Read this article in : English
Top 10 Action Camera Terbaik & Bagus 2024 (4K + Tahan Lasak)
- Last update 29 Januari 2024
- 12:55 pm
- Baca dalam 5 minitÂ
- 8,949
Hari ini : ✨ 10.10 Super Brand Sale di Shopee & Lazada! Diskaun Sehingga 60%! Lebih Jimat, Lebih Bijak!
Bila kita pergi Travel atau buat aktiviti lasak / sukan macam berenang, hiking atau diving, Action Camera memang sesuai jadi companion berbanding kamera DSLR. Yes, boleh je korang nak tangkap pakai Smartphone, tapi nanti bateri cepat habis pulak, dah kena bawak powerbank. Kan berat bag nanti. Action Camera terbaik ni kebanyakannya kecil, ringan, kalis air, mudah alih dan boleh pasang hampir dekat semua tempat macam helmet, papan luncur, basikal ataupun dekat badan korang! Sebab tu Action Camera ni pilihan kamera popular untuk Vlogger.
Kalau dulu korang tahu GoPro je kan? Sekarang ni ada banyak pilihan Action Camera murah dengan pelbagai jenama dari level bajet ke level pro dengan kualiti video yang canggih. Nak transfer gambar direct pergi Laptop pun senang. OK jom hari ni kita nak tengok 10 Action Camera untuk Travel yang ada di pasaran Malaysia – korang boleh dapat dari Shopee dan Lazada!
Tips Pilih Action Camera Terbaik
Budget & Saiz Camera
Dari budget yang ada korang boleh tentukan nak grab jenama Action Camera Terbaik yang mana. Saiz pula bergantung kepada korang nak guna untuk apa, contoh kalau korang suka vlogging, boleh pilih Action Camera yang jenis handheld dan kecil.
Resolusi Video & Lens Angle
Ciri yang paling penting bila nak beli camera apa pun mestilah resolusi video. Pastikan korang pilih Action Camera yg support resolusi tinggi macam UltraHD(2K), 4K dan sekarang ada jugak model yg sampai 8K. Ambil kira Frame per Second (fps) juga guys – senang faham, lagi tinggi support utk FPS ni maksudnya lagi nampak smooth dan real video korang, bagus untuk nak shot slow motion tak pun timelapse video. Kalau ada budget, pilih action camera yg ada support resolusi 4K dan keatas – sebab lagi tinggi resolusi lagi sharp video korang.
Kalau Lens Angle pulak, ada banyak jenis yang ditawarkan macam wide, super wide, 360° dan lain-lain. Depends korang suka style video macam mana, nak nampak luas cari yang superwide, kalau 360° angle pulak korang akan dapat hasil persekitaran yang menyeluruh. So kalau korang nak guna untuk vlogging, 360° angle pilihan yang bijak.
Kestabilan Camera
Disebabkan korang akan guna Action Camera ni bila lakukan aktiviti yang banyak involve pergerakan, kestabilan camera beri peranan penting untuk pastikan rakaman video korang kurang gegaran. So pilih la Action Camera yang datang dengan kelebihan teknologi penstabilan dan anti-gegar.
Battery & Memory Card
Ada Action Camera yang datang dengan pek bateri ekstra, kalau boleh pilih Action Camera yang tawarkan kapasiti bateri yang tinggi untuk elakkan korang kena caj banyak kali atau bawak banyak bateri tambahan.
Selain itu, pemilihan jenis Memory Card juga sangat penting guys. Kalau korang beli Action Camera beresolusi 4K, pastikan korang pilih memory card yang support 4K. Kalau tanya kami, kami suggest beli memory card yang ada label ni – SDXC UHS-I U3 V30 Class untuk output video yang smooth dan tak lag. Kebanyakan Action Camera sekarang support sekurang-kurangnya sampai 128GB kapasiti. Kalau lebih, lagi banyak file korang boleh simpan.
Jenama Action Camera Terbaik di Malaysia 2024
DJI Osmo Action 3 Action Camera
Scan & Add to Cart
Insta360 GO2 - Flow State Action Camera
Scan & Add to Cart
GoPro HERO10 Black
Scan & Add to Cart
AKASO Brave 7 LE
Scan & Add to Cart
Insta360 One X2 - 360° Sports & Action
Scan & Add to Cart