fbpx

Read this article in : English

(Review) Corvan K18 Pro vs Dyson V11: Yang Mana Sesuai Untuk Korang?

Corvan K18 VS Dyson V11 Review
"Nak beli vacuum? Baca ni dulu!"

Cordless Vacuum sekarang dah jadi alat yang semua keluarga mesti ada sebab ia memang memudahkan kerja pembersihan kita. Semenjak cordless vacuum wujud di pasaran pada tahun 1979, kini ia seperti “cendawan tumbuh selepas hujan” di pasaran. Cordless vacuum ini sangat practical, mudah digunakan dan boleh didapatkan dari pelbagai pilihan harga.

Jenama seperti Dyson, Corvan, Philips dan Electrolux terus bersaing untuk menampilkan ciptaan inovatif. Dalam artikel ni, kita akan review dua model yang paling popular di Malaysia, iaitu Corvan K18/Pro dan Dyson V11.

Share Artikel Ini
Advertisement
Point Ringkas & List

Corvan K18: Direka Untuk Pasaran Malaysia

Corvan K18 - Overview
Corvan K18 – Overview

Corvan K18 merupakan model vacuum cordless ‘flagship’ dari jenama tempatan, Corvan. Secara amnya, ia adalah ciptaan high-end tapi direka bersesuaian dengan persekitaran, penggunaan dan keperluan di Malaysia. Mengikut laman produk mereka di Shopee, lebih 5,000 unit telah dijual sejak 9 bulan lalu dengan user rating setinggi 4.9/5 bintang.

Untuk yang tak tahu, ini spesifikasi utama Corvan K18. Untuk review yang lebih simple, boleh pergi ke page review vacuum cordless kami.

  • Kekuatan Penyedutan Maksimum: 201 Air Watts (AW).
  • Anggaran Masa Operasi: 50 minit (K18 Pro: 60 minit)
  • Anggaran Tempoh Cas: 4 jam.
  • Tahap Kekuatan (Mod): 3.
  • Saiz Dirtbin: 800ml.
  • Ciri Unik: Spin mop, paparan digital.
  • Harga Anggaran: RM1,300 (RM1,500 untuk versi Pro).

 

Ciri utama yang korang perlu tahu di Corvan K18 ni ialah ia datang sekali dengan motorised spin mop yang membolehkan korang mop dan vacuum serentak. Setakat ni, kebanyakkan model lain masih belum mempunyai fungsi ini. Dalam masa sama, Corvan K18 juga menawarkan prestasi yang cukup baik dari segi kekuatan bateri dan penyedutan, malah ada saiz dirtbin yang besar dengan paparan digital. Paling best, korang dapat semua ni dengan harga mampu milik.

Corvan K18 - All Tools
Corvan K18 – All Tools

Dyson V11: Berbaloi Dengan Harga?

Dyson V11 - Overview
Dyson V11 – Overview

Siapa tak kenal Dyson V11? Ini antara model cordless vacuum terbaik di seluruh dunia yang dilancar pada Mac 2019 dan datang dengan 2 pilihan: Absolute+ dan Fluffy. Masalahnya untuk pembeli Malaysia, harganya agak tinggi, nak beli pun kena fikir dua kali – perlu ke belanja banyak tu untuk vacuum saja?

  • Kekuatan Penyedutan Maksimum: 185AW.
  • Masa Operasi Maksimum: 60 minit.
  • Anggaran Tempoh Cas: 4.5 jam.
  • Tahap Kekuatan (Mod): 3.
  • Saiz Dustbin: 760ml.
  • Ciri Unik: High Torque Vacuum Head*, Paparan LCD.
  • Harga Anggaran: RM2,999.

 

*Bermaksud kuasa putaran yang kuat.

Walaupun harganya agak mahal, ciri utama Dyson V11 ni memang tak boleh dipertikaikan: kuasa penyedutan tinggi, Motorised Vacuum Head dengan kuasa putaran tinggi dengan brush fluffy, kapasiti bateri yang bagus, 6-stage sealed HEPA dan diperbuat dari bahan tahan lama seperti aluminium, ABS dan polycarbonate.

