fbpx
Shoptrack Logo

Media Shopping No.1 di Malaysia

Read this article in : English

Top 10 Kipas Berdiri Terbaik Malaysia 2024 (Jimat Elektrik)

Hari ini : ✨ Raya Sale di Shopee & Lazada! Diskaun menarik sempena Raya tahun ini! Lebih Jimat, Lebih Bijak! 🌙

Kipas Berdiri Terbaik Murah
"Extra kipas kat bilik, senang & murah!"

Musim panas ni, ramai yang cari Kipas Angin Berdiri untuk tambah sejuk sikit rumah dan office. Kalau musim panas sgt tu, kadang-kadang Kipas Siling dah pasang, tapi masih panas kan? Ada extra Kipas Berdiri Terbaik memang membantu.

Antara tips yang perlu korang pertimbangkan sebelum beli Kipas Angin Berdiri ni adalah pilih Kipas Angin Berdiri dari jenama berkualiti dan ada faktor penjimatan elektrik dengan rating 4-5 bintang. Banyak je brand Kipas Angin berdiri murah yg bagus kat Shopee dan Lazada tu – beli online, siap hantar dan ada juga yg datang sekali dengan pakej pemasangan. Tak pening dah kan? Settle!

Nanti bila korang ada budget lebih sikit, nak rasa lagi sejuk boleh pasang Aircond terus atau Air Cooler je!

Kipas Pedestal vs Kipas Tower

Jangan pening nak pilih jenis apa, sebab keduanya ada fungsi asas yg sama. Ok jom kita tengok apa beza antara dua jenis Kipas Angin Berdiri ini:

Kipas Angin jenis Pedestal

Tapak kipas jenis ini berbentuk bulat dan mempunyai design normal yang standard, ada bilah dan gril di luar. Malah boleh adjust ketinggian dah arah kipas. Harganya mampu milik sebab itu lebih diguna oleh ramai orang. Kebanyakannya lengkap ciri standard seperti timer, tetapan kelajuan, mod angin dan lain-lain.

Kipas Angin jenis Tower

Berbanding dengan kipas biasa, ianya menarik dan mempunyai daya tarikan estetik sebab tampak lebih moden dengan bentuk yang tinggi dan slim. Kipas Angin Berdiri jenis ini memberikan rasa angin yang direct dan lembut.Jadi, apabila diletakkan dekat dengan tempat duduk, boleh sejukkan kawasan itu dengan cepat.

Share Artikel Ini
Point Ringkas & List
Pilihan Shoptrack

Jenama Kipas Berdiri Murah Terbaik di Malaysia 2024

Recommended
4.7/5
4.7/5
Raya Mega Sale Malaysia 2024
QR Code https://shope.ee/2AZWmFVOoC
Recommended
⚡ Raya Sale: Best Price, Save More Today!

