Read this article in : English
Top 10 BBQ Grill Terbaik Malaysia 2024 (Indoor & Outdoor)
- Last update 23 Januari 2024
- 10:12 pm
- Baca dalam < 1 minit
- 1,773
Hari ini : ✨ 11.11 Mega Sale di Shopee & Lazada! Diskaun Sehingga 80%! Lebih Jimat, Lebih Bijak!
Seronok kan kalau hari hujung minggu dapat BBQ dengan keluarga, kawan-kawan, tak pun dengan jiran-jiran kita ramai-ramai? Cakap pasal BBQ ni kan, mesti dah boleh bayangkan kena beli grill tray la, arang la dan banyak lagi barang nak prepare sebelum BBQ tu. Sekarang ini, ada jugak set BBQ Grill terbaik yang lagi ringkas, jadi mudah dan tak leceh sangat untuk korang nak setup BBQ grill.
Banyak jenis BBQ Grill ada dekat Lazada & Shopee sekarang, bukan sahaja untuk outdoor BBQ, indoor BBQ pun boleh guys. Kalau ada plan nak grill makanan dalam rumah, jangan lupa pasang Cooker Hood korang tu, supaya tak ada bau lepas masak. Nanti lepas dah habis grill makanan, boleh juga panaskan semula dengan Oven.
Jenama BBQ Grill apa yang bagus korang boleh beli kat Shopee atau Lazada? Ok jom kita tengok BBQ grill terbaik yang sesuai dengan budget korang.
Jenis BBQ Grill Terbaik
Antara jenis BBQ Grill bagus yang biasa digunakan ialah:
BBQ Grill Jenis Elektrik
Kalau korang mempunyai ruang memasak yang kecil tapi masih teringin untuk grill makanan, boleh pilih BBQ Grill jenis elektrik. Sesuai bagi yang duduk di kediaman jenis high rise macam apartment atau kondo sebab ianya kurang asap, bersaiz lebih kecil dan senang untuk dibersihkan.
BBQ Grill Jenis Gas
Salah satu pilihan yang agak mahal, tapi sesuai bagi yang ingin menggunakannya dalam jangka masa yang lama. Ianya satu pelaburan yang baik juga sebab senang untuk digunakan dan dibersihkan, dan boleh memasak portion makanan yang banyak dengan cepat. Cumanya, korang kena refill atau tukar gas sahaja lah bila dah habis.
BBQ Grill Jenis Arang
BBQ Grill jenis klasik menggunakan arang akan memberikan rasa smoky tiada tandingan berbanding jenis BBQ Grill yang lain. Ianya sesuai bagi yang mempunyai bajet kecil dan memasak untuk portion yang sikit. Cuma kena bersabar sikit kalau pakai BBQ Grill jenis arang ini sebab selalunya mengambil masa yang lama untuk memasak, kawasan memasak akan menjadi sedikit kotor dan korang sendiri kena kawal haba pada makanan.
BBQ Grill Jenis Portable
Bagi kaki camping atau sesiapa sahaja yang nak pakai BBQ Grill di mana-mana boleh pilih BBQ Grill jenis portable. Selalunya ia menggunakan gas tank canister yang kecil. Harganya pun murah sebab saiznya lebih kecil jadi boleh masak untuk portion yang sikit.
BBQ Grill Jenis Smokers
BBQ Grill jenis Smokers akan memberikan rasa smoky lebih mendalam berbanding BBQ Grill jenis arang. Masa masakan juga mengambil masa lebih lama dengan suhu lebih rendah, sebab itu hasil perapan akan lebih terasa sebati dalam makanan. BBQ Grill jenis smokers selalunya digunakan untuk grill potongan daging yang lebih besar. Tapi mahal sikit sebab saiznya yang besar.
BBQ Grill Terbaik di Malaysia 2024
Swiss Thomas Heavy Duty BBQ Grill
Scan & Add to Cart
DESSINI Gas BBQ Stove SC-10H
Scan & Add to Cart
Airbot iCook Multicooker Hotpot BBQ Grill
Scan & Add to Cart
Tefal Ultra Compact BBQ Grill TG3918
Scan & Add to Cart
Morgan MPG-2898 Grill Pan
Scan & Add to Cart