Dyson V11 - Vacuum Head
Dyson V11 – Vacuum Head

Link Pembelian

Corvan Cordless Vacuum Mop K18-4
Lazada-App-Logo

(Lazada) Corvan K18 Cordless Vacuum

Corvan 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner & Cordless Mop K18 di Lazada

Corvan Official Store (Lazada)
RM1,298 Only
Corvan Cordless Vacuum Mop K18-4
Shopee-App-Logo

(Shopee) Corvan K18 Cordless Vacuum

Corvan 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner & Cordless Mop K18 di Shopee

Corvan Official Store (Shopee)
RM1,298 Only
Recommended
Corvan Cordless Vacuum Mop K18
Official-Website-Icon

(Official Website) Corvan K18 Cordless Vacuum

Corvan 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner & Cordless Mop K18 di website Corvan.

Corvan Official Website
RM1,298 Only
Corvan Cordless Vacuum Mop K18 Pro
Lazada-App-Logo

(Lazada) Corvan K18 Pro Cordless Vacuum

Corvan 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner & Cordless Mop K18 Pro di Lazada

Corvan Official Store (Lazada)
RM1,498 Only
Corvan Cordless Vacuum Mop K18 Pro
Shopee-App-Logo

(Shopee) Corvan K18 Pro Cordless Vacuum

Corvan 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner & Cordless Mop K18 Pro di Shopee

Corvan Official Store (Shopee)
RM1,498 Only

Corvan's Voucher Code (Exclusive)

Official Website
CORVANSTR
Get 3% Off on All Products

3% off on all products on Corvan's Official Website. No minimum spend

platform logo

Open For All Voucher

Copy
Advertisement

Perbandingan Corvan K18/Pro Dan Dyson V11

OK, sekarang kita dah tahu sedikit pasal kedua-dua model ni, jom kita bandingkan dari setiap segi yang relevan.

*Harga yang dipaparkan boleh berubah mengikut promosi yang sedang berlangsung.

Perbandingan Corvan K18 & Dyson V11
K18 vs V11 Comparison Table

Persamaan

Bateri 

Kedua-dua ada bateri yang korang boleh ganti sendiri. Jadi kalau nak, korang boleh beli bateri spare untuk gandakan masa operasi. Satu lagi, kalau ada masalah dengan bateri, tak perlu bawak service, boleh tukar je sendiri di rumah.

Filter

Walaupun Dyson V11 hanya partially washable (tak semua boleh basuh) tetapi kedua-dua filter memberikan prestasi yang baik untuk jangka masa panjang. Kedua-dua model menggunakan 6-stage sealed HEPA.

Aksesori Pembersihan

Kedua-dua menawarkan crevice, 2-in-1 (kombinasi) dan alat bed vacuuming atau mini head, tapi mini head V11 adalah jenis bermotor.

Perbezaan

Harga

Perbezaan paling ketara sekali ialah harga V11 lebih dua kali ganda harga K18. Jadi persoalannya, adakah kos tambahan lebih kurang RM1500 ni berbaloi untuk korang?

Kekuatan Penyedutan

K18 boleh memberi kesan optimum untuk kebanyakan kerja pencucian walaupun pada mod paling rendah. Namun, pilihan mod medium dan turbo mampu mencuci lebih cepat dan mendalam.

Saiz Tong Habuk

Saiz dirtbin V11 kurang 40ml dari Corvan K18 tapi perbezaan tak ketara sangat.

Floor Brush Head (Kepala Berus Vacuum)

Dyson V11 menawarkan berus putaran tinggi yang pintar yang akan adjust kuasa penyedutan bergantung kepada jenis lantai atau karpet, sekali dengan pembersih roller yang ‘fluffy’ dan lembut. Corvan K18 pula didatangi dengan berus anti-kusut bermotor dan tiga pilihan mod kuasa yang sesuai untuk membersihkan semua jenis permukaan. 