Dyson Air Multiplier AM07 Tower Fan

Kipas Berdiri Terbaik jenis Tower
Overview:
Penggunaan kuasa 56W + berat produk 2.85kg
10 tetapan kelajuan, sleep timer dari 15 minit sehingga 9 jam
Boleh dikawal dengan alat kawalan jauh, ciri keselamatan tiada bilah
Pilihan Kipas Berdiri Terbaik dari Shoptrack ialah Air Multiplier AM07 Tower Fan dari Dyson walaupun harganya lebih tinggi daripada kebanyakan Kipas Angin Berdiri yang lain. Jenama Dyson memang dikenali ramai dengan design ringkas dan modern, nampak cantik dan ringan untuk diletakkan di mana-mana ruang. Ada dua pilihan warna minimalis iaitu putih dan silver. Reka bentuk nya tanpa bilah lebih selamat dan mudah dibersihkan kerana ia tidak mempunyai gril atau bilah yang mengumpulkan habuk. Malah, dengan Air Multiplier Technology, ia memberikan aliran udara yang kuat dan konsisten dengan berkelajuan tinggi, jadi hembusan udara terasa lembut je. Sudut ayunan juga sehingga 90°. Selain itu, tiada bunyi bilah berpusing yang menjengkelkan dengan ciri akustik, tanpa memberi gangguan bunyi masa korang tidur. Korang juga boleh adjust 10 kelajuan berbeza dengan alat kawalan jauh yang magnetik. Alat kawalan jauh itu boleh letak atas kipas secara magnetik, sangat berguna sebab selalunya cenderung untuk hilang kan. Malah, korang boleh menetapkan timer untuk mematikan kipas secara automatik pada 15, 30 atau 45 minit atau kenaikan setiap jam sehingga sembilan jam lebih awal. Ciri ini antara ciri Kipas Berdiri terbaik sebab menjimatkan kuasa, dan menjimatkan masalah untuk bangun dari tidur untuk mematikan kipas pada waktu malam.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
1
Raya Mega Sale Malaysia 2024
Shopee
QR Code https://shope.ee/5KWYY8dnNZ
Lazada
QR Code https://invol.co/clagn9z

Scan & Add to Cart

1
⚡ Raya Sale: Best Price, Save More Today!

Khind 14" Antique Stand Fan SF141

Kipas Berdiri Terbaik design cantik
Overview:
Penggunaan kuasa 50W + berat produk 5.8kg
3 tetapan kelajuan
Ketinggian boleh diselaraskan, ada fius haba keselamatan
Bagi yang suka design vintaj dan antik, sangat recommend Kipas Berdiri Terbaik 14” Antique SF141 dari Khind. Ianya diperbuat dari logam dan dengan kemasan warna Antique Brass, memang nampak macam Kipas Berdiri antik. Malah ketinggian Kipas Angin Berdiri ini boleh diselaraskan ikut ketinggian yang korang nak. Ada 3 tetapan kelajuan yang korang boleh tukar dengan pusingkan suis pada kipas je. Ia mempunyai fius haba terbina dalam sebagai ciri keselamatan. Fius ini akan memutuskan kuasa elektrik apabila ia mengesan Kipas Angin Berdiri itu terlalu panas. Korang juga boleh jimat penggunaan elektrik sebab penggunaan kuasanya hanya 50W. Tapi jangan risau, walaupun tidak menggunakan kuasa elektrik yang tinggi, angin masih terasa kuat dengan 4 bilah kipas logam 14 inci itu. Beratnya pula hanya 5.8kg, ibarat seperti mengangkat bayi 6 bulan.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
2
Raya Mega Sale Malaysia 2024
Shopee
QR Code https://shope.ee/5AD8Lqr9l3
Lazada
QR Code https://invol.co/clagncy

Scan & Add to Cart

2
⚡ Raya Sale: Best Price, Save More Today!

Mistral Stand Fan With Remote (16") MSF1615R

Overview:
Penggunaan kuasa 60W + berat produk 8.8kg
3 tetapan kelajuan, 4 mod angin dan ada timer 1/2/4/8 jam
Ada remote control, ada fius haba keselamatan dan Fan Guard
Kipas Angin Berdiri dari Mistral bercorak kayu dan berwarna hitam matte ini agak berat dengan 8.8kg, ianya mempunyai 4 bilah kipas diperbuat dari logam dan sangat kukuh sebab mempunyai tapak bawah yang berat. Kipas ini ada 3 tetapan kelajuan, 4 mod angin dan ada timer sehingga 8 jam yang boleh dikawal dengan alat kawalan jauh. Bagi yang pentingkan ciri keselamatan, jangan risau sebab ada fius haba terbina terbina dalam mengelakkan kipas dari terlalu panas dan Fan Guard sebagai penghalang untuk memberikan perlindungan pada jari atau objek lain. Penggunaan kuasa tenaga digunakan agak sederhana dengan 60W, jadi pakai dengan kerap pun tiada masalah.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
3
Raya Mega Sale Malaysia 2024
Shopee
QR Code https://shope.ee/6KP5k0zZxJ
Lazada
QR Code https://invol.co/clagnem

Scan & Add to Cart

3
⚡ Raya Sale: Best Price, Save More Today!

