fbpx

Media Shopping No.1 di Malaysia

Read this article in : English

Top 10 Android Box Terbaik di Malaysia 2023 (Murah + 4K)

Android Box Terbaik Murah
"Connect pada tv biasa pun boleh"

Nak stream YouTube atau Netflix kat TV? Kenalah ada satu Android Box. Tak perlu pening pilih, kami sediakan senarai Top 10 Android Box terbaik di Malaysia 2023 yang murah & popular di Shopee & Lazada!

Kebanyakkan model TV Box di bawah semua dah support TV 4K dan ada support high-quality audio compression macam Dolby Audio dan DTS. Pair dengan Soundbar korang tak pun connect Earbuds guna Bluetooth pun boleh. Buat jadi Home Cinema sikit.

Cara Kami Pilih

Apa yang terbaik untuk korang mungkin tak untuk orang lain. Tapi, pemilihan Android Box terbaik takda lah susah mana kalau korang tau feature utama peranti ini.

Resolution Support

Kami pilih hanya model yang support sehingga resolusi 4K. Perbezaan kos untuk peranti yang support 4K (UHD) & yang support 1080p (HD) takda lah beza sangat. Even kalau TV korang 1080p je, beli je Android Box 4K. Kebanyakan model di pasaran sekarang memang support 4K.

RAM

Dengan jumlah RAM yang bagus, processing speed peranti korang akan laju. Kami tak rekomen beli Android Box dengan hanya 1GB RAM. Buang duit je. Jadi kami pilih model yang ada 2GB RAM ke atas.

Storage

ROM atau storage adalah kapasiti memori Android Box yang membolehkan korang simpan file atau apps dalam peranti tu. Kebanyakan model di pasaran datang dengan 8GB, 16GB atau 64GB. Kami pilih model yang ada 8GB ke atas sebab tak semestinya model yang ada storage tinggi akan lebih berbaloi. Kalau korang plan nak selalu stream (YouTube & Netflix), tak perlu banyak storage pun.

Versi OS

Kebanyakan model yang kami pilih ada Android 10 ke atas, kecuali bila kami rasa model tu masih compatible dengan app lain & masih berbaloi.

Specs Lain

Model yang kami pilih ada yang support Dolby Audio, ada yang datang dengan dual band WiFi, dan ada yang ada 2 port USB. Untuk kebanyakan orang, specs ni optional, jadi pilih yang korang rasa tambah value.

OK jom tengok Android TV Box pilihan kami.

Point Ringkas & List

Pilihan Shoptrack

Android TV Box Terbaik di Malaysia

Sponsored
4.7/5
4.7/5
Sponsored

Nvidia Shield Android TV Box PRO 4K

Android Box Terbaik Overall & Untuk Gaming
Overview:
Pros: Support Dolby Audio & Vision, untuk pro users
Cons: Harga mahal
Spesifikasi - Resolution: 4K | RAM: 3GB | Storage: 16GB | USB: 2 | HDMI: 1 port | OS: Android 11 | Bluetooth: ada | Dual WiFi: ada.
Jenama NVIDIA ni memang popular sebagai pengeluar Graphics Card terbaik di dunia. So bila diorang buat Android TV Box memang boleh expect kualiti video terbaik, confirm the best! Yang menarik tentang model ni ialah ianya datang dengan processor khas NVIDIA® Tegra® X1+ yang support resolusi 4K HDR. Walaupun TV korang hanya support Full HD, still boleh guna jugak. Datang dengan operating system Android 11 yang lengkap dengan sokongan Dolby Atmos & Dolby Vision juga DTS-X untuk sound experience yang maksimum. Model ni juga support dual wifi 2.4GHz dan 5 GHz. Selain Google Assistant, model ni ada juga support bagi Amazon Alexa. Sangat berbaloi dengan semua fungsi yang ada! Pilihan terbaik!
Baca Detail
Preferred+ Store di Shopee
Scan & Add to Cart
QR Code https://shp.ee/yuxbaup
1
1

