fbpx

Read this article in : English

(Review) Trapo Oxtra Air Purifier Kereta dengan 3 Lapisan Penapis Berkualiti

Trapo Oxtra Car Air Purifier Lite Review
"Air Purifier Portable yang berkualiti!"

Kesihatan adalah satu perkara yg berharga bagi setiap individu. Lagi-lagi zaman sekarang ni, macam-macam penyakit kita tengok sekeliling kita kawan-kawan, family kita kena. Demam, selsema dan batuk sebagai contoh. Salah satu punca penyebaran penyakit ni yg kita tahu is dari udara. Kualiti udara yg bersih dan bebas bakteria sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam melindungi diri dan keluarga dari penyakit-penyakit bawaan udara mcm ni.

Trapo Oxtra Air Purifier Lite

Kalau dalam ruangan tertutup macam rumah dan office, biasanya kita boleh pasang Air Purifier rumah sebagai alat tambahan menapis udara sekitar kan? Tapi ramai tak tahu yg ada je Air Purifier jenis mudah alih atau on-the-go sebenarnya! Trapo Oxtra Air Purifier Lite – Air Purifier senang pasang guna USB-power je gais.

Trapo Oxtra Air Purifier Lite Filter
Trapo Oxtra Air Purifier Lite Filter

 

Trapo Oxtra Air Purifier Lite Features
Trapo Oxtra Air Purifier Lite Features

Trapo Oxtra Air Purifier Lite Unboxing Video

Advertisement

Point Penting

Air Purifier Jenis USB

Model Air Purifier dari Trapo ni jenis travel-friendly dan sangat sesuai untuk letak dalam kereta, atas table office tak pun boleh bawak sekali kalau korang travel nanti. Asalkan ada USB cable yg boleh supply power, selesai masalah. Air Purifier jenis macam ni simple dan senang nak maintain, even pakai Powerbank pun still boleh on. Senang kan?

Trapo Oxtra Air Purifier Lite USB
Trapo Oxtra Air Purifier Lite USB

Air Purifier Berkualiti Dengan 3 Jenis Penapis Udara

Trapo Oxtra Air Purifier Lite ni lengkap dengan 3 jenis penapis udara atau filter yang biasa ada dipasang pada Air Purifier untuk rumah dan pejabat kita tu. Ada filter N95, Active Carbon & Silver Ion Antivirus Filter yang berfungsi untuk menapis habuk, bakteria serta virus di dalam udara. Filter bagi Air Purifier dari Trapo ni dibuat oleh Medicos – yang boleh bertahan sehingga 300 jam atau 5 bulan penggunaan. Lama kan? Oh ya, Medicos ni company Malaysia yang buat mask muka surgical dan pembekal mask kepada hospital dan institusi kesihatan di Malaysia. Jadi filter yg ada dalam Air Purifier ni memang berkualiti dan yg penting ianya mematuhi standard piawaian yg ditetapkan.

Trapo Oxtra Air Purifier Lite Filter Placement
Trapo Oxtra Air Purifier Lite Filter Placement

Kelebihan Trapo Oxtra Air Purifier Lite

Air Purifier portable dari Trapo ni datang dengan 3 mode kelajuan – berserta lampu LED. Design yang simple dan stabil untuk kita letak dalam kereta atau pun atas mana-mana permukaan yang rata. Bila dipasang, ianya tidak menghasilkan bunyi yang bising pun. Jadi, tak ada la mengganggu kalau ada anak bayi kecil kan? Selesa, selamat dan segar!

Trapo Oxtra Air Purifier Lite Power Button
Trapo Oxtra Air Purifier Lite Power Button

Link Cepat

Trapo Oxtra Car Air Purifier Lite
Recommended
Trapo Oxtra Car Air Purifier Lite
Equipped with the 3-in-1 Antivirus Filter from MEDICOS
Lazada
RM174
Trapo Hygienic Car Mat
Best Selling
Trapo Hygienic Car Mat
Antibacterial Car Mat up to 99.9% and more durable than ever.
Lazada
From RM173
Advertisement

Kesimpulan

Air Purifier yang bagus untuk rumah dan office dah ada kan? Jadi, untuk korang yg mementingkan kesihatan dan udara yg berkualiti dalam kereta, memang recommended sangat untuk try Trapo Oxtra Air Purifier Lite ni. Simple design, harga mampu milik – boleh beli terus dari website Trapo, tak pun beli kat Shopee atau Lazada je. Settle!

Jenama Trapo ni ada banyak jugak range produk-produk aksesori kereta lain yg berguna dan menarik  macam Cup Coaster, Magnetic Car Phone Holder, Hygienic Car Mat dan Car Vacuum. Produk berkualiti dengan harga yang berbaloi! Car Mat Trapo tu nampak macam best je tu gais. Tengok je kat Official Store diorang tu!

Trapo Oxtra Cup Coaster & Magnetic Phone Holder
Trapo Oxtra Cup Coaster & Magnetic Phone Holder

#Hashtag

Share Artikel Ini

Send this to a friend