Opolar 10,000mAh Portable Fan

Kipas Berdiri Terbaik portable
Overview:
Penggunaan kuasa bateri 10000mAh + berat produk 0.93kg
3 tetapan kelajuan
Pelbagai fungsi, design portable dan mudah alih, boleh dicas dan cordless
Pilihan Kipas Berdiri Terbaik Shoptrack seterusnya ialah Kipas Angin yang sangat ringan dari Opolar, hanya menggunakan bateri 10000mAh yang boleh dicas dan digunakan secara cordless sehingga 5-20 jam bergantung pada kelajuan kipas. Ketinggian Kipas Angin Berdiri ini boleh dilaraskan sepenuhnya daripada 4.3″ hingga 39.3″ dan sudut kecondongan boleh laras 180°, sudut hayunan mendatar 90°, memberikan korang lebih banyak pilihan dalam ketinggian dan sudut yang berbeza. Sesuai untuk dibawa kemana mana sahaja sebab ianya ringan, boleh dilipat dan mudah dibawa di dalam beg sama ada digunakan sama ada untuk piknik di luar, atau nak letak kan di meja pejabat mahupun dijadikan sebagai kipas desktop.Kipas Angin Berdiri dari Opolar ini hanya ada warna hitam jadi senang nak bersihkan kalau Kipas Angin ini kotor.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Advertisement
Advertisement
4
Raya Mega Sale Malaysia 2024
Shopee
QR Code https://shope.ee/1L0Pn5L5TU
Lazada
QR Code https://invol.co/clagng2

Scan & Add to Cart

4
⚡ Raya Sale: Best Price, Save More Today!

Toshiba Stand Fan (16") F-LSA10(W) MY F-SYA10(G)MY

Kipas Berdiri Terbaik murah
Overview:
Penggunaan kuasa 55W + berat produk 7kg
3 tetapan kelajuan, 4 mod angin dan ada timer sehingga 120 minit
Ada remote control, ada 4 mod angin dan auto tutup selepas 12 jam tidak digunakan
Kipas Berdiri Terbaik pilihan Shoptrack seterusnya ialah dari Toshiba. Ada 3 jenis pilihan iaitu F-LSA10(W) MY Timer , F-LSD10 Inverter berwarna putih, dan F-SYA10(G)MY berwarna kelabu. Kipas Angin Berdiri ini boleh dikawal dengan alat kawalan jauh, boleh pilih mod angin sama ada mod angin normal, mod angin natural, mod tidur dan mod senyap, dan boleh pilih 3 tetapan kelajuan. Malah, sudut oscillation Kipas Angin ini boleh bergerak sehingga 80° membolehkan angin terasa ke seluruh ruang. Bagi yang suka kan Kipas Angin Berdiri yang dapat menjimatkan tenaga, sangat rekomen Kipas Angin dari Toshiba ini. Penggunaan kuasa tenaga elektrik hanyalah 50W. Ada timer sehingga 120 minit, jadi kipas akan auto tutup. Kipas Berdiri ini ada 5 bilah, kecuali jenis Inverter itu ada 9 bilah kipas yang bentuknya seperti tanduk. Reka bentuk bilah kipas yang besar membawa lebih banyak isipadu udara dan memberi angin ke jarak yang lebih jauh. Selain itu, bilah kipas diperbuat dari ABS, ringan dan senang untuk diangkat untuk mencuci kotoran. Ianya juga agak kukuh dengan beratnya 7kg.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
5
Raya Mega Sale Malaysia 2024
Shopee
QR Code https://shope.ee/8pElGYP7Jo
Lazada
QR Code https://invol.co/clh8okc

Scan & Add to Cart

5
⚡ Raya Sale: Best Price, Save More Today!