1. Xiaomi Mi TV Box S (Global Version)

Android Box Terbaik Murah Untuk 4K Streaming
Overview:
Pros: Pilihan 4K murah dgn Netflix dah installed.
Cons: tiada dual WiFi & Bluetooth, hanya Android 8.1.
Spesifikasi - Resolution: 4K | RAM: 2GB | Storage: 8GB | USB: 1 | HDMI: 1 | OS: Android 8.1 | Bluetooth: tiada | Dual WiFi: tiada.
Android Box dari Xiaomi ni merupakan salah satu Android Box terbaik yang popular di pasaran Malaysia. Model ni sesuai untuk korang yang ada WiFi yang power. Ada 1 port utk USB dan 1 lagi utk HDMI. Model ini juga support resolusi 4K. Ada Bluetooth connection dan yang bestnya, model ni juga support sistem audio Dolby+ dan DTS. Dah siap install dalam ni adalah App Google Play Store, Youtube & Netflix. Dengan OS Android 9, 2GB Ram dan 8GB storage, cukup untuk tengok Youtube dalam 4K. Semua ini dengan harga yang murah. Memang best buy! Beli dari Official Store / Preffered Seller kalau nak make sure yang original!
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Scan & Add to Cart
QR Code https://shope.ee/5pWw15uFJw
Scan & Add to Cart
QR Code https://invol.co/cl947dj
2
2

2. X96Q Pro Max Android Box

Andoid Box Bajet Terbaik
Overview:
Pros: Pilihan murah, RAM dan storan tinggi, dgn wireless keyboard.
Cons: tiada dual WiFi.
Spesifikasi - Resolution: 4K | RAM: 4GB | Storage: 64GB | USB: 3 | HDMI: 1 | OS: Android 10 | Bluetooth: ada | Dual WiFi: tiada.
Model Android Box X96Q Pro Max ni popular sebab harganya agak murah. Menggunakan OS Android 10 – dan ianya lengkap dengan Google PlayStore so boleh download app popular macam Youtube, Netflix dan lain-lain tu. Model ni jugak support resolusi output dari Full HD hingga 4K. So tak kira la TV korang tak 4K pun still boleh guna. Kalau ada TV 4K lagi cun! Datang dengan 4GB RAM dan 64GB Storage, jauh lebih banyak dari model lain. Fungsi tambahan lain termasuk: boleh connect mouse dan keyboard wireless, support Bluetooth dan ada slot untuk tambah memory card jugak.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Scan & Add to Cart
QR Code https://shp.ee/4s33rcp
Scan & Add to Cart
QR Code https://invol.co/cl947iz
3
3

3. Mecool KM2 Android TV Box

Android TV Box Dengan Chromecast
Overview:
Pros: Support Dolby Audio, Chromecast, ada dual WiFi.
Cons: RAM dan storan yang biasa.
Spesifikasi - Resolution: 4K | RAM: 2GB | Storage: 8GB | USB: 2 | HDMI: 1 | OS: Android 10 | Bluetooth: ada | Dual WiFi: ada.
Jenama Android Box terbaik dari Mecool ni jadi pilihan ramai sebab ianya antara model Android TV Box murah yang support Dolby Audio. Model KM2 ni Google Certified TV Box yg menggunakan Android version 10 – so ianya support Google Assistant dan ada fungsi Chromecast untuk korang share screen phone/laptop korang ke TV korang. Juga ada Google PlayStore sekali jugak. RAM, slot dan storage sama macam model biasa yang lain tapi model ni support resolusi dari Full HD hingga 4K dengan audio yang power! Nak layan movie Netflix, Disney+ dan HBO baru la mantap bro! Antara pilihan yang baik!
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Scan & Add to Cart
QR Code https://shp.ee/qz55hip
Scan & Add to Cart
QR Code https://invol.co/cl947kk
4
4

4. X96 X6 Android TV Box

Android TV Box Paling Berbaloi Dengan Storage Besar
Overview:
Pros: Design elegan, RAM tinggi, support dual Wifi dgn Android OS 11.
Cons: mahal sikit.
Spesifikasi - Resolution: 4K | RAM: 8GB | Storage: 64GB | USB: 2 | HDMI: 1 | OS: Android 11 | Bluetooth: ada | Dual WiFi: ada.
Android Box X96X6 ni version upgraded sikit dari X96Q Pro Max. Model ni menggunakan OS Android version 11. 8GB RAM yang ada ni memang tinggi, bagus sebab korang tak kan ada masalah apps lagging ke nanti. Storage juga tinggi iaitu 64GB. Sama seperti kebanyakan Android Box terbaik yang lain – ianya datang sekali dengan Remote Control dan juga ada sokongan Bluetooth. Support resolusi Full HD hingga 4K – model ni juga ada Google Assistant dan built-in Google PlayStore, tambah lagi dengan Dual WiFi. Antara Android TV Box terbaik yang ada di pasaran sekarang ni kategori murah. Berbaloi dengan harga!
Baca Detail
Preferred+ Store di Shopee
Preferred+ Store di Shopee
5
5

