Read this article in : English
Kini Rasmi Dilancarkan! Kini Boleh Guna QR Code antara Malaysia (DuitNow) & Indonesia (QRIS)
- Last update 8 Mei 2023
- 4:15 pm
- Baca dalam < 1 minit
- 911
Hari ini secara rasminya Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Indonesia (BI) mengumumkan pelancaran komersial integrasi pembayaran kod QR rentas sempadan antara negara Malaysia dan Indonesia.
Dalam satu kenyataannya, Bank Negara Malaysia memaklumkan – kerjasama dan integrasi pembayaran rentas sempadan ini kini turut disokong oleh pelbagai institusi-institusi bank dan juga institusi kewangan bukan bank. Menarik kan?
QRIS & DuitNow Kini Boleh Digunakan di Malaysia & Indonesia
Dengan pelancaran kerjasama strategik ini, semestinya akan merancakkan lagi bukan sahaja sektor pelancongan kedua-dua negara, malah segala urusan pembayaran runcit kini akan lebih cepat, ringkas dan sistematik.
Rakyat bagi kedua-dua negara kini boleh memanfaatkan penggunaan teknologi QR Code dalam pembayaran elektronik dengan mengimbas kod QR Code Standard Pembayaran Nasional (QRIS) atau DuitNow QR melalui e-wallet masing-masing bagi membuat pembayaran terus kepada penjual atau peniaga tempatan.
Dengan langkah kerjasama ini, ianya dijangka akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi antara negara, terutamanya yang melibatkan perbelanjaan ketika melancong antara negara.
Info, Promo & Trending Semasa
Yang kami research dan review di Shoptrack