fbpx

Read this article in : English

Joey Mattress - Bedsheet Jenama Tempatan Dengan Fabrik Buluh

Joey Mattress Review
"Fabrik dari buluh bukan saja inovatif tapi sangat selesa!"

Berapa kerap korang beli Bedsheet atau cadar katil baru? Teringin nak cari fabrik yang cooling next time korang beli?

Joey Mattress – Jenama Local Yang Inovatif

Joey Mattress, antara jenama tempatan terbaru yang menghasilkan tilam, cadar katil, bantal & pelbagai produk berkaitan menawarkan pengalaman pembelian yang unik & senang. Semua pembelian dilakukan secara online dan penghantaran terus dari kilang ke rumah korang dengan kos yang rendah. Tapi macamana dengan kualiti produk? Itu yang paling penting terutamanya bila kita beli secara online kan?

Antara fokus jenama ini adalah inovasi, dari segi pembelian dan juga produk. Produk utama mereka, tilam ‘The Joey Mattress‘, sebuah produk yang direka dan dihasilkan di Malaysia, adalah hasil titik peluh diorang dalam proses inovasi ini. Ramai yang dah cuba dan review.

Advertisement

Point Penting

Fabrik CloudBamboo Joey Bedsheet

Selain tilam, jenama ini juga memasarkan bedsheet atau cadar katil yang agak unik, iaitu ‘The Joey Bedsheet Set‘. Perkara pertama yang korang perlu tahu pasal cadar katil ini adalah ia diperbuat dari 100% fabrik CloudBamboo (fabrik dari fiber kayu buluh) yang bukan saja membuat cadar katil ini lebih selesa dan cooling tapi juga ‘environmentally sustainable’, berbanding kebanyakan fabrik lain di pasaran.

Joey Mattress Review 1
Joey Mattress Bamboo Blanket Cover

Secara subjektif, fabrik kain ini memang jauh lebih lembut bila kami bandingkan dengan jenama lain dalam anggaran harga lebih kurang sama tapi dengan fabrik lain seperti cotton. Tambah lagi, korang memang boleh rasa cooling dan tak rimas. FYI, Cadar katil ini ada lebih kurang 300 Thread Count (TC). Nak tau pasal TC? Ini panduan basic Thread Count.

Dari segi kedutan, fabrik ni dari pendangan kami lebih senang untuk kedut berbanding fabrik lain tapi sebab jenama ini tak tambah bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan kulit. Tapi untuk korang yang dah biasa dengan fabrik cotton, kedutannya tiada perbezaan ketara sangat pun. Tambah lagi, kedutan tak nampak ketara untuk blanket cover, cuma ketara untuk bedsheet.

Joey Mattress Bamboo Blanket Cover
Joey Mattress Bamboo Blanket Cover

Untuk fabrik lain yang lebih mahal, perbezaannya dari segi kedutan mungkin boleh nampak dengan senang. Jadi untuk elak kedutan, korang boleh air-dry atau kombinasi tumble-dry & sidai seperti yang dinasihati oleh jenama Joey.

Senang Pasang & Tahan Lama

Dari segi ciri-ciri lain, cadar katil ini memang senang untuk dipasang, boleh confirm, sebab grip dia 360 darjah bukan saja di 4 sudut. Juga tak senang koyak, boleh tahan lama (anggaran kami sekurang-kurangnya 12 bulan, juga tempoh warranti). Blanket cover pula ada invisible zip (zip dijahit bahagian dalam) yang korang boleh sorok ke dalam supaya tak kena badan dan lebih selesa.

Joey Mattress Review 3
Joey Mattress Bamboo Blanket Zip

Cadar ini datang dalam 4 size & 4 warna (ice blue, cream, graphite & blue stripe). Agak terhad dalam pandangan kami terutama yang ada tema warna dalam bilik tidur. Mungkin jenama Joey akan tambah di masa hadapan. Harga pula sangat berpatutan, dari RM195 hingga RM280 bergantung kepada saiz.

Joey Mattress Review 4
Joey Mattress Bamboo Blanket Zip

Link Cepat

Joey Mattress – Bedsheet Jenama Tempatan Dengan Fabrik Buluh
The Joey Bedsheet Set
The Joey Bedsheet Set CloudBamboo️ Fabric 99-Night Risk-Free Trial
joey mattress
The Joey Mattress Malaysia
The Joey Mattress Malaysia 99-Night Risk Free Trial
Advertisement

Berminat? Ada Free Shipping!

Joey Mattress Review 5
Joey Mattress Bamboo Blanket Cover Material

Seperti yang dinyatakan di atas, cara pembelian hanya melalui online, di website rasmi Joey Mattress atau di Official Store Shopee. Oh, ada free shipping jugak! Jimat lagi.

Overall, cadar katil ini memberi nilai yang lebih dari harga pasarannya berbanding kebanyakan jenama lain. Sangat berbaloi! Tambah lagi, dengan fabrik yang cooling dan lembut, korang akan tidur dengan lebih selesa. Ini matlamat utama kita kan? So next time korang pilih cadar katil baru, bolehlah masukkan jenama Joey dalam senarai korang!

#Hashtag

Share Artikel Ini

Send this to a friend