah tercalar. Selain itu, dengan adanya foot pad, korang boleh buka beg dari tepi tanpa tercalar akibat geseran antara beg dan lantai. Ada 4 roda boleh dipusingkan 360° dan pemegang aluminium yang boleh ditarik dengan butang. Malah, ada 2 compartment yang luas, 1 compartment dengan tie down strap dan 1 compartment berzip. Ciri keselamatan nya pula menggunakan TSA lock, iaitu sistem kunci keselamatan global dengan 3 kod angka, membolehkan pihak berkuasa dari kastam untuk periksa Beg Luggage tanpa merosakkan beg. Harganya pula agak berpatutan, bermula dari RM230 untuk saiz 20”.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
1
Raya Mega Sale Malaysia 2024
Shopee
QR Code https://shope.ee/4KmR8lB76U
Lazada
QR Code https://invol.co/clhbvgy

Scan & Add to Cart

1
⚡ Payday Sale: Up to 60% Off! Save More Today!

Case Valker Matrix ABS 2-in-1 Luggage Bag

Beg Luggage Hard Case Terbaik
Overview:
Sizes of 20” atau 24” atau 2-in-1 version.
Sistem kunci keselamatan 3 kod angka, harga berpatutan dari RM200.
4 roda boleh dipusingkan 360°, pemegang yang boleh ditarik dengan butang, fungsi hanger, material ABS.
Untuk pilihan murah tapi reliable, cuba check out Case Valker Matric Luggage Bag. Beg Luggage ini datang dalam dua saiz, 20″ dan 24″, atau dalam versi 2-in-1 yang termasuk kedua-dua saiz. Roda putar 360 darjah dan 3 level locking handle membuatkan Beg Luggage ni mudah untuk dikendalikan, dan ABS material 3 lapis memastikan ia tahan lama dan ringan. Tambah lagi, bag ni agak tahan air, melindungi barang-barang korang daripada tumpahan atau hujan tak dijangka. Dengan fungsi hanger kecil di sebelah handle, korang juga boleh menggantung beg tambahan. Dan untuk keselamatan tambahan, Case Valker Matric Luggage Bag dilengkapi dengan combination lock 3 digit. Semua ciri-ciri ini datang pada harga yang sangat berpatutan. Memang berbaloi!
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
2
Raya Mega Sale Malaysia 2024
Shopee
QR Code https://shope.ee/5AExyeSngm
Lazada
QR Code https://invol.co/clbozpb

Scan & Add to Cart

2
⚡ Payday Sale: Up to 60% Off! Save More Today!

Giordano 2-in-1 Stylish ABS Trolley Travel Luggage - GA9863

Overview:
Saiz 20”/24”/ 20”+24” dan berat 2.6kg & 3.9kg
Kunci TSA, harga mampu milik dari RM150-RM250
4 x2 roda boleh dipusingkan 360° secara senyap, pemegang yang boleh ditarik dengan butang, 2 compartment, material ABS
Kalau nak tahu, Giordano bukan sahaja ada keluaran baju tapi Beg Luggage pun ada. Korang boleh pilih saiz 20” dengan harga RM150 atau saiz 24” dengan harga RM180 ataupun dua-dua nya sekali dengan harga RM240 sahaja. Beg Luggage hard case ini diperbuat dari material ABS, jadi ianya ringan dan tidak mudah calar.Yang bestnya Beg Luggage terbaik dari Giordano ini ada 4 double wheel yang boleh ber pusing secara 360° dengan senyap. Selain itu, ada lining di bahagian dalam 2 compartment, 1 compartment dengan tie down strap dan 1 compartment dengan zip. Macam Beg Luggage terbaik yang lain, ianya juga dilengkapi dengan kunci TSA sistem 3 digit angka. Malah, ada 3 bulan waranti untuk alat ganti & aksesori dan juga 1 tahun untuk servis after sales repair.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
3
Raya Mega Sale Malaysia 2024
Shopee
QR Code https://shope.ee/6A7VAbQUrp
Lazada
QR Code https://invol.co/clbozs2

Scan & Add to Cart

3
⚡ Payday Sale: Up to 60% Off! Save More Today!

Urbanlite Conti 2 in 1 Spinner Luggage

Overview:
Saiz 20” & 24” dan berat 2.6kg & 3.4kg
Kunci TSA, harga berpatutan dari RM300
4 roda boleh dipusingkan 360° secara senyap, pemegang yang boleh ditarik dengan butang, 3 compartment, material ABS
Satu lagi Beg Luggage terbaik dari Urbanlite ialah Conti 2 IN 1 Spinner Hard Case Luggage – ULH8919. Hanya dengan satu pembelian, korang akan dapat dua saiz Beg Luggage iaitu 20” dan 24” dengan harga RM300 sahaja. Ada 3 warna yang korang boleh pilih iaitu warna maroon, navy dan dark grey. Selain itu, pemegang ergonomiknya boleh di tarik secara berperingkat dengan butang. Ianya senang utnuk di angkat sebab ada pemegang di belah tepi dan atas. Malah, dengan 4 roda spinner boleh dipusingkan 360° dengan senyap, apabila di tarik, pergerakan akan rasa lebih lancar. Beg Luggage hard case terbaik dari Urbanlite ini diperbuat dari material ABS jadi ianya ringan dan kuat sebab ianya dapat tahan dari hentakan. Ada lining di bahagian dalam 3 compartment, jadi dapat mengurangkan kedutan pada baju. 1 compartment dengan tie down strap dan 2 compartment dengan zip jadi barangan dalam Beg Luggage akan lebih tersusun. Ciri keselamatannya termasuk kunci TSA sistem untuk lindungi barangan korang itu.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
4
Raya Mega Sale Malaysia 2024
Shopee
QR Code https://shope.ee/5ALYAgVkeo
Lazada
QR Code https://invol.co/clhbx1m

Scan & Add to Cart

4
⚡ Payday Sale: Up to 60% Off! Save More Today!

