Read this article in : English
Top 10 Baby Cot Terbaik & Murah Malaysia 2025 (Dari RM300)
- Last update 23 Januari 2025
- 1:02 pm
- Baca dalam 7 minit
- 4,033
Hari ini : ✨ CNY Sale kini di Shopee & Lazada! Diskaun Sehingga 80%! Lebih Jimat, Lebih Bijak!
Antara barangan penting yang mesti disediakan untuk menyambut kelahiran yang baru ialah barangan keperluan bayi. Semua barangan ini dianggap sebagai ‘one-time’ pelaburan sebab akan digunakan untuk jangka masa yang lama . Barangan bayi seperti Stroller, Baby Car Seat, Baby Cot dan keperluan lain seperti Breast Pump, UV Sterilizer adalah contoh barang yang boleh digunakan lama bukan sahaja untuk anak yang pertama, mungkin yang kedua dan ketiga juga.
Bayi yang baru lahir tidur hampir sepanjang enam bulan pertama kehidupan. Jadi, pentingnya untuk sediakan Baby Cot untuk tempat tidur bayi. Bagi bayi mendapatkan tidur yang berkualiti ialah dengan dengan mempunyai Baby Cot yang baik, selesa dan fleksibel. Malah, seperti yang disyorkan oleh pakar bayi, sebaiknya bayi tidur di katil yang berasingan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti lemas terhempap semasa tidur. Selain itu, boleh melatih bayi untuk tidur di katil yang berasingan dari kecil.
Sekarang terdapat banyak variasi untuk dipilih, dari pilihan bajet hingga premium. Nak tahu apa Top 10 Baby Cot terbaik di Malaysia? Jom kita tengok pilihan Shoptrack yang boleh dibeli online dari Shopee atau Lazada.
Tips Pilih Baby Cot Terbaik
Terdapat 3 tips utama untuk memilih Baby Cot Terbaik, antaranya ialah:
Bajet dan Material
Bajet
Terdapat pelbagai variasi Baby Cot terbaik dengan variasi harga juga. Ada mahal, ada juga Baby Cot murah. Pastikan pilih Baby Cot berkualiti tinggi dengan kena dengan bajet kita
Material
Antara material Baby Cot yang ada di pasaran ialah kayu, polyester atau kain fabrik. Apa yang paling utama, pastikan Baby Cot diperbuat daripada material selamat, berkualiti tinggi, tahan lama, tidak bertoksik, tidak mempunyai sudut tajam atau mudah berkarat ya.
Ruang dan Design
Ruang
Bagi ibu bapa yang mempunyai ruang yang terhad, boleh pilih Baby Cot dengan ruang storage tambahan di bawah atau di tepi katil supaya nurseri atau bilik bayi nampak lebih kemas dan teratur.
Design
Bagi memudahkan ibu bapa untuk mengalihkan Baby Cot dari satu tempat ke tempat yang lain, kebanyakan Baby Cot disertakan dengan roda. Jadi, ibu bapa yang ingin kan fleksibiliti untuk memindahkan katil, sangat rekomen pilih Baby Cot dengan roda.
Baby Cot juga ada pelbagai saiz, jadi jangan lupa untuk ukur ruangan supaya Baby Cot muat untuk diletakkan di dalam bilik. Sekarang ada Baby Cot yang merangkumi semua keperluan anak; dari bayi hingga kanak-kanak. Jadi, saiz Baby Cot pelbagai guna seperti itu kebanyakannya memakan ruang yang banyak.
Bagi ibu bapa yang kerap melancong atau balik kampung ke, boleh pilih Baby Cot yang mudah alih, senang di lipat dan mudah di bawa ke mana sahaja. Baby Cot mudah alih adalah pilihan Baby Cot terbaik sebab kebanyakannya boleh ditukar menjadi playpen mahupun meja!
Ciri Keselamatan dan Ciri Lain-lain
Ciri Keselamatan
Kalau Baby Cot diperbuat dari kayu, sebaiknya batang sisi katil tidak boleh lebih dari 2-3 /8”. Jarak ini untuk mengelakkan bayi tergelincir atau tersekat. Malah, boleh juga pilih Baby Cot dengan jaring keselamatan yang jelas di bahagian sisi untuk mengawasi anak. Selain itu, kena pastikan ketinggian Baby Cot itu dapat mengelakkan bayi dari memanjat keluar dengan senang.
Ciri Lain-lain
Sesetengah Baby Cot dilengkapi dengan aksesori tilam, bantal dan alas tilam. Jadi kena pertimbangkan ini kalau tak mahu keluarkan bajet ekstra untuk aksessori Baby Cot.
Jenama Katil Baby Murah Terbaik di Malaysia 2024
Chicco Next2Me Magic Crib
Scan & Add to Cart
Joie Kubbie Sleep Travel Cot
Scan & Add to Cart
Mamakiddies Baby Cot 2 Level Portable Baby Bed
Scan & Add to Cart
3 in 1 Natural Easel Wooden Baby Cot and Cradle
Chilux Peace White 6 Mode Multifunctional Baby Cot
Scan & Add to Cart