Read this article in : English
Top 10 Air Cooler Terbaik Malaysia 2022 (Murah & Berkualiti)
- Last update 5 Ogos 2022
- 10:24 pm
- Baca dalam 3 minit
- 21,918

Nak udara bilik rasa sejuk macam Aircond tapi budget tak berapa banyak? Jom kita tengok 10 jenama Air Cooler terbaik di Malaysia yang ada kat Shopee & Lazada ni. Murah je guys!
Air cooler boleh jadi pilihan yang lebih bijak bagi sesetengah orang berbanding air cond. Air cond bukan saja lebih mahal tapi ada kos maintenance yang tak nampak bila kita beli. Air cooler lebih murah, senang nak maintain dan lebih bagus untuk alam sekitar dari air cond. Sebab tu nak bayar bil elektrik pun takdalah berpeluh!
Air Cooler Vs Air Cond
Kelebihan Air Cooler
- Air cooler jauh lebih murah
- Air cooler lebih senang pakai & maintain
- Air cooler tiada kos memasang
- Air cooler jauh lebih jimat elektrik
- Air cooler adalah ‘portable’
Kekurangan Air Cooler
- Air cooler tak boleh capai suhu rendah secara konsisten seperti Air Cond
- Perlu isi air (atau pek ais untuk lebih sejuk)
- Perlu tukar filter selepas beberapa bulan
Perbezaan antara air cooler dan air conditioner dari segi praktikal terletak dari segi kesesuaian dan pengunaan. Secara am, kedua-dua jenis mesin akan membantu merendahkan suhu bilik atau rumah, tapi harga air cooler lebih murah dan senang untuk pakai dan maintain, tak perlu fikir kos memasang, tak pakai banyak elektrik macam air cond dan selalunya dalam bentuk ‘portable’.
Kelemahan air cooler pula ialah korang kena tukar filter sebulan sekali dan perlu letak air untuk merendahkan suhu bilik atau (pek ais untuk lebih sejuk). Jadi, kalau korang tak kisah tukar filter sekali-sekala, tak perlu belanja banyak untuk air cond, air cooler mungkin pilihan lebih bijak.
Still nak Air Cond? Tengok list Air Cond Terbaik kami. Kalau korang hanya nak buat udara lebih bersih atau kurang berbau, tengok rekomendasi Air Purifier atau Air Humidifier kami.
Boleh dibeli di :
Point Ringkas & List
Air Cooler Terbaik di Malaysia
PerySmith Air Cooler Zefer Series T9
Midea MAC-120AR Air Cooler
Air Cooler ni cara dia berfungsi adalah bila kita letak air dalam tanki dalam Air Cooler tu, udara panas akan disedut kedalam dan disejukkan sebelum dikeluarkan balik ke bilik korang. So lagi besar tanki air tu, lagi lama la dia boleh tahan. Tanki air jenama air cooler Midea MAC-120AR ni memang besar dengan kapasiti 10L (berbanding model lain yang selalu 6L kebawah). Tambah lagi ada 2 kotak ais kalau korang nak lebih sejuk. Korang boleh jugak guna produk ni sebagai kipas, humidifier dan air purifier. Disebabkan tanki besar 10L yang jarang jumpa di model lain, air cooler ni jadi pilihan pertama air cooler terbaik Shoptrack.
Sharp PJA36TVB Air Cooler
Apa yang saya suka pasal Air Cooler Sharp PJA36TVB adalah dia senang nak bersihkan dan maintain. Model ni kita kena letak air sejuk (kapasiti 6L). Lepas tu produk ni akan keluarkan wap air yang akan menyejukkan rumah korang. Kalau nak lagi sejuk, boleh letak 4 pek ais. Dari segi kekuatan penyejukan, kalau korang dalam bilik tidur boleh la rasa macam aircond sikit tapi tak sesuai untuk ruang tamu yang lebih besar. Tapi dia tak pakai sangat elektrik berbanding Air Cooler lain so takda lah melambung bil elektrik nanti. Definitely salah satu air cooler terbaik.
Khind Air Cooler EAC600
Air Cooler terbaik buatan Malaysia berjenama Khind jenis EAC600 ini dinobatkan sebagai Air Cooler mesra tidur terbaik sebab ia mempunyai mod tidur, jadi Air Cooler EAC600 kekal senyap walaupun dengan kelajuan kipas yang tinggi. Malah, harga nya dalam kategori sederhana. Ianya mempunyai pemegang di bahagian atas dan roda untuk mudah alih dan saiznya yang kompak dengan tangki air berkapasiti 6L, memberikan rasa sejuk yang sederhana kerana hanya sesuai digunakan bilik yang kecil - dengan keluasan efektif 10m2. Penggunaan kuasa pun dalam 65W, agak rendah, bagus jika perlu kerap digunakan untuk hari yang panas. Ianya juga mempunyai sudut ayunan yang lebar untuk rasa sejuk yang lebih baik, dan dilengkapi dengan 3 pilihan kelajuan angin dan timer yang bertahan hingga 7 jam. Jika terlalu panas, korang juga boleh menggunakan pek ais yang ada dalam setiap set pembelian untuk membantu menyejukkan bilik. Selain itu, ianya juga mempunyai perlindungan pam tutup automatik apabila tangki tidak ada air, dapat mengelakkan Air Cooler jadi terlalu panas.
Midea Air Cooler (7L) MAC-107AR
Antara Air Cooler lain keluaran Midea ialah Air Cooler MAC 107AR. Apa yang membezakan Air Cooler ini dengan yang lain adalah bentuknya yang tipis dan tinggi berbanding reka bentuk Air Cooler lain seperti kotak dan segi empat tepat biasa. Walaupun tampak kecil, tangki air nya berkapasiti sederhana sebanyak 7L. Penggunaan kuasa pun dalam 65W, agak rendah, bagus jika perlu kerap digunakan untuk hari yang panas. Midea Slim Tower Air Cooler ini datang dengan alat kawalan jauh dengan paparan LED untuk menunjukkan dengan jelas pilihan kawalan 3 mod kelajuan angin - angin biasa, angin semula jadi dan angin tidur. Selain dari timer sehingga 7 jam, ada juga fungsi humid untuk rasa angin yang lebih sejuk.
Pensonic PAC105M Air Cooler
Dari segi tanki air, model Air Cooler Pensonic PAC105M ni lebih besar dengan 7L tanki air berbanding 6L yang standard, membuatkan kekuatan penyejukan mungkin lebih cepat dan tahan lebih lama. Kekuatan kipas boleh adjust sehingga 3 tahap, ada auto-swing dan datang dengan 2 pek ais. Walaupun tak secanggih atau lawa macam model lain, model ni memang berbaloi dengan harganya.
Soalan Lazim
Artikel ini ditulis oleh