Case Valker Fashion Gorgeous ABS Hard Case 3-in-1 Luggage Bag

Overview:
Sizes of 20”, 24” atau 28 atau 3-in-1 version.
Sistem kunci keselamatan 3 kod angka, harga berpatutan dari RM100.
4 roda boleh dipusingkan 360°, pemegang yang boleh ditarik dengan butang, material ABS.
Kalau korang nak cari satu lagi pilihan bajet untuk Beg Luggage, jom tengok Beg Luggage Case Valker Fashion Gorgeous. Beg ni ringan tapi kuat, dan ada tiga saiz yang korang boleh pilih: 20″, 24″, dan 28″. Atau kalau korang nak yang semua saiz sekali, boleh pilih yang 3-in-1. Roda PVC double spinner 360° ni senyap je, so senang nak bawak berjalan-jalan. Beg ni ada dua bahagian compartment, dan diperbuat daripada bahan 3 lapisan ABS yang tahan lasak, tahan air dan tahan calar. Beg ni juga dilengkapi dengan handle berkunci 3-tingkat dengan tiub aloi dan kunci kombinasi 3 digit, supaya barang korang selamat. Ada tiga warna yang korang boleh pilih, iaitu Forest Green, Summer Orange, dan Black. Jadi, kalau korang nak travel dalam masa terdekat, beg ni memang sesuai untuk korang bawa.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
5
Raya Mega Sale Malaysia 2024
Shopee
QR Code https://shope.ee/7ewIxaJWyo

Scan & Add to Cart

5
⚡ Payday Sale: Up to 60% Off! Save More Today!

Poly-Club 2-in-1 Hard Case Luggage - WA9922

Overview:
Saiz 20” & 24” dan berat 2.54kg & 3.28kg
Kunci dail 2 kod angka, harga murah dari RM200
4 roda boleh dipusingkan 360°, pemegang yang boleh ditarik dengan butang, 3 compartment, material ABS
Pilihan Shoptrack seterusnya ialah Beg Luggage hard case 2 in 1 dari Poly-Club (WA9922). Ada 5 warna untuk dipilih iaitu hitam, gold, silver, merah dan ungu. Beg Luggage ini sesuai untuk dibawa untuk short trip atau lagi yang suka pergi solo trip sebab ianya menggunakan 4 spinner wheel system yang boleh dipusing 360° dan pemegang yang boleh ditarik dengan butang untuk pergerakkan yang lebih stabil dan lancar. Selain itu, ciri keselamatan termasuk kunci dail 2 kod angka dan banyak barangan yang boleh dibawa dengan ada nya 3 compartment dengan inner berlapik yang agak luas. Dengan RM200 sahaja, korang akan dapat dua pilihan saiz Beg Luggage iaitu 20” dan 24”. Berbaloi sangat dapat dua beg sekaligus dengan satu harga! Selain itu, ianya sangat ringan dan jauh lebih murah sebab diperbuat dari material ABS. Cuma nya korang perlu pakai Beg Luggage murah ini dengan lebih berhati-hati sebab boleh tercalar kalau terhempas. Tapi yang bestnya, ada warranti selama 3 bulan dan ada servis repair/after sales kalau ada apa-apa berlaku selepas beli.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Pilihan Ramai
Best Selling
Urbanlite Rubik 3 IN 1 Hard Case Luggage - ULH9919

Urbanlite Rubik 3 IN 1 Hard Case Luggage - ULH9919

Lihat Harga Terkini
Urbanlite Edge 2 IN 1 Hard Case Luggage - ULH9922

Urbanlite Edge 2 IN 1 Hard Case Luggage - ULH9922

Lihat Harga Terkini
Rating Terbaik
GiorX 2-in-1 Set Elegant Hard Case Luggage - GXA2073

GiorX 2-in-1 Set Elegant Hard Case Luggage - GXA2073

Lihat Harga Terkini
Urbanlite Trapez Hard Case Luggage - ULH9913

Urbanlite Trapez Hard Case Luggage - ULH9913

Lihat Harga Terkini
Share Artikel Ini
Advertisement

Soalan Lazim

Limit saiz Beg Luggage untuk kabin in-flight agak standard untuk majoriti syarikat penerbangan. Tapi sebaik-baiknya pilih saiz Beg Luggage di bawah 20 inci atau dimensi tidak melebihi 56cm x 36cm x 23cm dengan berat maksimum 7kg.
Bezanya Beg Luggage softside vs hardside ialah, Beg Luggage softside berasaskan kain fabrik, tapi Beg Luggage hardside mempunyai permukaan keras yang diperbuat dari plastik ABS, komposit ABS, polikarbonat, dan juga aluminium.
Antara jenama Beg Luggage terbaik di Malaysia ialah Lancaster Polo, Urbanlite, Giordano, Case Valker, Poly-Club dan GiorX.
#Hashtag
Artikel ini ditulis oleh
Hana Shoptrack
Hana Shoptrack
Environmentalist yang cinta pada alam semulajadi. Home gardening adalah hobby masa lapang Hana. Juga aktif dalam Yoga dan weekend hiking.
Inspirasi Travel
REVIEW BERKAITAN
Lihat kategori lain
error: Content is protected.