Read this article in : English
(Review) Trapo Classic Mark III : Alas Kereta Kalis Air Senang Cuci
- Last update 18 November 2022
- 10:34 pm
- Baca dalam < 1 minit
- 619
6 tahun dalam industri aksesori automotif Malaysia, Trapo sememangnya tahu apa yang terbaik untuk dalaman kereta. Selain daripada Air Purifier kereta terlaris diorang, Trapo Oxtra Air Purifier, memperkenalkan produk signature Trapo iaitu Alas Kereta Antibakteria yang terdapat dalam 4 jenis rangkaian berbeza, Trapo Classic Mark III, Trapo HEX II, Trapo ECO II dan Trapo Boot.
Dari keempat-empat alas, Trapo Classic Mark III adalah pilihan paling popular. Sekarang ni nak beli pun senang je gais, boleh order online je tak perlu lagi nak spend masa pergi showroom untuk order alas kereta yang khas untuk kereta korang. Dah la dapat penghantaran percuma! Korang hanya perlu pilih model kereta korang dekat laman web dan Trapo akan hantar dengan selamat dalam masa 3 hari!
Tapi persoalannya sekarang, berbaloi tak nak spend beratus ringgit hanya untuk alas kereta? Teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut!
Trapo Classic Mark III – Bukan Alas Kereta Biasa
Apa yang membuatkan Alas Kereta Trapo ni lain dari yang lain? Trapo menggunakan semula sisa industri dan menghasilkan produk berkualiti tinggi yang boleh digunakan. Trapo Classic Mark III diperbuat daripada 50% bahan kitar semula dengan 50% produk polimer dara. Liningnya diperbuat daripada botol kitar semula RPET yang membolehkan ia dikitar semula. Kira sambil membeli sambil kitar semula la gais!
Alas Kereta Kalis Air, Anti-Slip & Tidak Berbau
Berbeza dengan alas kereta standard korang, Trapo Classic Mark III disertakan dengan Teknologi Silver Ion Jepun yang bertindak sebagai agen anti-bakteria yang mampu menghapuskan 99.99% bakteria untuk alas kereta yang lebih bersih. Yang paling best, Trapo Classic Mark III ini kalis air, anti-slip dan tidak berbau. Jadi tak ada lagi bau tikar getah yang memeningkan, kalau ada air atau makan yang tumpah, lagi-lagi untuk korang yang ada anak kecil tu kan?
Trapo Classic Mark III - Video
Rekabentuk Minimalis Untuk Setiap Model Kereta
Setiap alas kereta yang dihasilkan oleh TRAPO direka khas untuk setiap model kereta di pasaran. Maksudnya, Trapo akan mengambil kira ukuran yang sebenar untuk menghasilkan padanan alas kereta yang sempurna. Tak ada lagi alas kereta yang tak kemas dan longgar. Dengan kehadiran Velcro yang diperbaharui membantu alas kereta untuk kekal melekat.
Classic Mark III baru ini dikatakan 3x lebih tahan lama daripada dari model dulu dan 6x lebih tahan lama daripada tikar kereta biasa anda. Ia juga ringan dan sangat mudah dicuci dan dikeringkan. Sebab tu ia lebih efektif dalam menangani kotoran, lumpur, atau tumpahan makanan. Korang hanya perlu bilas dengan air je. Kalau nak terus pakai lepas cuci boleh je, cuma lap dengan kain kering dan pasang semula!
Alas kereta berkualiti tinggi dan tidak mengandungi bahan toksik ini disertakan dengan jaminan selama 1 tahun. Best kan? Tetapi kalau korang still tak yakin untuk spend lebih pada alas kereta, teruskan membaca!
Alas Kereta Custom? Ya!
Ok kita dah sampai dekat ciri yang paling best iaitu korang boleh custom sendiri alas kereta mengikut minat korang! TRAPO menawarkan 3 pilihan warna asas untuk bahagian lapik iaitu hitam, kelabu dan coklat. Untuk lining pula, ia ada 5 variasi warna untuk dipilih iaitu hitam, kelabu, coklat, biru dan merah. Ada juga pelbagai pilihan pakej mengikut keperluan dan bajet korang. So kalau korang just nak tukar driver seat punya alas, boleh pilih driver seat sahaja. Ia juga ada pilihan tempat duduk depan, depan + belakang, but, atau kalau beli semua boleh jimat sehingga 30%!
Trapo Fix – Teknologi Alas Kereta Anti-Slip
Kelebihan lain tentang Alas Kereta Trapo adalah Teknologi Anti-Slip Car Mat mereka yang dipanggil Trapo Fix. Ia adalah inovasi anti-slip terbaru mereka untuk menggantikan penggunaan velcro yang kebarangkalian akan merosakkan lantai kereta. Seperti yang korang tahu, alas kereta yang baik tidak boleh licin dan bergerak untuk mengelakkan bahaya yang tidak diingini semasa memandu. Walaubagaimanapun ini hanyalah pilihan tambahan. Kalau korang tak ada bajet extra dan tidak kisah menggunakan velcro, tak perlu pun tambah Trapo Fix ni.
Shop Here
Apa yang kami rasa boleh diperbaiki?
Walaupun semua ciri yang ditawarkan dah cukup best, masih ada ruang untuk penambahbaikan. Apa yang kami perasan tentang TRAPO CLASSIC Mark III ni adalah, liningnya agak kurang kemas dan kurang sepadan dengan harga. Kalau tengok dengan teliti, buatannya sedikit menggerutu. Lagi satu, kalau TRAPO tambah satu lagi strip velcro pada bahagian tengah alas driver seat mungkin akan buat alas kaki ni lagi nampak terletak dan tidak gelembung.
Kesimpulan
Walaubagaimanapun, TRAPO CLASSIC Mark III ni masih berbaloi untuk korang yang suka kereta yang nampak bersih dan kemas. Simpan duit korang dari beli alas kereta standard buatan kilang yang tak tahan lama tu. Dengan harga yang ditawarkan, korang akan dapat 1 tahun warranty, alas kaki yang direka khas, senang cuci, tidak berbau dan 99.99% bebas dari bakteria! Lebih selamat dan sihat.
Order je online untuk dapat penghantaran percuma!
Produk Lain Trapo Yang Menarik
Kalau korang suka dengan apa yang ditawarkan oleh TRAPO, boleh juga tengok produk produk lain seperti Vacuum Cleaner kereta, Alat pembersih kereta dan juga Air Purifier. Boleh sekali order dengan alas kereta baru korang! Hehe. Ok itu sahaja untuk hari ni gais! Hati hati bila memandu di jalan raya! Yang untung beli dari jenama buatan Malaysia ni, dorang ada keluarkan alas kereta untuk kereta buatan Malaysia – Proton dan Perodua! Selain tu, hampir semua model kereta import ada! Honda, Toyota, Ford, Tesla pun ada guys! Korang browse je website diorang untuk cari model kereta korang.
Info, Promo & Trending Semasa
Yang kami research dan review di Shoptrack