Kepala Mop

Ini yang best dengan Corvan K18: korang bukan saja boleh vacuum tapi boleh mop serentak. Pad pusingan berkembar bermotornya boleh membuat lantai korang ekstra bersih dengan pelepasan air secara automatik. Korang boleh juga tambah beberapa titik floor detergent ke dalam water tank untuk hasil yang lebih baik. Dyson V11 pula tiada ciri mop tapi ada 2 kepala vacuum bermotor. Jadi secara ringkasnya,

Corvan K18/Pro: satu vacuum, satu kombinasi vacuum dan mop

Dyson V11: dua vacuum dengan berus berbeza

Corvan K18 - Vacuum & Mop Head
Corvan K18 – Vacuum Head

Cara Cas

Corvan K18 lebih senang untuk cas sebab korang tak perlu drill apa-apa, tak macam Dyson charging station yang kena lekap ke dinding.

Masa Operasi & Tempoh Cas

V11 boleh tahan lebih 10 minit lagi lama dari K18, mungkin disebabkan kapasiti bateri yang lebih besar (3600mAh vs 2200mAh). Tapi K18 Pro boleh tahan selama 60 minit, menjadikan versi Pro setaraf V11.

Sistem Pelupusan

Corvan K18 lebih bagus dari segi ni sebab cara buang habuk lebih senang dengan system 1-tangan berbanding system 2-tangan dari Dyson V11.

Corvan K18 - Independent Self-Standing Type Dock & 1-hand Disposal System
Corvan K18 – Independent Self-Standing Type Dock & Disposal System

 

Dyson V11 - Wall Mounted Charging Dock & Large 0.54L Bin Capacity
Dyson V11 – Wall Mounted Charging Dock & Disposal System

Berat Badan

K18 lebih kecil dan ringan (0.5 kg lebih ringan) tapi ni bergantung kepada citarasa korang. Sesetengah berpendapat bahawa perbezaan sebanyak 25% ini tidak lah membawa kesan yang terlalu besar tapi, untuk mereka yang berbadan kecil, mereka mendapati yang Corvan K18 lebih selesa digunakan tanpa melenguhkan tangan. K18 menggunakan material seperti alloy dan motor yang super ringan, jadi bila kami pegang K18, memang dapat rasa solid dan tahan lama. Kemungkinan besar, Dyson V11 adalah lebih berat kerana ia diperbuat daripada material seperti aluminium.

Sistem Paparan

Kedua-dua ada paparan digital tapi K18 ada touch screen, dan kedua-dua membolehkan korang setting kuasa penyedutan, check kalau ada blockage (sekatan) dan tahap bateri. Tapi, V11 boleh memaparkan masa yang tinggal dalam jam dan minit sebelum bateri habis dan reminder untuk tukar filter. Feature tambahan, K18 ni korang tekan sekali je untuk on, so tak perlu nak tekan lama-lama masa vacuum.

Corvan K18 - Digital Control Panel
Corvan K18 – Digital Control Panel

 

Dyson V11 - Digital Control Panel
Dyson V11 – Digital Control Panel

Aksesori Pembersihan

V11 ada lebih alat pembersihan (mini head juga bermotor) tapi bagi kami, aksesori pembersihan dari Corvan K18 pun dah cukup. Manakala K18 Pro ada satu tambahan anti-dustmite vacuuming tool.

Kesimpulan: Yang Mana Satu Untuk Korang?

Jawapan mudah: Mana-mana pun pilihan yang bagus dan kedua-dua kami rekomen. Apa yang kami nak share di sini ialah perbandingan setara secara asas, berdasarkan pemerhatian kami. Faktor lain seperti pengalaman penggunaan tak boleh kami ambil kira dan pengalaman masing-masing (dari segi pengunaan dan kegunaan) juga memainkan peranan.

Secara keseluruhan, walaupun Dyson V11 memang brand antarabangsa, tapi dari pandangan kami, Corvan K18/Pro merupakan pilihan yang bijak sebab prestasi yang hebat dengan harganya yang sangat berpatutan (terutama dalam situasi ekonomi semasa!). Memang kena dengan expectation kami. Tapi tak kisahlah kalau korang ada bajet untuk Dyson V11 atau tidak, kalau korang nak beli cordless vacuum, korang mesti pertimbangkan Corvan K18 sebab ia memang salah satu vacuum cordless terbaik di Malaysia!

#Hashtag
Share Artikel Ini
Inspirasi Travel
Menarik Semasa

Info, Promo & Trending Semasa

Advertisement
Review & Rekomendasi Popular

Yang kami research dan review di Shoptrack

Lihat kategori lain
error: Content is protected !!