5. Google Chromecast 3 4K With Google TV

Android Box Untuk Simple Setup
Overview:
Pros: Produk dari Google, Support Dolby Audio & Vision, dual WiFi
Cons: tiada USB, RAM dan storan yg biasa
Spesifikasi - Resolution: 4K | RAM: 2GB | Storage: 8GB | USB: no | HDMI: 1 | OS: Android 10 | Bluetooth: ada | Dual WiFi: ada.
Untuk korang yg nak simple setup, boleh try guna Android TV atau Google TV dari Google ni. Chromecast with Google TV ni version terkini model Chromecast. Asalkan TV korang ada input HDMI – dah boleh guna. Cucuk je belakang TV tu, connect dengan WiFi, settle! Yang best dengan Chromecast ni, korang boleh intergrate dengan semua servis Google. Contohnya mcm kawal Google SmartHome korang dengan remote yg ada tu je guna Google Assistant. Senang. Semestinya ada sekali Google PlayStore untuk download Apps mcm Spotify, Youtube, Netflix dan segala lah guys! Oh ya, ianya datang dengan 2GB RAM dan 8GB Storage & support resolusi 4K jugak! Terbaik!
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Scan & Add to Cart
QR Code https://shp.ee/fjiq73p
Scan & Add to Cart
QR Code https://invol.co/cl94888
Pilihan Ramai
Tanix TX6S Android Box
Shopee

6. Tanix TX6S Android Box

Xiaomi Mi TV Stick FHD
Best Selling
Shopee

7. Xiaomi Mi TV Stick FHD

Realme 4K Smart Google TV Stick
Best Selling
Shopee

8. Realme 4K Smart Google TV Stick

X88 PRO 10 Android Box TV
Shopee

9. X88 PRO 10 Android Box TV

Produk Berkaitan

Orico HDMI 2.0 Cable (2 Meter)
Wajib Ada
Shopee

Orico HDMI 2.0 Cable (2 Meter)

TP-Link AC750 Dual Band Wifi Extender RE205
Rating Terbaik
Lazada

TP-Link AC750 Dual Band Wifi Extender RE205

Choseal Cat7 SFTP Ethernet Cable 22AWG
Lazada

Choseal Cat7 S/FTP Ethernet Cable 22AWG

TP-Link Deco E4 AC1200
Best Selling
Lazada

TP-Link Deco E4 AC1200 Wifi Extender

Kesimpulan

Pilihan kami untuk Android Box Terbaik terikat kepada kriteria berikut:

  • Resolusi: 4K & ke atas.
  • RAM: 2GB & ke atas.
  • Storage: 8GB dan ke atas.
  • Versi OS: Android 10 & ke atas.
  • Specs Lain: Ada yang dilengkapi Dolby Audio, Dual Band WiFi & lebih dari 2 USB port.

 

Setelah pertimbangan yang teliti, kami memilih Android Box berikut:

 

Pilihan Premium: NVIDIA Shield Pro jadi pilihan utama dan terbaik kami secara keseluruhan kalau korang cari pengalaman streaming yang lancar dengan output video dan audio berkualiti tinggi. Tapi, model ni agak mahal, macam yang korang boleh expect lah dengan feature dia.

Pilihan Mid-Range: Kalau korang takda bajet yang besar, Mecool KM2, X96 X6, dan Google Chromecast semua pilihan yang solid.

Pilihan Bajet: Xiaomi Mi Box dan X96Q Pro Max pula ada feature yang masih lagi bagus untuk 2023, tapi dengan harga lebih murah.

Apa Itu Android Box?

Android Box ialah peranti yang membolehkan korang connect TV biasa ke Internet dan stream dari aplikasi seperti Youtube atau Netflix. Maksudnya, kornag boleh download, store dan run app, sama seperti peranti lain seperti telefon pintar, tetapi dengan TV biasa korang sebagai peranti paparan (display device).

Panduan Beli Android Box

Ada beberapa perkara asas yang perlu korang pertimbangkan sebelum beli Android Box:

1. Check Resolusi

Sebelum beli Android Box, check dulu resolusi yang disokong oleh Android Box korang dan resolusi TV korang. Untuk dapatkan pengalaman terbaik, pastikan Android Box dapat sokong resolusi TV. Jangan terbeli Android Box untuk 1080p tapi ada TV 4K, rugi pulak! Jadi pilih je versi 4K sebab harga tak beza sangat pun.

2. Check Keserasian

Kebanyakan TV moden boleh disambungkan dengan Android Box dengan kabel HDMI. Apa pun, check jugak kalau TV korang ada slot HDMI.

3. Dapatkan RAM Lebih Daripada 2GB RAM

Random Access Memory (RAM) adalah komponen penting Android TV Box yang menentukan seberapa laju peranti ni beroperasi. Dari segi RAM, kami tak sarankan beli model dengan 1GB RAM. Untuk kebanyakan orang, memang buang duit je. Pilih peranti dengan 2GB RAM atau ke atas. Tapi model dengan 8GB ke atas tu mungkin terlampau banyak. Korang tak perlu RAM sampai 8GB pun.