Pensonic Stand Fan 16" PSF-4603B

Overview:
Penggunaan kuasa 60W + berat produk 7.2kg
3 tetapan kelajuan
Bilah Kipas Angin Berdiri dengan Spider Guard dan boleh di condongkan
Kalau korang suka kan warna kelainan, sangat rekomen Kipas Angin Berdiri 16″ PSF-4603B dari Pensonic sebab 4 bilah logam kipas itu dicat dengan kemasan warna chrome yang menarik. Berat Kipas Angin Berdiri ini ialah 7.2kg, jadi ianya kukuh dan tidak mudah bergoyang walaupun digunakan sehingga tetapan kelajuan yang paling tinggi. Selain fungsi ayunan, kipas ini juga boleh dicondongkan ke atas dan ke bawah. Malah, ada 3 tetapan kelajuan yang korang boleh tukar dengan pusingkan suis pada kipas je. Bilah Kipas Angin Berdiri ini juga direka dengan Spider Guard untuk menghalang objek daripada terkena kipas. Selain itu, ketinggian kipas boleh diselaraskan sehingga 130cm maksimum. Dengan penggunaan kuasa sederhana 60W, korang tak perlu risau bil elektrik yang tinggi walaupun digunakan dengan kerap terutama pada hari yang panas.
Baca Detail
Lihat Harga Terkini di Store Popular
Pilihan Ramai
Rating Terbaik
Mistral Remote Tower Fan MFD4880R

Mistral Remote Tower Fan MFD4880R

Lihat Harga Terkini
Best Selling
Xiaomi Smart Standing Fan 2 Lite

Xiaomi Smart Standing Fan 2 Lite

Lihat Harga Terkini
Elba 16 Inch Stand Fan ESF-J1656(BK)

ELBA 16 Inch Stand Fan ESF-J1656(BK)

Lihat Harga Terkini
Deerma Floor Fan 16 Inch MF16B-8

Deerma Floor Fan 16 Inch MF16B-8

Lihat Harga Terkini

Produk Berkaitan

Wajib Ada
Opolar-10,000mAh-Portable-Clip-Fan

Opolar 10,000mAh Portable Clip Fan

Lihat Harga Terkini
Best Selling
Opolar-20,000mAh-Rechargeable-Fan-+-Remote

Opolar 20,000mAh Rechargeable Fan + Remote

Lihat Harga Terkini
Best Selling
Yoobao-EN300WLPD-G2-Power-Station-(72000mAh)

Yoobao EN300WLPD-G2 Power Station (72000mAh)

Lihat Harga Terkini
Anker-521-Solar-Power-Station-200W-(80000mAh)

Anker 521 Solar Power Station 200W (80000mAh)

Lihat Harga Terkini
Share Artikel Ini
Advertisement

Soalan Lazim

Antara jenama Kipas Angin Berdiri jimat elektrik yang popular di Malaysia ialah Dyson, Khind, Opolar dan Toshiba.
Bergantung dengan keperluan korang sebenarnya. Kalau nak jimat ruang, design modern, dan lebih senyap bagus pilih Kipas jenis Tower. Tapi kalau nak yang boleh adjust ketinggian, angin lebih kuat bagus pilih Kipas jenis Normal (Pedestal).
Harga anggaran Kipas Angin Berdiri yang bagus ialah dari RM85 sehingga RM1,100.
#Hashtag
Artikel ini ditulis oleh
Kiah Shoptrack
Kiah Shoptrack
Homemaker yang positif dan friendly. Food dan baking memang favourite 'things to explore' Kiah. Add to cart pulak adalah satu theraphy bagi Kiah. Haiiii!
Inspirasi Travel
REVIEW BERKAITAN
Lihat kategori lain
error: Content is protected.