4. Dapatkan Storage 8GB 

Saiz storage dalam Android Box juga satu faktor yang korang perlu pertimbangkan. Kalau korang plan nak stream content je (contoh: tengok Youtube/Netflix), 8GB dah cukup. Kalau nak simpan banyak apps atau video files, pilih Android Box dengan storage yang besar sikit.

5. Sokongan Audio & Video

Format audio dan video yang disokong oleh Android Box boleh menentukan kualiti output imej di TV. Pastikan peranti ni dapat menyokong format audio seperti Dolby Digital dan DTS.

6. Check Connectivity

Korang kena check berapa banyak port HDMI dan USB yang ada untuk make sure korang boleh connect dengan peranti lain. Jangan lupa  check connectivity macam Wi-Fi dan Ethernet, kalau boleh, korang pilih la peranti yang ada Dual Band WiFi sebab lebih banyak connectivity options. Ada juga model high-end yang ada connectivity Bluetooth, so korang boleh connect dengan alat-alat audio seperti Earbuds dan Speaker tanpa wayar.

7. Kawalan Jauh & User Interface

Biasanya, Android Box ni akan datang dengan kawalan jauh. Tak kisah la bentuk kawalan jauh tu macam mana, korang tak perlu risau bila nak navigate, lambat laun akan pandai jugak. Tapi kalau kawalan jauh tu ada kawalan suara, memang senang habis! Sebab memang susah nak taip kat user interface Android Box tu. So, kawalan suara tu memang jadi benda wajib kalau korang nak beli Android Box.

8. Harga

Kebanyakan Android Box di Malaysia dijual pada harga antara RM100 hingga RM300, tergantung kepada ciri-ciri, spesifikasi dan prestasi yang ditawarkan. Yang mempunyai spesifikasi tinggi pula biasanya dijual dengan harga antara RM300 hingga RM800.

TV Apa Perlu Android Box?

Tak semua TV perlukan Android Box. Korang kena check dulu TV korang jenis apa:

TV Bukan Jenis Smart TV/Android TV

Kalau TV korang TV biasa je, takda built-in app store atau bukan Android TV, korang perlukan Android TV Box. Dengan android box, korang boleh install app tanpa perlu bayar banyak duit untuk beli Smart TV atau Android TV.

TV Jenis Smart TV

Kalau TV korang jenis Smart TV yang tak pakai Android Operating System, korang boleh guna Android TV Box untuk dapatkan Android OS dan akses ke Google Play Store. Kalau tak, korang kena download apps dari App Store yang lain yang mungkin tak sebagus Google Play Store.

TV Jenis Android TV

Korang mungkin tak perlu Android TV Box kecuali kalau nak apps tertentu yang tak ada dekat Google Play Store.

Kalau berminat nak dapatkan Smart TV atau Android TV terus, boleh tengok rekomendasi Smart TV 4K & Android TV kami.

Adakah Android Box Haram di Malaysia?

Android Box itu sendiri tidak menyalahi undang-undang sebab ia hanyalah peranti yang sambung ke aplikasi seperti YouTube, Netflix atau Disney+. Walau bagaimanapun, sambungan tanpa kebenaran atau kandungan haram yang bertentangan dengan undang-undang harta intelek mungkin tak dibenarkan.

Kalau korang hanya guna streaming apps percuma seperti YouTube, atau mempunyai langganan kepada app berbayar seperti Netflix, atau memuat turun filem secara sah, tak perlu risau.

Video : Panduan Detail Android Box

Advertisement

Soalan Lazim

Android Box membolehkan TV yang bukan Smart TV untuk menggunakan aplikasi TV yg boleh di install dari ke dalam Android Box seperti Youtube, Netflix, Kodi, Disney+, HBO dan banyak lagi sama ada melalui Google PlayStore atau pun dari custom app APK.
Pastikan Resolusi TV tepat dengan resolusi yang Android Box support. Selain itu, storage, RAM dan jenis cable juga memain peranan penting.
Kebanyakan Android Box menggunakan HDMI ‘cable’ untuk sambung ke TV. Pastikan TV anda ada HDMI ‘port’ dan cuma sambungkan HDMI ‘cable’ dari Android Box ke TV.
#Hashtag
Share Artikel Ini
Share info ini

Artikel ini ditulis oleh

Joe Shoptrack
Joe Shoptrack
Tech, DIY dan travel antara topik yang sering menjadi bacaan Joe. Seorang yang chill dan santai seperti berjalan di tepi pantai.